| jarak I | jarak I 1. jauh atau ruang (renggang) antara dua tempat, benda, dsb: kampung itu kira-kira sekilometer ~nya dr bandar; 2. ark jari-jari bulatan; ~ dekat meliputi jarak yg dekat; ~ padang jarak yg diperlukan oleh pesawat udara utk berlepas dan mendarat dgn selamat di landasan; ~ pandang = ~ pelihatan ukuran yg digunakan utk menentukan jarak yg membolehkan seseorang yg normal pelihatannya melihat sesuatu objek dgn jelas; ~ tumpuan kanta (cermin) jarak di antara pusat kanta (cermin) dgn tumpuan; ~ umur perbezaan umur; ~ serasa hilang, bercerai serasa mati prb sanak saudara itu kalau berdekatan saling berbantah, kalau berjauhan mereka berkasih-kasihan; berjarak 1. mempunyai jarak, berjauh, berenggang: rumah-rumah itu ~ sekurang-kurangnya 20 meter di antara satu dgn lain; 2. terpisah, menjauhi; menjarak bergerak (jauh) drpd yg satu lagi, menjauh, terpisah: kalau prisma diisi dgn dua sulfida maka perasingan cahaya-cahaya berwarna akan lebih ~; menjaraki 1. membuat berjarak; 2. menjauhi; menjarakkan menjauhkan, memisahkan, merenggangkan: dr satu hari ke satu hari, Lora makin ~ diri drpd Norman; terjarak terjauh dr, terpisah dr, terenggang dr; penjarakan perbuatan menjarakkan, penjauhan, pemisahan, perenggangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mati | 1 tidak bernyawa lagi; tidak hidup lagi: Tiap-tiap yg hidup akan ~ juga sudahnya. 2 tidak pernah bernyawa; tidak pernah hidup: Batu ialah benda ~. 3 tidak berjalan spt biasa (bkn jam dll); tidak bergerak lagi (bkn persatuan dll); tidak terus (bkn jalan dll); tidak berorang lagi (bkn bandar, kampung dll). ~ ayam (katak) mati dgn sia-sia saja dan tidak ada yg mempedulikan. ~ beranak mati ketika melahirkan anak. ~ celik mati sebelum hajat atau sebelum cita-cita seseorang tercapai. ~ hidup balik selamat setelah mengalami bahaya besar atau setelah sakit teruk. ~ kera sudah dipotong tetapi masih basah atau masih liat (bkn kayu). ~ langkah tidak dpt melakukan apa-apa yg dihajati. ~ lemas mati kerana tidak dpt bernafas (tenggelam dlm air dll). ~ pucuk a. penyakit yg menyebabkan pucuk menjadi layu atau mati (bkn tumbuh-tumbuhan). b. ki lemah zakarnya (bkn lelaki). ~ rasa tidak dpt berasa apa-apa lagi (bkn pancaindera atau perasaan). ~ syahid mati kerana Allah (spt kerana membela agama Islam). ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (spt membunuh diri). mati-matian 1 pura-pura mati; mati olok-olok. 2 dgn sungguh-sungguh: bekerja ~. bermati-mati bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; dgn segenap tenaga; dgn segala daya upaya: Ayah ~ mencari wang kerana hendak menyekolahkan kami. mematikan 1 membuat supaya mati; membunuh: Racun ini bisa sekali dan dpt ~ sesiapa yg meminumnya. 2 ki menyebabkan mati (tidak bergerak, buntu, bantut dll); menghentikan; menyekat: Dia ~ enjin keretanya lalu turun. 3 membahagi pengatas dan pembawah dgn angka yg sama. kematian 1 hal-hal yg berkaitan dgn mati: surat ~ surat keterangan mengenai orang yg telah mati. 2 hal atau keadaan mati: Sejak ~ isterinya, dia selalu saja termenung. 