[me.nge.luar.kan] | مڠلوارکن
Definisi : 1. membawa atau menyebabkan keluar dr sebelah dlm sesuatu (mis bangunan, bilik, bekas, tubuh, dll) ke sebelah luarnya: ~ alat perkakas dr dlm bilik itu dan meletakkannya ke ruang tengah rumah itu; dia ~ kotak rokok dr dlm saku baju; ~ sedikit darah dr tubuh pesakit; ~ air mata menangis; 2. menyebabkan keluar (tercabut, muncul, terurai) sesuatu yg tertanam atau terbenam: dicungkil-cungkilnya dgn hujung pisau utk ~ duri itu dr ibu jarinya; doktor akan berusaha utk ~ peluru itu dr dadanya; 3. menyingkirkan, memisahkan (dr kumpulan dll): Parti Komunis Indonesia mengalu-alukan dan menyokong penuh keputusan Presiden Sukarno hendak ~ Indonesia dr PBB; dia mesti dikeluarkan dr kampung ini; 4. memecat (ahli, pegawai, dll), memberhentikan dr jawatan (kedudukan dll): pegawai itu telah dikeluarkan kerana curang; 5. mengumumkan (biasanya melalui siaran radio, akhbar, surat pekeliling, dll): ~ arahan dan peraturan baru kpd kakitangan kerajaan; kerajaan telah ~ perintah berkurung di kawasan itu; 6. melahirkan atau menyatakan (perasaan, pendapat, dll), mengucapkan (kata-kata): ia pun menaruh dendam dlm hatinya, tiada dikeluarkannya pd seorang jua pun; ia sendiri tidak mahu ~ kata-kata yg menambahkan kerisauan hati anaknya; 7. membelanjakan: mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk pelajaran anak-anak mereka; 8. mengadakan, menyediakan (wang dll); ~ modal mengadakan modal; 9. menerbitkan (buku, majalah, dll): Dewan Bahasa dan Pustaka telah ~ banyak buku pelajaran utk sekolah-sekolah; 10. menghasilkan (galian, barang-barang mentah, dll): Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ bijih timah dan getah asli; ladang pun belum pula ~ apa-apa yg boleh dijadikan wang; 11. Id mengeksport, menghantar (barang dagangan) ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.nge.luar.kan] | مڠلوارکن
Definisi : 1 memindahkan barang dll ke sebelah luar; membawa ke luar: Dia ~ sehelai sapu tangan dr dlm sakunya. 2 melahirkan atau menyatakan (pendapat dll): Mereka tidak mempunyai kebebasan dan tidak boleh ~ fikiran sendiri. 3 membelanjakan wang utk sesuatu: Mereka terpaksa ~ wang yg banyak utk membiayai projek itu. 4 menerbitkan buku, majalah dll: Dewan Bahasa akan ~ kamus Inggeris-Melayu tidak lama lagi. 5 menghasilkan getah, bijih timah dll: Malaysia ialah negara yg paling banyak ~ getah asli. 6 menghentikan drpd jawatan dll; memecat: Ia telah dikeluarkan dr persatuan itu kerana kecurangannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)