Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
usaha (kata nama)
Bersinonim dengan daya upaya, ikhtiar, kegiatan, perbuatan, tenggang;,
Kata Terbitan : berusaha, mengusahakan, perusahaan, pengusaha,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
perdaganganperihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memaju­kan ~ antara negara-negara yg sedang maju;Kamus Dewan Edisi Keempat
kental1. (berkeadaan) antara cair dgn keras atau beku, hampir beku, sangat pekat (hingga tidak boleh mengalir spt air): setelah dipanaskan agak lama, benda ini menjadi ~ spt agar-agar yg separuh beku; 2. karib, akrab (bkn persahabatan); sahabat ~ sahabat karib; 3. teguh, kukuh, kuat: usaha-usaha ini memerlukan semangat yg ~ dan sanggup berusaha tanpa mengenal jemu; mengental menjadi kental (pekat), hampir membeku: bancuhan kuih dodol itu ~ setelah dipanaskan sambil dikacau beberapa lama; mengentalkan menjadikan kental, meme­katkan (hingga tidak boleh mengalir spt cecair); ~ persahabatan mengukuhkan (me­ngaribkan) persahabatan; kentalan benda yg kental; kekentalan perihal kental, sifat (keadaan) kental; pengentalan perihal atau perbuatan me­ngental atau mengentalkan; pengental bahan (benda) yg mengentalkan: ~ susu getah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pawah IImembahagi dua hasil yg diperoleh (drpd sawah, binatang ternakan, dll) antara peng­usaha (penjaga) dgn tuan punya: lembu ~; memawahkan menyuruh orang lain mengusahakan sawah (memelihara binatang dll) dgn membahagi dua hasilnya, memperduakan; pemawahan perihal (perbuatan, usaha, tin­dakan dsb) memawahkan sesuatu, spt sawah, ternakan dsb: ~ sawah; ~ lembu; pemawah orang yg mengusahakan tanah, memelihara ternakan dsb yg dipawahkan oleh tuan punya kepadanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sinergi1 tindakan bersama dua atau lebih bahan, otot, dll utk menghasilkan tindakan padu yg lebih berkesan berbanding dgn tindakan bahan dll secara berasingan. 2 usaha sama antara individu, organisasi dll yg hasilnya lebih baik berbanding jika usaha tsb dilakukan secara sendirian: ~ antara agensi menjadi penting utk melicinkan operasi jentera kerajaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mempereratmenjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;Kamus Dewan Edisi Keempat
tuju I1 arah; hala. 2 maksud. menuju 1 = ~ ke pergi ke; mengarah ke: Kereta itu berjalan dgn lajunya ~ Kuala Lumpur. 3 mengikut arah; mengarah; menghala. 4 membalingkan atau me­lem­­parkan sesuatu ke arah tertentu: Dlm permainan itu, bola kecil digunakan utk ~ botol-botol. 5 bermaksud utk: Usaha-usaha itu ~ kpd kemajuan ma­sya­rakat Malaysia. menujukan 1 mem­­bawa sesuatu ke arah tertentu; mengarahkan ke: Ia ~ kapal itu ke Pelabuhan Kelang. 2 mengalamatkan kpd; menyampaikan kpd: Bakar ~ surat itu kpd ibunya di kampung. tertuju teracung; tertumpu. tujuan 1 arah yg diikut; haluan. 2 maksud; matlamat: Ia datang ke mari dgn ~ tertentu. bertujuan mempunyai tujuan; bermaksud: Kami ~ menjemput saudara pulang ke kampung. setuju 1 serupa maksudnya atau sama arahnya. 2 sesuai; cocok: Kain biru itu ~ dgn baju putih ini. bersetuju 1 mempunyai pendapat atau fikiran yg serupa; bersependapat: Saya ~ dgn pendapat kakak saya. 2 berasa berkenan atau berasa tertarik kpd: Kalau tuan ~, belilah. menyetujui menyatakan setuju: Ayahnya ~ rancangannya hendak pergi ke luar negara. menyetujukan menjadikan setuju; menyesuaikan; men­cocokkan. persetujuan 1 per­nyataan bersetuju; pengesahan: Ia sudah mendapat ~ ketuanya utk bercuti panjang. 2 kata sepakat yg telah dicapai antara pihak yg terlibat; perjanjian: Kedua-dua belah pihak telah mencapai ~ dlm mesyuarat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
koordinasijalinan pertalian, tindakan dsb antara bahagian atau unsur yg terlibat dlm sesuatu kegiatan, usaha dll yg menyebabkannya berjalan lancar dan berkesan: Utk memastikan kelancaran projek itu, ~ antara berbagai-bagai pihak yg terlibat amatlah diperlukan. berkoordinasi melakukan koordinasi agar bahagian atau unsur yg terlibat dlm sesuatu kegiatan, usaha dll berjalan lancar dan berkesan: Mereka ~ dgn pejabat cawangan agar masalah itu dpt diatasi segera. mengkoordinasi mengatur atau melakukan sesuatu agar yg diusahakan berjalan lancar dan berkesan: Pihak pengurusan sedang ~ kursus kemahiran utk kakitangan baru. terkoordinasi dpt atau sudah dikoordinasi (bkn sesuatu kegiatan, usaha dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
perang1. perkelahian (pertempuran dll) dgn menggunakan senjata antara negeri dgn negeri dll: ~ antara kedua-dua negeri itu tidak berkesudahan; pecah ~ a) mulai terbit perang; b) sl kalah perang; 2. ki perbuatan beradu tenaga (kekuatan dll), pergaduhan, perjuang­an: timbullah ~ antara kedua-dua akhbar itu; 3. bp = berperang bertempur; pergi ~ pergi bertempur; ~ asabat = ~ (urat) saraf perang tidak ber­tempur (hanya baharu saling menggertak, menakuti, dll), usaha utk melemahkan musuh dgn menunjukkan moralnya; ~ asap latihan perang; ~ atom perang dgn menggunakan senjata-senjata atom; ~ besar perang yg lama dan hebat; ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb; ~ dingin a) perang secara saling menggertak (belum mengguna­kan senjata lagi utk menyerang dsb); b) bp bergaduh dgn tidak bercakap (suami isteri dll); ~ dunia perang yg besar antara beberapa buah negara besar di dunia; ~ ekonomi permusuhan atau persengketaan yg melibatkan pengambilan langkah dan tindakan ekonomi (spt penyekatan eksport dan import barang dll) dgn tujuan hendak menghancurkan pihak musuh; ~ gerila perang secara kecil-kecilan dan tidak berhadap-hadapan (secara bersem­bunyi); ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma-firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin; ~ kilat perang yg dilakukan dgn pantas dan mengejut supaya lekas habis; ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata; ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, kimia atau biologi; ~ mendada = ~ tanding(an) perang (pergaduhan) seorang melawan seorang; ~ mulut (bicara) bertengkar dgn menggunakan (mengeluarkan) kata-kata yg keras dan kasar, saling berban­tahan; ~ nuklear perang yg melibatkan peng­gunaan senjata nuklear; ~ paderi perang antara kaum Islam dgn kaum adat (yg dibantu oleh Belanda di Sumatera Barat pd tahun 1821– 1837); ~ pena pertengkaran (polemik) mela­lui tulisan di akhbar dll; ~ sabil perang utk mempertahankan agama Islam; ~ salib perang utk membebaskan Baitulmuqaddis (oleh orang Kristian); ~ (urat) saraf perang (persengketa­an) setakat gertak-menggertak dan ancam­-mengancam sahaja tanpa benar-benar serang­-menyerang dgn senjata; ~ saudara = ~ sipil Id perang antara orang-orang yg sebangsa (atau antara puak-puak) dlm sesebuah negara; ~ terbuka perang secara besar-besaran di tempat terbuka (bukan perang gerila); ~ bermalaikat sabung berjuara prb kita ber­usaha tetapi Tuhan yg menentukan berjaya atau tidak; kalau tak takut akan mati tak sedunia ~ prb dikatakan tentang pekerjaan yg amat berbahaya tetapi digemari orang; perang-perangan 1. latihan berperang; 2. permainan berperang; berperang melakukan perang, berjuang, ber­tempur: mereka ~ utk mempertahankan kedaulatan negara mereka; berperangan saling berperang: umat manusia kembali ke zaman kunonya, masing-masing ~ dan berbunuhan; memerangi 1. berperang dgn, berperang melawan: senjata itu sekarang digunakan pula utk ~ rakyat Indonesia; 2. melawan, membasmi, menghapuskan: faham-faham yg berdasarkan syirik mestilah diperangi habis-habisan; memerangkan, memperperangkan 1. mere­butkan sesuatu dgn berperang, berperang utk; 2. memperlagakan (mengadu) supaya ber­perang; peperangan perang, perjuangan, pertem­puran; medan ~ medan (tempat) berperang.Kamus Dewan Edisi Keempat
memperimbangkanmenjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengimbangkanmenjadikan supaya berimbang (sebanding): penubuhan syarikat ini akan dapat meneruskan usaha ~ kedudukan ekonomi antara semua golongan rakyat dlm negara ini; ~ kira-kira;Kamus Dewan Edisi Keempat
123456789

Kembali ke atas