| polinukleotida | polynucleotide | Polimer linear yang molekulnya terdiri daripada unit-unit nukleotida. | Menengah Atas |
| unit piawai | standard unit | Unit seragam berdasarkan Sistem Antarabangsa yang digunakan sebagai unit asas pengukuran. Contohnya, meter, kilogram dan saat. | Sekolah Rendah |
| Kelvin | Kelvin | Unit suhu dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) yang digunakan sebagai unit asas termodinamik. Simbol K. | Menengah Rendah |
| unit asas | base unit | Unit sistem ukuran bagi kuantiti-kuantiti asas. Contohnya, meter (m), kelvin (K), ampere (A), saat (s) dan kilogram (kg). | Menengah Atas |
| meter | metre | Unit dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi mengukur panjang. Singkatannya, m. | Menengah Rendah |
| kilogram | kilogram | Unit dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi jisim. Singkatannya, kg. | Menengah Rendah |
| ampere | ampere | Unit dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi mengukur arus elektrik. Simbol A. | Menengah Rendah |
| unit S.I. | S.I. unit | Unit yang digunakan untuk sistem metrik pengukuran. Unit ini digunakan di seluruh dunia. | Menengah Rendah |
| kuasa | power | Kerja yang dilakukan dalam satu saat atau kadar perubahan tenaga. Unit bagi kuasa dalam Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) ialah watt. | Menengah Rendah |
| panjang | length | Jarak di antara dua titik. Sistem Unit Antarabangsa (unit S.I.) bagi panjang ialah meter. Simbol m. | Menengah Rendah |