3 menderita kerana matinya seseorang: Dia ~ isteri kesayangannya. pemati alat yg mematikan sesuatu: nat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| turun I | 1. dr tempat yg lebih tinggi ke tempat yg lebih rendah, dr atas ke bawah, lwn naik; 2. (datang) dr hulu ke hilir atau dr daerah atas angin ke bawah angin: ia baru ~ dr merotan; maka iaitu ~ dr Yaman ke bawah angin, maka singgahlah ia di Tanah Keling; 3. (pergi) dr pedalaman (kampung dll) ke bandar: terpaksa juga saya ~ ke bandar hari ini; 4. mengendap ke bawah (keladak dlm air dll): hampas kopi itu telah ~; 5. surut (air); 6. hampir terbenam (matahari, bulan, dll), jatuh: matahari ~ matahari sudah hampir terbenam; (matahari) tengah ~ waktu petang (lebih kurang pukul 3.30); 7. ki telah berkurang (marah, nafsu, dll), reda: kemarahannya tidak juga ~-~ lagi; 8. keluar atau meninggalkan kenderaan ke bawah, keluar dr perahu dll dan naik ke darat: maka ~lah orang sekoci pergi mengambil air; maka lalu ~lah sahaya berjalan-jalan melihat-lihat kampung dan pasar di situ; 9. dr darat pergi naik ke kapal (perahu dll), menaiki kapal (perahu dll): maka ~lah ia ke sampannya lalu berkayuh; 10. keluar dr rumah, pergi atau pulang (tetamu): lebih kurang pukul sebelas malam barulah kami ~ dr rumahnya; 11. menjadi kurang atau rendah drpd biasa (harga dll), jatuh, merosot, susut (hasil dll): naik dan ~nya jualan tuan pd tiap-tiap bulan, terpulanglah kpd ke-cekapan tuan menguruskan perniagaan; 12. datang dr sesuatu yg dianggap tinggi (di atas): semua sekali ayat yg terhimpun di dlm Quran sekarang ini ~nya dlm waktu dua puluh tiga tahun; 13. mewarisi sesuatu (perangai dll) drpd datuk nenek dll; 14. memasuki (roh, orang halus, dll); 15. datang jatuh (hujan, salji), datang bertiup (angin ribut): tiba-tiba ~lah hujan rintik-rintik; pd pagi itu ~lah pula ribut serta dgn hujannya; 16. hilang warnanya (kain dll), luntur (warna kain dll): corak yg tidak ~, iaitu warnanya tidak berubah apabila dibasuh; ~ darah a) keluar darah dgn banyaknya (perempuan yg telah bersalin atau keguguran); b) sudah reda (berkurangan) marahnya; ~ haji kembali selepas mengerjakan haji (di Mekah); ~ harga menjadi lebih rendah harganya; ~ ke sawah pergi bekerja di sawah; ~ main Jk berehat (bagi kanak-kanak sekolah) separuh waktu; ~ makan Jk berhenti bekerja utk makan (pekerja); ~ mandi = ~ ke air upacara memandikan bayi utk pertama kali; ~ merek Id a) mendapat nama buruk; b) sudah tidak megah lagi; ~ minum Jk berhenti bermain utk minum (pemain bola sepak dll); ~ minyak menjadi berang atau ganas (binatang spt gajah dll); ~ naik = naik ~ a) tidak sama atau tidak rata (jalan dll), tinggi rendah; b) sekejap turun sekejap naik (nafas dll), sentiasa bergerak-gerak; c) sentiasa berubah-ubah, tidak tetap (ekonomi sesebuah negara dll); ~ padang pergi sendiri (biasanya pemimpin, pembesar dsb) ke sesuatu tempat utk menyiasat (meninjau, melihat dsb) sesuatu keadaan, masalah dsb; ~ ranjang Jk mengahwini saudara atau sanak isteri yg telah meninggal; ~ takhta = ~ dr takhta kerajaan = ~ dr kebesaran meninggalkan takhta (tidak menjadi raja lagi), makzul; ~ tangan a) turut mencampuri sesuatu hal dll; b) turut menyiapkan sesuatu pekerjaan dll; c) turut memberikan pertolongan (kpd orang miskin dll); ~ tangga a) turun melalui tangga; b) bertingkat-tingkat (pangkat, tinggi, umur, dll) dan hanya sedikit sahaja bezanya; c) Sr istiadat membawa pengantin laki-laki turun dan naik tangga sebanyak tiga atau tujuh kali (oleh pihak pengantin perempuan); ~-temu-run = ~-menurun berpindah-pindah drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu dan seterusnya, drpd nenek moyang turun kpd anak cucu dll; sama ~ dgn malim prb perempuan yg dlm tempoh sebulan sahaja sesudah kahwin di-ceraikan oleh suaminya; berturun turut mengeluarkan wang sbg derma (yuran, sokongan, dll): mereka ~ lima ringgit seorang utk menolong mangsa banjir di Kelantan; menurun 1. agak miring (tanah, pantai, dll), landai ke bawah: gunung itu ~ dgn curam-nya arah ke timur; 2. pergi dr atas ke bawah (bukit dll), pergi melalui lereng bukit dll ke bawah: ia bergegas melangkah ~ bukit yg curam menjunam itu; 3. menjadi kurang drpd biasa, beransur-ansur turun, menjadi reda (kemarahan dll), berkurang, surut, susut: debar darahku ~ dan dadaku terasa lapang; mereka ditangkap kerana dituduh menjalankan sabotaj yg menyebabkan peng-hasilan kilang itu ~; 4. berpindah kpd (drpd bapa kpd anak, drpd anak kpd cucu, dll), turun kpd: ia benar-benar ~ kelakuan bapanya; 5. kemasukan roh halus ke dlm tubuh (pawang, bomoh, dll), berada dlm keadaan tidak sedar dan seterusnya dapat menghubungi makhluk-makhluk halus (bkn bomoh, pawang, dll), bersawai: cara mengubat penyakit kadang-kadang dilakukan dgn cara ~; saya dapat menyaksikan bagaimana gayanya orang berpawang dan pawang ~ hantu; ~ hujan mendatangkan hujan; menuruni 1. turun melalui (tangga, lereng bukit, dll): kemudian dia berlari-lari ~ tangga hotel itu; 2. turun utk mengambil dll sesuatu, turun ke; ~ telaga turun ke dlm telaga; 3. keluar dr rumah utk menghadap (menangkap, mengejar), turun utk menyambut (kedatangan orang dll): jikalau anak raja datang, tiada dituruninya, melainkan anak raja yg akan ganti kerajaan maka dituruninya; menurunkan 1. membawa turun (ke bawah), menarik turun, menjatuhkan, merendahkan: dilihat orang layang-layang Raja Ahmad sudah naik, maka segala orang banyak ~ layang-layangnya; maka sekalian baris itu ~ senapangnya memberi hormat; 2. menge-luarkan dr kenderaan (kereta, perahu, dll), menyuruh turun: setelah ~ kami di masjid besar, maka drebar itu pun membawa balik motokar itu ke Yan; 3. menjadikan rendah (pangkat, kedudukan, dll), memakzulkan (raja dll): setelah Abdullah menjadi sultan memanglah sukar hendak ~nya balik; 4. menjadikan kurang (harga dll), mengurang-kan, menyusutkan (hasil dll), memerosotkan: ia boleh membuat undang-undang baru, menukar undang-undang lama, menaikkan atau ~ cukai; 5. menjadikan perlahan (suara), merendahkan; 6. memindahkan sesuatu kpd (anak, cucu, dll), mewariskan sesuatu kpd, meninggalkan (harta, ilmu, dll) kpd: harta si mati itu mesti diturunkan kpd warisnya; dia akan ~ ilmunya kpd orang yg hanya betul-betul hendak belajar sahaja; ~ baka memindahkan baka; ~ kuasa memindahkan kuasa (kepada orang bawahan dll); 7. menternakkan, menggembalakan (lembu dsb); 8. men-datangkan (wahyu dll) kpd, menyampaikan (ilham dll) kpd, mewahyukan, mengilham-kan: wajib kita percaya kpd kitab-kitab yg diturunkan oleh Allah kpd rasul-rasul; 9. memulakan menanam (padi dll): maka bertitah baginda suruh Bujang Selamat panggil Tuk Bidan Raja datang menugal dan ~ benih; 10. menyebabkan turun, meng-gugurkan, menjatuhkan: kebanyakan hujan di Semenanjung adalah hujan ribut yg ~ sampai 30 cm dlm sehari; 11. menjadikan turun (warna kain dll), melunturkan (warna), memudarkan: serbuk pencuci itu akan ~ warna dan merosakkan corak kain itu; 12. Id membentuk kata terbitan drpd kata pokok yg diberi imbuhan (awalan, sisipan, atau akhiran): dgn bersisipkan em, kata gerlap diturunkan menjadi gemerlap; 13. memilih atau meletakkan pemain dlm pertandingan (bola sepak dll), memilih pemain utk mewakili sesuatu pasukan (dan seterusnya bermain dlm sesuatu perlawanan): mereka telah ~ pemain-pemain yg handal utk menentang pasukan dr luar negara itu; memperturun; ~ hari mendatangkan hujan dgn doa dll; turunan 1. = keturunan anak cucu, baka, zuriat: betapa senang dan gembira hati Pak Long Karim melihat usahanya dan jasanya utk anak dan ~nya masa akan datang; 2. peranakan, kacukan: dekat baginda kelihatan perajurit pilihan, iaitu perajurit Daengan dan Bugisan ~ Mengkasar dan Bugis; 3. sesuatu yg dipusakai drpd nenek moyang, sesuatu yg turun-temurun: ayahnya sendiri seorang tua model lama, amat kukuh meme-gang kebiasaan ~, tetapi tidak pandai men-jaga anaknya; 4. = kata ~ Id (Lin) kata yg dibentuk drpd kata pokok, kata terbitan, kata bersambungan; 5. bp penurunan; keturunan 1. yg diturunkan drpd, anak cucu kpd, turunan, zuriat: dlm bahasa Melayu klasik kata putera semata-mata diperuntukkan bagi anak laki-laki ~ raja; 2. sesuatu yg diwarisi: dia memang orang biasa yg tidak mempunyai gelar ~ apa-apa; 3. menderita (sakit dll) yg turun-temurun, mendapat sesuatu yg menurun; 4. perihal dimasuki roh halus, kemasukan roh halus; berketurunan mempunyai keturunan (zuriat);penurunan 1. bahagian bukit (lereng, jalan, dll) yg menurun, | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mati I | 1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~; 2. tidak pernah hidup (barang-barang spt batu dll): tidak bernyawa; 3. tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll): jalan itu ~; pintu itu tertutup ~; 4. tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dll): 5. tidak mempunyai air lagi (perigi dll); 6. tidak menyala lagi (api, lampu dll); lampu sudah ~; matahari ~; 7. tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dll): jam itu ~; 8. tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan dll): parti itu sudah lama ~; 9. tidak ramai lagi (bandar dll): negeri yg sudah ~; 10. tidak digunakan lagi (bahasa dll): bahasa Latin ialah bahasa ~; 11. tidak bertiup lagi (angin dll): angin sudah ~; 12. tidak dapat berasa lagi (kulit dll); kulit ~; 13. tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): fikirannya ~ sebentar; 14. terhenti (percakapan dll): percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang meng-ganggu; ~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai: da-ging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menyelesaikan masalah yg dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (binatang); ~ angin ki tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada semangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk); ~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika bersalin; ~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenarnya tidak; ~ berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya; ~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati spt katak dan tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati dgn sia-sia; ~ kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt terlalu tua dll); ~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~ lemas mati kerana tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air, kena gas, dll); ~ mampus (modar) bp mati dgn sertamerta; ~ mawai ark mati menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~ raga menguatkan hati dgn mengetepikan segala keseronokan; ~ rasa tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana asap, panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana membela agama dll); ~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan bapa mestilah tolongmenolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yg lemah; ~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan dan menghilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik; ~-~ ber-dakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan tidak akan mengumpat atau menyesal kemudiannya; kita semua ~ tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya; spt orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb sese-orang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia; mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya, dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2. tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok; bermati-mati, bermati-matian bersungguhsungguh (mengerjakan sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap tenaga: kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dgn tidak mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~ berjuang utk kemerdekaan; bermatikan; ~ diri pura-pura mati; mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak bergerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; sete-lah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama; kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pelayaran); kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian; pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan, dll), pengukuh, pengetat (skru dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rantau I | 1. = rantauan pantai sejauh teluk (sungai), pesisir: berkelana sepanjang ~; anak (orang) ~ a) orang pesisir; b) orang dagang, orang asing; ceruk ~ segala pelosok (daerah); teluk ~ = teluk dan ~ = daerah ~ daerah dan takluknya; 2. daerah (negeri) di luar daerah (negeri) sendiri, negeri asing, negeri tempat mencari penghidupan: ia telah meninggalkan kampung halaman dan mem-bawa hidup di ~ orang dgn berserah kpd suratan takdir; siapa gerangan yg pulang dr ~?; tanah ~ negeri lain (asing); 3. daerah, kawasan (yg luas): penambahan tentera negeri itu boleh membahayakan keamanan di ~ ini; yg ia tahu ia masih dlm lingkungan bandar London, tetapi di mana ~nya dan apa nama tempatnya, tidak ia ketahui; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendanai prb harta benda (jauh mahupun dekat) hendaklah dijaga supaya terselamat; ~ jauh tidak terulangi, ~ dekat tidak terkendanai prb perihal seseorang yg sangat tua yg tidak terturutkan lagi oleh sanak saudaranya; segan bergalah hanyut se~ prb kalau malas berusaha bencanalah akibatnya; teluknya dalam, ~nya sakti prb sukar dialahkan; serantau dlm satu rantau (melewati beberapa buah negara pesisir pantai yg berhampiran dgn sesebuah negara spt Malaysia dgn negara-negara di Asia Tenggara): kerjasama ekonomi ~; keserantauan perihal berada dlm keadaan serantau: semangat ~; merantau 1. berjalan, belayar, atau mengembara (mencari penghidupan dll) di sejauh rantau (dr sungai ke sungai dll): esok subuh-subuh aku ~ lagi; 2. pergi ke negeri lain (kerana mencari penghidupan): sejak aku ~ di negeri orang, sejak itu aku tidak bertemu dengannya; ~ di hujung bendul = ~ di sudut dapur prb pergi mencari penghidupan ke negeri yg tidak berapa jauh; perantauan 1. negeri lain tempat mencari penghidupan, daerah (negeri) yg didiami oleh orang luar (orang yg datang dr negeri lain): kalau layu selasih di kanan, alamatnya aku sakit di ~; orang ~ a) orang yg mencari penghidupan ke negeri lain, orang asing (luar); b) pengembara, kelana; 2. perjalanan: moga-moga engkau akan selamat dlm ~mu; ia ber-pesan juga supaya anak muda itu memberi khabar dlm ~nya; perantau 1. orang asing, pengembara, kelana; 2. orang yg pergi ke negeri lain, orang yg mencari penghidupan di negeri lain (negeri orang): kira-kira tujuh puluh tahun yg lalu, tibalah di negeri ini sekumpulan orang ~ dr Minangkabau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| habis | 1. tidak ada yg tinggal lagi (kerana sudah digunakan, dibuang, dimakan, dimusnahkan, dll): ~ sudah wang simpananku; sisa makanan itu ~ dimakan kucing; barang-barang kemas isterinya ~ digadaikannya; 2. kesemuanya (segalanya, sekaliannya, keseluruhannya): memasak makanan akan menyebabkan kuman pd makanan yg mentah itu ~ mati; kalau aku tidak datang nanti budak-budak ~ pulang; 3. banyak bahagiannya, sebahagian besarnya, hampir keseluruhannya: baju ini ~ dimakan gegat; pondok itu ~ bocor atapnya; 4. digunakan, ditumpukan, dibelanjakan, diperlukan (bkn wang, masa, dll yg digunakan, dibelanjakan, diperlukan, dll utk sesuatu): sepertiga drpd waktu yg ditetapkan ~ utk ucapan pembukaan sahaja; separuh drpd wang gajinya ~ utk membayar hutang; 5. selesai (siap, sudah), berakhir, tamat: sebentar lagi ~(lah) kerjaku ini; pertunjukan pertama sudah ~; 6. paling, (yg) ter...: darjah yg ~ tinggi di sekolah itu ialah darjah sembilan; inilah bangunan yg ~ tinggi dlm bandar ini; 7. jadi (jadinya), kalau begitu (tidak begitu) maka ...: ~, mengapa ia berhenti kerja?; ~, sampai bila kita boleh tahan hidup begini; 8. selepas, setelah, sesudah itu (dlm pertanyaan): ~ makan ia keluar; ~ apa yg terjadi? 9. (apa hendak dikatakan) kerana: ~ selalu diherdik, itulah ia lari; ~ akal bingung (tidak tahu apa yg hendak dilakukan atau dikatakan lagi), putus akal; ~ awak Kl sangat (paling) memuaskan; ~ bulan a) akhir (hujung) bulan (hari gaji); b) awal bulan yg berikut; ~ dibahagi Id dapat dibahagi dgn tidak berbaki; ~ kemelak Kl puas berikhtiar (membuat atau mencari sesuatu); ~ lauk Kl tidak berfaedah (bercakap dgn orang bodoh dll); ~ licin habis sama sekali (segala-galanya); ~ modal a) tidak ada lagi modal yg tinggal; b) tidak ada bahan atau idea lagi (utk meneruskan perbincangan dll); ~ perkara sudah selesai (tidak perlu diperkatakan, dibincangkan, disebut-sebut lagi); ~ sut Kl tinggal satu sahaja (bkn barang dagangan dll); ~ tahun a) akhir (hujung) tahun; b) awal tahun yg berikut; ~ teh = ~ or Kl bermati-matian atau bersungguh-sungguh (berusaha dll); ~ tempoh (masa, waktu) sudah berlalu jangka waktu yg ditetapkan (sudah tiba waktunya); ~ air setelaga arang dibasuh tak putih prb betapa pun diusahakan, perangai jahat susah hendak dihilangkan; ~ manis sepah dibuang prb setelah tidak berguna, disingkirkan, tidak diendahkan lagi, dll; ~ umpan kerong-kerong tak dapat prb usaha yg sia-sia (menyebabkan kerugian); sehabis 1. sesudah, selepas, sebaik-baik habis: ~ ia berucap para hadirin pun bertepuk tangan; ~ berfikir ia menerima cadangan itu; 2. paling, sangat (kecil, kuat, dll) sekali: gunung yg ~ tinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu; anaknya yg ~ kecil baru berumur dua bulan; menjangkau ~ tangan prb berusaha sedaya upaya; sehabis-habis 1. hingga tidak tinggal (bersisa) sedikit pun, kesemuanya: jikalau dikhabarkan dgn ~ nescaya murkalah tuan puteri ini gerangannya; berfikir dgn ~nya berfikir dgn mempertimbangkan segala-galanya; 2. sampai ke akhir (ke peringkat tertinggi dll), seboleh-boleh: walaupun dicuba dgn ~ daya dan ikhtiar tetapi tidak berhasil yg dicita-citakan; 3. paling, sehabis: tugas ini ialah yg ~ sulit yg pernah dihadapinya; habis-habis 1. hingga habis kesemuanya (keseluruhannya dll); cakaplah (katakanlah) ~ cakaplah (katakanlah) segala-galanya (dgn tidak menyembunyikan sedikit pun); berfikir ~ berfikir masak-masak (dgn memperhitungkan segala-galanya); tak ~(nya) tidak putus-putusnya, tidak ada kesudahannya; 2. paling-paling, (yg) sebanyak-banyaknya (sebesar-besarnya dsb): orang-orang tua apa boleh dibuat mereka, ~ mereka meratap, ~ mereka memaki-maki; memakan ~ menyorok hilang-hilang prb merahsiakan sesuatu biarlah sampai tidak diketahui orang sedikit pun; habis-habisan, berhabis-habisan 1. hingga habis (terkorban dsb) semuanya, dgn sepenuh kemampuan (tenaga, kesungguhan, dll), mati-matian: mereka bersumpah akan berjuang ~ mempertahankan negara; nampaknya mereka bertaruh ~ di atas papan catur; 2. terlalu sangat, dgn tidak bersekat (berbatas): dimaki ~; menghabisi 1. mengakhiri, menamatkan: tuan Imam ~ upacara itu dgn doa selamat; 2. menghapuskan, menghilangkan: habisilah perasaan itu abang, jangan diperkesankan di muka orang banyak; 3. menamatkan riwayat, membunuh: seorang leftenan muda mengancam mahu ~ orang tangkapan itu; ~ nyawanya membunuh diri; menghabiskan 1. menggunakan (memakan, membelanjakan, dll) hingga habis, membuang-buang (masa, tenaga, dll): sebahagian drpd wang gajinya dihabiskan utk membiayai pelajaran anak-anaknya; Bujal ~ masa lapangnya dgn berkunjung ke rumah kawan-kawannya; ~ umur membuang-buang masa (kerana melakukan sesuatu yg tidak baik atau sia-sia); 2. menyudahkan, menyiapkan, menyelesaikan: dia pergi ~ kerjanya yg terbengkalai; 3. menamatkan, mengakhiri; ~ ceritanya (cakapnya) menamatkan ceritanya (cakapnya); 4. menghabisi, membunuh: kekanda berjanji dgn keris ini akan ~ siapa sahaja yg cuba mengganggu adinda; terhabiskan; tiada (tidak) ~ tidak dapat dihabiskan: Hanuman pun makan nasi itu dgn berapa budi bicaranya hendak menghabiskan nasi itu tiada ~; kehabisan mengalami kesulitan kerana sesuatu (yg diperlukan) telah habis (dgn tidak disedari, di luar dugaan), tidak lagi mempunyai (wang dll, kerana sudah dibelanjakan, digunakan, dsb semuanya), ketiadaan sesuatu (kerana telah habis): belum hujung bulan dia telah ~ wang; dgn gerak yg lemah spt orang ~ tenaga ia berjalan perlahan-lahan menuju sebuah jendela; keretanya ~ minyak di tengah jalan; ~ modal tidak tahu apa yg hendak dikatakan lagi (dlm perbualan, perbincangan, dll); penghabisan 1. kesudahan, akhir: ~nya tiada siapa pun yg berjaya; 2. yg terkemudian sekali, akhir: sampailah hari ~ bulan puasa, esoknya sudah berhari raya; dialah yg ~ keluar dr rumah itu; 3. hujung: ~ jalan ini di tepi laut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |