| bermukim | berkediaman, bertempat tinggal: ada juga seorang dua peranakan Bugis yg ~ di Melaka; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bermukim | bertempat tinggal; berkediaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bermukim | bertempat tinggal; berkediaman. | Kamus Pelajar |
| bernegeri | 1. mempunyai negeri; 2. mempunyai tempat tinggal, berkediaman: sedang baginda ~ di Pasir Raja dewasa itulah datang kpd hamba Seri Nara Wangsa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| semayam, = bersemayam | 2 duduk atau tinggal di (bkn raja-raja); berkediaman di: Baginda kemudian telah ~ di Riau pula. | Kamus Pelajar |
| bernegeri | 1 mempunyai negeri. 2 mempunyai tempat tinggal; berkediaman. | Kamus Pelajar |
| bersemayam | 1 duduk di atas takhta atau singgahsana (bkn raja): Baginda pun ~ di atas singgahsana dihadap oleh segala menteri. 2 duduk atau tinggal di (bkn raja-raja); berkediaman di: Baginda kemudian telah ~ di Riau pula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| semayam | , = bersemayam 1 duduk di atas takhta atau singgahsana (bkn raja): Baginda pun ~ di atas singgahsana dihadap oleh segala menteri. 2 duduk atau tinggal di (bkn raja-raja); berkediaman di: Baginda kemudian telah ~ di Riau pula. persemayaman tempat bersemayam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| mukim | 1 kawasan yg di bawah perintah seorang penghulu. 2 kawasan yg di bawah lingkungan sebuah masjid. 3 penduduk yg tidak berniat utk menetap di sesuatu tempat. bermukim bertempat tinggal; berkediaman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| hidup | 1 bernyawa dan bernafas (bkn manusia, binatang dll); tumbuh dan berfungsi sebagaimana mestinya (bkn tumbuh-tumbuhan): Kedua-dua ibu bapanya masih ~. Pokok padinya ~ dgn subur. 2 tinggal di sesuatu tempat; berkediaman (di): ~ di kota besar tidak selamanya lebih mudah drpd hidup di kampung. 3 berada dlm keadaan tertentu: Orang yg tidak berilmu, ~nya seumpama berjalan pd malam yg gelap gelita. Mudah-mudahan kamu akan ~ bahagia. 4 (masih) bergerak atau berjalan (bkn enjin kereta, pertubuhan dll): Enjin keretanya masih ~. Syarikat kerjasama itu masih ~. Api itu masih ~. 5 mendapat rezeki dgn cara tertentu: Kebanyakan orang Melayu ~ dgn bersawah padi. hidup-hidup 1 benar-benar hidup: Kalau tidak pernah melihat penyu ~, barangkali kita pernah melihat gambarnya. 2 dlm keadaan masih hidup: Pengganas itu telah membakarnya ~. menghidupkan membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin keretanya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. hidupan 1 segala benda (spt binatang, tumbuh-tumbuhan) yg hidup: Kuman ialah ~ yg sangat halus. 2 = binatang ~ binatang (spt kerbau, lembu) yg diternak; binatang yg dipelihara. ~ seni hidupan yg sangat kecil yg terbentuk drpd satu atau beberapa sel, yg dpt dilihat hanya melalui mikroskop, mis bakteria dan protozoa. kehidupan keadaan atau hal hidup: ~nya sangatlah susah kerana tidak cukup belanja hendak menanggung seorang isteri dan empat orang anak yg masih kecil. penghidupan cara atau hal menjaga hidup; pencarian: Wang itu cukup utk ~ sehari-hari. penghidup sesuatu alat atau bahagian drpd sesuatu spt enjin, yg menghidupkan: ~ bingkas ialah salah satu bahagian dlm enjin itu. sehidup hidup bersama. ~ semati bersetia antara satu dgn yg lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |