Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : (locéng) 1. sj alat drpd logam yg ber­geronggang, berbentuk cawan serta mem­punyai tukul kecil tergantung di dalamnya, dan berbunyi kuat dan nyaring apabila digoyangkan: ~ sekolah berbunyi pd pukul satu; ~ basikal; ~ gereja; ~ elektrik loceng yg dibunyikan oleh kuasa elektrik; 2. Id jam besar (di dinding dll); berloceng mempunyai (berhias, dilengkap­kan dgn) loceng: gelang ~; meloceng membunyikan loceng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.céng] | لوچيڠ

Definisi : /locèng/ alat yg dibuat drpd logam tuangan, berbentuk spt cawan (terdapat logam kecil tergantung di dlmnya) dan berbunyi kuat serta nyaring apabila digoyangkan atau dipukul; genta: ~ elektrik loceng yg dibunyikan dgn tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata loceng

Puisi
 

Orang Acheh pulang ke Kubu,
     Bunyi loceng pukul lapan;
Jumpa kasih sama setuju,
     Bagai paku lekat di papan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

171

Easier said than done

Cakap memang mudah tetapi hendak membuatnya payah.

Apa payahnya menaupkan bibir atas bawah

"I suggest that a bell be hung around the cat's neck," said a young mouse to tremendous applause. "But which one of us is going to do that?" interjected an old mouse. Each and every mouse in the barn fell silent suddenly."Well, easier said than done," the old mouse retorted.

''Cadangan saya, kalungkan loceng di leher si kuching itu,'' kata seekor tikus muda sambil disambut tepukan yang gemuruh. ''Tapi siapa antara kalian yang akan melakukannya?'' sampuk seekor tikus tua. Setiap ekor tikus yang ada dalam bangsal itu terdiam tiba-tiba. ''Yalah, apa payahnya menaupkan bibir atas bawah,'' tempelak si tikus tua itu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
bell-shaped distributiondistribusi bentuk locengtaburan bentuk locengtaburan bentuk locengPerubatan
anchor bellloceng sauh; bel jangkarTiadaloceng sauhSukan
bell nozzlemoncong loncengmuncung locengmuncung locengAeroangkasa
bell-shapped nozzlenozel (bentuk) bel; nozel bentuk sungkup; moncong bentuk sungkupmuncung bentuk locengmuncung bentuk locengAeroangkasa
fog belllonceng kabutTiadaloceng kabutSukan
bell transformertrafo loncengtransformer loncengpengubah locengKejuruteraan
helium diving belllonceng selam heliumlonceng selam heliumloceng selam heliumKejuruteraan
bellmouth overflowlimpahan mulut loncenglimpahan mulut loncenglimpahan mulut locengKejuruteraan
bellmouthmulut locengmulut lelocengmulut lelocengKejuruteraan Kapal Terbang
bell crankengkol locengengkol lelocengengkol lelocengKejuruteraan Kapal Terbang
12

Kembali ke atas