Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[per.mai.su.ri] | ڤرمايسوري

Definisi : 1. isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[per.mai.su.ri] | ڤرمايسوري

Definisi : isteri kpd raja yg memerintah; raja perempuan; ratu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
permaisuri (kata nama)
Bersinonim dengan isteri raja, maharani, raja perempuan, rani, ratu, sultanah, suri, tengku ampuan.,

Puisi
 

Rumah kecil alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak berhajat besar,
     Tidak saya sampai ke mari.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

158

A man is remembered by his deed

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A man is remembered by his deed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
queenratuTiadapermaisuriBiologi

Kembali ke atas