Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ri.ba.ha.sa] | ڤريبهاس

Definisi : ayat atau kelompok kata yg mem­punyai susunan yg tetap dan mengandungi pengertian yg tertentu, bidal, pepatah: pegangan mereka yg teguh kpd ~ “biar mati anak jangan mati adat”, sudah cukup menerangkan kebudayaan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ri.ba.ha.sa] | ڤريبهاس

Definisi : bidalan, pepatah, ayat atau kelompok kata yg tetap susunannya dan mempunyai maksud tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Bagai jelongak kerbau rampung.

Bermaksud :

Orang bodoh yang sombong, tiada sedar dirinya dibodohi orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Hidung sudah rampung diatur orang). jelongak = selalu menengadah; rampung = rosak cuping hidungnya.

 

Lihat selanjutnya...(1000)

613

One good turn deserves another

Bantuan yang dihulurkan atau kebaikan yang ditunjukkan haruslah dibalas. (Peribahasa ini lazimnya diucapkan tatkala hendak membalas budi orang yang selalu membantu kita).

Syariat palu memalu, hakikat balas membalas.

''Thank you for saving my son's life. So, you must accept this gift as a token of my gratitude. One good turn deserves another,'' said Salina to me.

''Terima kasih kerana menyelamatkan anak saya. Oleh itu, terimalah hadiah ini sebagai tanda terima kasih daripada saya. Syariat palu memalu, hakikat balas membalas,'' kata Salina kepada saya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(647)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
peribahasaperibahasaperibahasaperibahasaKesusasteraan
proverbperibahasaperibahasaperibahasaKesusasteraan
sayingperibahasaperibahasaperibahasaKesusasteraan
adageperibahasaperibahasaperibahasaKesusasteraan
proverbperibahasaperibahasa/perumpamaanperibahasa/perumpamaanLinguistik
proverbial phraseperibahasa prosaperibahasa prosaperibahasa prosaKesusasteraan
proverb properperibahasa murniperibahasa murniperibahasa murniKesusasteraan
true proverbperibahasa murniperibahasa murniperibahasa murniKesusasteraan
proverbperibahasaperibahasakata hikmatKesusasteraan
apothegmkata mutiaraperibahasa;mutiara katamutiara kataKesusasteraan

Kembali ke atas