Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.la/] | کلق

Definisi : (masa atau hari) akan datang, kemu­dian, nanti: kalau sudah jadi saudagar ~, tentu aku tak akan hina benar lagi di mata orang; ~ kemudian (di) masa hadapan; di akhirat ~ di akhirat nanti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : Jk kelah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : ; ~-kelik Jk kelip-kelip, kedip-kedip. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.la/] | کلق

Definisi : (masa atau hari) yg akan datang; kemudian; nanti: Saya ingin menjadi doktor apabila sampai masanya ~. kemudian ~ masa yg akan datang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Buah ini buah berangan,
     Masak dibungkus sapu tangan;
Dunia ini dunia pinjaman,
     Akhirat kelak kampung halaman.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Jangan sangat pemilih,
     takut terkena buku buluh (kelak).

Bermaksud :

Kerjakanlah sesuatu pekerjaan itu dengan tekun dan sabar tanpa dolak-dalik.

 

Lihat selanjutnya...(12)

467

Don't play with fire

Jangan melakukan sesuatu yang boleh menyusahkan diri kelak.

Jangan bermain api

The minister could not longer conceal his anger when the manufacturers insisted on not increasing their sugar production during the fasting month. He warned them don't play with fire, if they did not want any stern action taken against them.

Menteri itu tidak dapat menyembunyikan kemarahannya lagi apabila pengilang terus berdegil untuk tidak meningkatkan lagi pengeluaran gula dalam bulan Ramadzan ini. Beliau mengingatkan mereka supaya jangan bermain api jika tidak mahu tindakan tegas diambil

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
future tensekala (men)datangkala kelakkala kelakLinguistik
future participlepartisipel (men)datangpartisipel kelakpartisip kelakLinguistik
simple future tensekala (men)datang biasakala kelak biasakala kelak selapisLinguistik
future perfect tensekala (men)datang perfektifkala kelak sempurnakala kelak sempurnaLinguistik
future continuous tensekala (men)datang kontinuatifkala kelak berlanjutankala kelak berlanjutanLinguistik
turtuositykelak-kelokkelikuankelikuanKejuruteraan
tortuosity factorfaktor kelak-kalokfaktor kelikuanfaktor kelikuanKejuruteraan
serpentine coolerpendingin kelak-kelokpenyejuk ularanpenyejuk ularanKejuruteraan
turtuous pore structurestruktur pori kelak-kelokstruktur liang berlikustruktur liang berlikuKejuruteraan
imperfect tensekala imperfektifkala kelak tak sempurnakala tak sempurnaLinguistik
12

Kembali ke atas