Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ca.wan] | چاون

Definisi : bekas (bulat kecil, biasanya bertangkai) utk minum kopi dll, cangkir: ~ kopi; ~ pinggan perkakas-perkakas tembikar; bercawan-cawan beberapa banyak cawan: sudah ~ air saya minum, tetapi masih terasa dahaga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ca.wan] | چاون

Definisi : mangkuk kecil bertangkai yg dibuat drpd tembikar dll utk bekas minum; cangkir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata cawan

Puisi
 

Beli gelas beli cawan,
     Untuk pagi Hari Raya;
Tidakkah belas hati tuan,
     Melihat nasib hidup saya.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

546

It takes all sorts to make a world

Dalam kehidupan ini, setiap insan berbeza cara, kesukaan, perangai, tabiat dan sebagainya. Inilah hakikat yang harus kita terima dan fahami meskipun aneh.

Lain mangkuk lain cawan.

I don't understand why he would rather spend so much money on expensive furniture for his broken-down house. Well I guess, it takes all sorts to make a world.

Saya tidak faham kenapa dia sanggup berbelanja besar dengan membeli perabut yang mahal-mahal untuk rumahnya yang retak seribu itu. Gamaknya inilah yang dikatakan lain mangkuk lain cawan.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
cupcawancawancawanSukan
mixing cupcawan pencampurancawan pencampurancawan campuranKejuruteraan
optic cupcawan optikcawan optikcawan optikPerubatan
physiological cupbentuk cawan fisiologikalbentuk cawan fisiologikalbentuk cawan fisiologikalPerubatan
gemmae cupcawan gemaTiadacawan gemaBiologi
cup holderpemegang cangkirpemegang cawanpemegang cawanKejuruteraan
rubber cupkaret poles bentuk mangkukcawan getahcawan getahPerubatan
cup producthasil darab mangkokhasil darab cawanhasil darab cawanMatematik
cup product operationoperasi hasil darab mangkokoperasi hasil darab cawanoperasi hasil darab cawanMatematik

Kembali ke atas