Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lo.ji] | لوجي

Definisi : 1. gedung, bangunan besar; 2. pejabat syarikat perniagaan zaman dahulu yg dibuat berkubu; 3. kilang (bangunan serta alat-alat di dalamnya spt jentera, mesin, dll); ~ kuasa a) loji utk menerbitkan kuasa atau tenaga (elektrik dll); b) kilang (bangunan) serta alat di dalamnya utk memasang sesuatu (kereta, jentera, dll); ~ penapis loji utk menapis sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ji] | لوجي

Definisi : ; kelapa ~; ®kelapa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lo.ji] | لوجي

Definisi : 1 gedung atau bangunan besar. 2 kilang termasuk bangunan dan alat-alat jentera di dlmnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
loji (kata nama)
Bersinonim dengan gedung, kilang.,

Peribahasa

402

Misfortunes seldom come alone

Malang sering kali datang bertimpa-timpa

Sudah jatuh ditimpa tangga

It is said that misfortunes seldom come alone. Less than two days after the country was shattered by the explosion of its nuclear plant, one of its active volcanoes finally erupted and killed 20,000 people.

Kata orang, sudah jatuh ditimpa tangga. Tidak sampai dua hari selepas negara itu diranapkan oleh letupan loji nuklearnya, salah sebuah gunung berapinya yang aktif meletus dan meragut 20,000 nyawa.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(14)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
plantlojilojilojiEkonomi
optimum plant sizeukuran loji optimumsaiz/ukuran loji optimumsaiz/ukuran loji optimumEkonomi
gas power plantpusat listrik tenaga gasloji kuasa gas/loji tenaga gasloji kuasa gasKejuruteraan
refinerykilang penapisloji penapisloji penapisKejuruteraan
referigeration plantreferigerasiloji penyejukanloji penyejukanPerikanan
ultrafiltration planttempat ultrafiltrasiloji ultraturasanloji ultraturasanPenternakan
power plantpembangkit tenagaloji kuasaloji kuasaKejuruteraan Kapal Terbang
skimming plantpelan skimmerloji menyiringloji menyiringKejuruteraan
oleochemical plantplan oleokimialoji oleokimialoji oleokimiaKejuruteraan
petrochemical plantplan petrokimialoji petrokimialoji petrokimiaKejuruteraan
123

Kembali ke atas