| gerutu II | sungut, comel: “ ... macam orang tak beragama,” ~ Haji Salihin; menggerutu bersungut-sungut, mencomel. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| acuh | peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~ (hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan perhatian (kpd sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan perjuangan kebangsaan; mengacuhkan mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan: tidak ~ larangan orang tua-tua; acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau perhatian; ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bena | /béna/ peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| lain | 1. tidak sama (hal, keadaan, dll), berbeza, asing: ia tidak mahu membaca buku ~; ~ orang bukan orang yg sama; tak ~ dan tak bukan hanya; 2. tidak kira atau termasuk (dlm hitungan, kumpulan, dll), kecuali: tiap-tiap orang mesti berpuasa ~lah kalau uzur; ~ drpd itu di samping itu; ~ drpd yg ~ tidak sama dgn yg lain, tidak ada yg sama dengannya; ~ tidak hanya itu sahaja; ~ orang ~ pendapatnya tidak sama pendapat antara seseorang dgn seorang yg lain: ~ yg..., ~ yg... tidak menepati (permintaan, suruhan, arahan, dll): ~ yg disuruh, ~ yg dibuat; selain 1. hanya, kecuali: ia tidak dapat berbuat apa-apa ~ membiarkan sahaja; 2. di samping, bersama-sama dgn: ~ ceramah, diadakan juga pembacaan sajak; selainnya 1. seterusnya, selanjutnya; 2. yg lainnya; berlain tidak sama (pendapat, kelakuan, dll), berbeza, berselisih: apa yg terjadi ~ dgn yg dicita-citakan; berlainan, berlain-lain, berlain-lainan tidak sama, berbeza, berbagai-bagai (gaya, corak, dll): aku nampak ayahmu itu bersikap ~ drpd sehari-hari; cakap mereka berlain-lainan; keberlainan keadaan yg berlain, perubahan sikap: ~nya sangat ketara; melaini ark tidak mengikuti (peraturan, undang-undang, dll), menyalahi: ~ kebiasaan; melainkan 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn maksud asal), tetapi: orang itu tidak menjawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain, membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung; memperlainkan membuat atau menjadikan berbeza drpd yg lain; kelainan 1. perihal berbeza drpd, perbezaan; 2. sesuatu yg tidak menurut kebiasaan atau yg berbeza drpd sesuatu yg lain: penyimpangan ini bertujuan utk mempelbagaikan teknik pengolahan supaya wujud ~ drpd cerpen-cerpen yg sedia ada; dikelainkan ark tidak disamakan dgn yg lain, dikecualikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keujian | 1. Mn telah diketahui (kejahatannya dll), kelihatan, ketahuan; sekali lancung ~, seumur hidup orang tak percaya prb sekali ketahuan perangai yg tidak baik, selama-lama-nya orang tidak percaya; 2. sl gagal dlm sesuatu ujian, mendapat kekalahan dlm pertandingan dll: maka sangatlah sukacita baginda mendengarkan serta memuji-muji kepandaian dan kebijaksanaan ahli nujum Pak Belalang itu, belum pernah ~ lagi, yakni tiada mendapat malu olehnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mengembari | 1. menandingi (bertanding dgn), melawan, menentang: maka orang pun banyak mati dibunuh oleh Jawa itu, seorang pun tiada dapat ~ dia; 2. menyamai, menandingi: tak mungkin ~ orang-orang besar itu; 3. menjadikan pasangan bagi, memberi berpasangan (dgn): dibuatnya sepucuk meriam lagi utk ~ meriam Portugis itu; 4. sl mengiringi, menemani, menyertai, membantu, menolong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| usil | Jk suka mengusik (mengganggu), gemar turut campur dlm hal orang lain, suka menjaga tepi kain orang; tak mahu ~ tidak mahu masuk campur, tidak mengendahkan; usilan suka mengusik (mengganggu). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tualang I | 1. berterbangan ke sana sini (lebah dll); 2. tidak bertempat tinggal yg tetap (pengembara, pengemis, dll); 3. = orang ~ orang yg sentiasa mengembara atau merantau (tidak bertempat tinggal tetap), pengembara; bertualang 1. mengembara (merayau-rayau) ke sana sini, bergelandangan, berkeliaran: dia hampir lenyap di tengah-tengah mereka yg ~ tak berumah tangga dan tak bertempat tinggal; 2. selalu keluar rumah, suka merayau-rayau: dia melarat kerana ~ saja dan kerana berjudi; 3. melakukan sesuatu dgn nekad (curang, haram, dll): banyak kawannya yg suka ~, berdagang dsb; petualangan 1. perihal bertualang: semakin luar biasa ~nya dan pengalamannya; 2. perbuatan nekad (tidak jujur dll); berpetualangan menjadi petualang: mengapa mesti ~? Kembalilah bersama anak isteri; petualang 1. orang yg bertualang, orang gelandangan, pengembara (perantau dll); 2. orang yg melakukan sesuatu dgn nekad (curang dll) utk kepentingannya sendiri: kerajaan telah digesa supaya mengambil tindakan tegas terhadap ~ yg cuba menghalangi pelaksanaan bahasa kebangsaan; 3. orang yg suka melakukan perkara-perkara yg sukar atau berbahaya utk pengalaman. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berhantar | diiringi, dikawani, ditemani; datang tak berjemput, pulang tak ~ prb perihal orang yg tidak diendahkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bak I | sebagai, seperti: ~ kata orang tua-tua, tak ada gading yg tak retak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |