| pecah periuk jantan | sj tumbuhan (pokok renek), bunga merah hutan, jambul siul, jarum-jarum, mata pialing, medang asam, seratung padi, Ixora pendula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dedap | = ~ batik sj tumbuhan (pokok), Erythrina subumbrans; ~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), anting melayu, kekabu hutan, Erythropsis fulgens; ~ laut sj tumbuhan (pokok kecil), akar sergang, baru(-baru), membaru, Hibiscus tiliaceus; laksana bunga ~, merah ada berbau tidak prb orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa; dadap II.~ hutan sj tumbuhan (pokok kecil), anting melayu, kekabu hutan, Erythropsis fulgens; ~ laut sj tumbuhan (pokok kecil), akar sergang, baru(-baru), membaru, Hibiscus tiliaceus; laksana bunga ~, merah ada berbau tidak prb orang yg rupanya elok tetapi tidak berbudi bahasa; dadap II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| merah | /mérah/ warna spt warna darah. ~ jambu (muda) merah keputih-putihan. ~ kesumba merah tua. ~ lembayung merah bercampur ungu. ~ marak (menyala) sangat merah; merah yg sangat terang. ~ padam merah spt warna bunga padma (bkn warna muka ketika marah). ~ pulasan merah spt warna kulit buah pulasan masak. ~ telinga marah. ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuning-kuningan. ~ tua merah kehitam-hitaman. memerah menjadi merah: Kaki langit mulai ~. memerahi menjadikan merah (oleh sesuatu): Jari-jari pengantin itu dimerahi inai. memerahkan menyebabkan jadi merah (dgn menggunakan sesuatu): Gadis itu ~ bibirnya dgn gincu. kemerahan keadaan merah. kemerah-merahan agak merah; seakan-akan merah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| merah I | (mérah) warna spt warna darah; ~-~ bahasa agak merah; ~ darah merah spt darah; ~ jambu = ~ muda merah keputihputihan; ~ kesumba merah tua; ~ lembayung merah bercampur ungu; ~ marak = ~ men-jahang = ~ menyala = ~ merang = ~ murup sangat merah; ~ muka kemalu-maluan; ~ padam merah spt bunga teratai (warna muka ketika marah); ~ pijar sangat panas sehingga membara (logam dll); ~ pulasan merah spt kulit buah pulasan masak; ~ saga warna merah spt biji saga; ~ telinga marah; ~ telur bahagian dlm telur yg berwarna merah kekuningkuningan; ~ tua merah kehitam-hitaman; di luar ~, di dlm pahit prb janganlah percaya akan perkataan yg manis-manis kerana biasanya berisi tipu daya yg busuk; bermerah; ~ muka ki bertengkar (berhujah dll) spt akan berkelahi; memerah menjadi merah: panas matahari sudah mulai mengundur dan di sebelah barat langit sudah mulai ~; memerahi membubuh warna merah pd, mewarnai merah: pipinya dimerahi dgn gincu, pinggangnya diikat ramping-ram-ping; memerahkan menjadikan (menyebabkan) merah, membuat menjadi merah; ~ muka menjadikan muka merah (menyebabkan marah); kemerahan keadaan merah; kemerah-merahan berwarna agak merah, seakan-akan merah: lapisan yg ~; pemerah sesuatu (bahan dll) yg menjadikan sesuatu lain berwarna merah; ~ pipi bahan solek utk memerahkan pipi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| corak I | 1. ragi atau bunga-bunga pd kain (barang anyaman, tenunan, dll): besar-besar ~ kain batiknya; ~ damdam corak yg berpetak-petak empat segi (corak tapak catur); 2. warna (bunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain itu berwarna hijau dan ~nya merah; 3. ki rupa (bentuk, sifat, dll): hasil usahanya telah menukarkan ~ pertanian di negeri itu; bercorak 1. berbunga-bunga (barang tenunan, anyaman, dll), beragi: kain ~; 2. berwarna-warna (berbunga-bunga) pd tanah kain (bendera dll): kain merah yg ~ putih; 3. ki berupa (bersifat, berbentuk, berfaham, dll): menimbulkan perselisihan yg ~ perkauman; filem Indonesia ~ ketimuran; mencoraki menjadi corak pd (bagi), menjadi ciri asas pd (bagi), mewarnai: pergantungan ~ hubungan antara negara membangun dgn negara perindustrian Barat; mencorakkan 1. memberi bercorak: kanak-kanak bagai kain putih boleh dicorakkan dan diwarna-warnikan; 2. ki membentuk (sifat, rupa, ciri-ciri, dll sesuatu) memberikan sifat-sifat yg tertentu kpd: perasaan itu biasanya dicorakkan oleh keadaan; pencorakan perihal (perbuatan dsb) mencorakkan; pencorak orang (faktor, unsur dsb) yg menentukan corak (rupa, sifat, keadaan dsb) sesuatu: kita merupakan ~ masyarakat yg telah diamanahkan utk membela nasib dan masa depan anak-anak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| seroja | 1. sj tumbuhan (herba dan bunga), bunga pukul empat, bunga pecah empat, kembang pukul empat, Mirabilis jalapa; 2. = ~ biru sj tumbuhan (herba), kelepok, telepuk, teratai kecil, tunjung biru, Nymphaea stella; 3. = ~ merah sj tumbuhan (herba), bunga padma, bunga telepok, teratai, Nelumbium nelumbo. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pecah II | ; ~ payung = ~ piring paya sj tumbuhan (pokok), segading jantan, sampu tikus, terubul, Ixora crassifolia; ~ periuk a) sj tumbuhan (pokok renek), jarum-jarum merah, kayu tentulang, penujuh, pial ayam hutan, siantan hutan, Ixora chinensis; b) sj tumbuhan (pokok renek), bunga selang, penabas, Ixora lobbii; ~ periuk jantan sj tumbuhan (pokok renek), bunga merah hutan, jambul siul, jarum-jarum, mata pialing, medang asam, seratung padi, Ixora pendula; ~ pianggang sj tumbuhan (pokok renek), kecubung rimba, selumbar, Rancia macrophylla. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| padam II | ; merah ~ merah spt bunga padma (bkn muka ketika marah). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bunga badam | merah-merah pd kulit (tanda penyakit kusta). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kertas III | ; bunga ~ sj pokok bunga (warna bunganya merah, kuning, dll), Bougainvillea spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |