Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Bencana Banjir


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
alam I1. dunia, bumi: namanya termasyhur di seluruh ~; bencana ~ bencana yg berlaku di muka bumi (spt banjir, gempa, dll); 2. segala yg ada di langit dan di bumi (bumi, bintang-bintang, tenaga-tenaga yg ada, dll): Tuhan menjadikan ~ ini dlm masa enam hari; ilmu ~ a) pengetahuan mengenai keadaan alam dan benda-benda hidup (spt keadaan bumi, iklim, penduduk dan perusahaannya, dll), geografi; b) Id fizik; 3. lingkungan yg meliputi golongan atau kumpulan orang atau hidupan lain yg tertentu atau sejenis: ~ remaja; ~ kanak-kanak; ~ Minangkabau; ~ haiwan; 4. bidang atau lingkungan kegiatan (minat dll): ~ persuratan Melayu; ~ pembacaan kanak-kanak; ~ persuratkhabaran; 5. Id segala daya (kekuatan dsb) yg seakan-akan mengatur isi dunia: di negeri itu agaknya berlaku hukum ~, siapa yg kuat dialah yg berkuasa; ~ arwah tempat roh-roh; ~ baqa dunia yg kekal, akhirat;~ barzakh alam yg tidak ke­lihat­an (tempat orang mati hingga hari kia­mat); ~ fana dunia yg tidak kekal; ~ fikiran bidang atau lingkungan fikiran (cara berfikir); ~ nabatah = ~ tumbuh-tumbuhan segala macam tumbuh-tumbuhan; ~ samar alam barzakh; ~ semesta seluruh alam; lah sesak ~ tempat diam, tak berbumi tempat tegak prb berasa sangat malu sehingga tidak dapat me-nyem­bunyikan dirinya lagi; sealam mempunyai alam yg sama: Malaysia ~ dgn Indonesia; kealaman perihal alam, sifat atau keadaan alam: pengaruh manusia terhadap ~ negeri itu besar.Kamus Dewan Edisi Keempat
bala IIkejadian buruk yg menimpa diri seseorang (spt kemalangan dsb) atau sesuatu tempat (spt gempa bumi, banjir besar, kemarau, dsb), bencana, malapetaka: banjir besar yg melanda bandar raya itu merupakan ~ kpd penduduk di kawasan itu; (doa, mandi, kenduri) tolak ~ (doa, mandi, kenduri) yg dilakukan utk menghindarkan diri drpd ditimpa bala; ~ lalu dibawa singgah prb dgn sengaja mencari kesusahan dll; bahala.Kamus Dewan Edisi Keempat
bencana1 sesuatu malapetaka atau kemalangan yg menimpa; kecelakaan: Dlm ~ itu, tiga orang pekerja telah mati ditimpa batu. ~ alam bencana atau kecelakaan yg berlaku, spt gempa bumi dan banjir. 2 kesusahan yg disebabkan oleh sesuatu; gangguan: Mudah-mudahan engkau terselamat drpd ~ hantu dan syaitan.Kamus Pelajar Edisi Kedua

Kembali ke atas