| putat | sj tumbuhan; jenis-jenisnya: ~ air sj tumbuhan (pokok), Barringtonia conoidea; ~ darat = ~ bukit = ~ gajah = ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Barringtonia sumatrana; ~ gajah = ~ hutan = ~ tuba sj tumbuhan (pokok), Barringtonia scortechini; ~ hutan = ~ bukit putih = ~ darah = ~ gajah = ~ talang sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia macrostachya; ~ kampung = ~ darat = ~ kedul = ~ padi sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia racemosa; ~ laut = ~ air = ~ gajah sj tumbuhan (pokok), peratun, Barringtonia asiatica; ~ gajah sj tumbuhan (pokok kecil), Barringtonia fusiformis; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), akar mentadu, akar telur bujuk, dagan, dagum, serapat akar, telinak, Gnetum tenuifolium. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kait-kait | sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir, Uncaria acida; ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), kekait merah, gambir-gambir hutan, Uncaria ferrea; ~ darat sj tumbuhan (pokok memanjat), kait besi; ~ hitam besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kuku lang, Uncaria sclerophylla; ~ (kekait) merah sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir hutan, Uncaria cordata; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar onak, damai-damai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; daun ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kuku balam (lipan), duri sakah, kuku lang, Zizyphus oenoplia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kait II | ; ~ besi sj tumbuhan (pokok memanjat), Uncaria longiflora; kait-kait sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir, Uncaria acida; ~ bukit sj tumbuhan (pokok memanjat), kekait merah, gambir-gambir hutan, Uncaria ferrea; ~ darat sj tumbuhan (pokok memanjat), kait besi; ~ hitam besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar selembah, belalai gajah, kuku lang, Uncaria sclerophylla; ~ (kekait) merah sj tumbuhan (pokok memanjat), gambir-gambir hutan, Uncaria cordata; akar ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar onak, damai-damai, jambu kelawar, kuku lang rimba, Zizyphus calophylla; daun ~ sj tumbuhan (pokok menjalar), akar kuku balam (lipan), duri sakah, kuku lang, Zizyphus oenoplia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tampu | 1. sj tumbuhan (pokok), mahang bulan, mahang serendit, Macaranga hullettii; 2. sj tumbuhan (pokok renek), capak singa, Melochia umbellata; ~ putih = ~ hutan sj tumbuhan (pokok), incung, kunduh, Macaranga tanaria; ~ rengat a) sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kayu lang, darat belut, Mezoneuron sumatrana; b) sj tumbuhan (pokok renek), Rubus moluccanus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| laut I | 1. air masin yg menggenangi sebahagian besar drpd muka bumi, lwn darat: L~ Merah; L~ China dll; biru air ~; 2. kumpulan sesuatu benda yg amat banyak: ~ api; ~ madu; 3. utara; barat ~ arah di antara barat dgn utara; timur ~ arah di antara timur dgn utara; 4. Ph, ki jauh ke tengah (sungai, tasik, dll); ~ api a) kebakaran yg besar; b) kumpulan api yg besar; ~ janggawari laut yg besar; ~ kalzum sl Laut Merah; ~ lepas (berdebu, jelebu, jerebu, serebu, rembang) laut yg terbentang luas; ~ budi tepian akal prb orang yg cerdik dan pandai; ~ ditembak darat kena prb beroleh sesuatu yg tidak dihajati; ~ ditimba akan kering prb harta walau banyak sekalipun akan habis juga jika selalu dibelanjakan; ~ mana yg tak berombak, bumi mana yg tak ditimpa hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (segala pekerjaan ada kesulitannya); tak ada ~ yg tidak berombak prb tidak ada pekerjaan besar yg tidak ada bahayanya; melaut 1. spt laut, luas spt laut: kawasan hutan simpan yg ~ luasnya; 2. turun ke laut (utk belayar dll); sudah ~ mendarat sudah pergi ke mana-mana; tak sungguh seluang ~akhirnya balik ke tepi juga prb tidak betah merantau akhirnya balik ke kampung juga; melauti pergi belayar di laut, melayari; melautkan ki membesar-besarkan, menghebah-hebahkan; setitik dilautkan sekepal dibukitkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; memperlaut melayarkan kapal (perahu dll), mengirim barang-barang dgn kapal; lautan 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; kelautan yg berkaitan dgn laut: iklim ~; pelaut orang yg selalu turun ke laut (kelasi dll), pelayar; kepelautan kemahiran dlm kerja-kerja mengemudikan atau mengendalikan kapal, bot dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| puak | 1. kelompok (orang dll), golongan, kumpulan, pasukan: mereka dibahagi-bahagikan kpd beberapa ~, se~ pergi ke hutan mencari kayu dan yg lainnya tinggal membuat kerja masing-masing; 2. kelompok bangsa, suku bangsa, golongan keluarga, kaum: bahawa Allah menjadikan manusia itu berbagai-bagai ~ dan bangsa utk berkenalan; 3. golongan orang dlm parti politik (tentera dll) dgn fahaman atau pendirian yg tersendiri, parti: perselisihan ~-~ dlm angkatan darat; ~ kebangsaan (nasionalis); ~ kiri orang (parti) yg berfaham kiri; ~ liberal orang (parti) yg berfaham sederhana; ~ pembangkang parti politik yg bukan parti pemerintah; berpuak, berpuak-puak, 1. bergolongan, berkawan-kawan, berkelompok-kelompok; 2. bp berbagai-bagai, berpecah belah: hidup berpuak-puak dan berseteru; memuak-muakkan menyebabkan berpecah menjadi beberapa puak atau golongan, memecah-belahkan kpd beberapa puak: orang-orang muda itu hanya ~ masyarakat yg kecil di situ; kepuakan yg berkaitan dgn (sesuatu) puak: akibat drpd itu maka semakin subur faham ~ yg mendukung pelbagai macam aliran fikiran; perpuakan perihal berpuak-(puak): ini bertentangan dgn rasisme, perkauman, dan ~ dlm segala bentuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pawang | 1. orang yg mempunyai kebolehan utk melakukan sesuatu (biasanya dgn menggunakan kuasa ghaib); 2. orang yg pandai mengubati orang sakit dll (dgn menggunakan jampi mantera dll), bomoh, dukun; ~ belat (jermal, kelong) orang yg menangkap ikan dgn belat (jermal, kelong); ~ buaya orang yg pandai menangkap buaya; ~ buru = ~ pemburuan orang yg ahli dlm hal memburu; ~ darat pawang yg bertugas di darat (tidak di laut); ~ gaharu (kapur) pawang yg bijak dlm hal-hal mengutip gaharu (kapur); ~ gajah orang yg pandai menangkap serta menjinakkan gajah; ~ hujan orang yg pandai menolak (menjauhkan) hujan; ~ hutan orang yg ahli mengenai hutan; ~ kapal jurumudi; ~ laut (pukat) ketua kumpulan nelayan; ~ lebah orang yg pandai mencari manisan lebah; berpawang meminta pertolongan pawang utk mengubati penyakit dsb: puas sudah kami berbomoh dan ~; perpawangan hal (amalan, pengubatan dsb) yg berkaitan dgn pawang: kehadirannya di pentas perbomohan, perdukunan atau ~ memberi tokoh itu keistimewaan tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jalan | 1. tempat lalu lintas (utk orang, kenderaan, dll): belanja membuat ~; 2. tempat yg harus dilalui atau dilintasi supaya sampai ke tempat (ruang) tertentu, laluan: tolong tunjukkan ~ ke rumah datuk penghulu; ~ laut laluan yg diikuti di laut utk pergi ke sesuatu tempat; 3. gerakan (kereta, enjin, dll): kereta itu sangat laju ~nya; jam itu cepat ~nya; 4. perkembangan sesuatu peristiwa (cerita, perundingan, dll): ~ cerita; 5. cara, ikhtiar, usaha: semua ~ utk mencapai perdamaian telah pun difikirkan; itulah ~ yg baik sekali utk kamu; mencari ~ berikhtiar, berusaha; 6. bp dapat diterima (atau dipakai), laku, berhasil: temberang engkau itu tak ~ di sini; 7. Id perangai, tingkah laku; 8. bp berangkat, pergi (meninggalkan sesuatu tempat): selamat ~; ~ bahasa cara penggunaan bahasa yg khas dlm sesuatu bahasa; ~ belakang a) jalan masuk melalui pintu belakang; b) ki cara melakukan sesuatu dgn tidak mengikut peraturan yg telah ditentukan; ~ buntu a) jalan yg tidak bersambung lagi; b) = menemui ~ buntu terhenti (mesyuarat dll) kerana tidak ada kata sepakat, kandas; ~ cagak (tiga, empat, dll) jalan yg bercabang (tiga, empat, dll); ~ damai cara (ikhtiar) mencapai perdamaian; ~ enam tahun belum genap enam tahun; ~ fikiran cara pemikiran; ~ jajahan Id jalan kecil, lorong; ~ keluar a) jalan utk keluar (dr sesuatu tempat); b) cara utk menyelesaikan sesuatu perkara (masalah dll); ~ kereta api landasan kereta api; ~ masuk jalan utk masuk ke sesuatu tempat atau kawasan; ~ mati jalan yg tidak digunakan lagi; ~ memintas = ~ rentas jalan potong (yg lebih pendek) yg merentasi atau memintas sesuatu kawasan; ~ nafas rongga tempat nafas keluar masuk; ~ pengajaran cara menyusun dan memberikan pelajaran; ~ raya jalan besar; ~ samping a) jalan kecil yg selari dgn jalan besar; b) jalan di tepi rumah; ~ sehala jalan yg boleh dilalui kenderaan yg bergerak satu hala sahaja; ~ serap jalan kecil yg hanya dapat dilalui orang (terjadi kerana kerap dilalui); ~ serong a) jalan bengkok; b) niat jahat; c) perbuatan yg tidak baik; ~ simpangan jalan yg menyimpang dr jalan besar; ~ simpang tiga (empat) jalan yg bersimpang tiga (empat); ~ susur jalan raya kecil yg agak selari dgn jalan raya utama utk menuju ke kawasan perumahan, kompleks, kedai dsb; ~ tengah a) jalan yg terletak di tengah; b) keputusan (pendapat) yg diambil antara dua (atau beberapa) pendapat yg berbeza; ~ tikus jalan yg kecil (yg terdapat di kampung-kampung atau di hutan-hutan); ~ umum jalan utk semua orang dan kenderaan; ~ diasak orang lalu, cupak dipepat orang menggalas prb adat istiadat dlm suatu negeri diubah oleh orang asing yg menempat di situ (suatu keaiban); ~ di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak prb kalau merantau di negeri orang hendaklah bersopan santun; ~ mati lagi dicuba, inikan pula ~ binasa prb orang yg berani itu tidak membilang lawan atau memilih perbuatan; ~ raya titian batu prb adat atau aturan yg telah lazim dr dahulu dan belum berubah-ubah; ~ spt orang berak di tengah ~ prb sindiran kpd orang yg pemalu; sedepa ~ ke muka, setelempap ~ ke belakang prb hal orang yg maju ke muka utk mencapai cita-citanya; seiring bertukar ~ prb mempunyai haluan (tujuan) yg berbeza; sekali ~ terkena, dua kali ~ tahu prb seorang hanya boleh ditipu sekali sahaja; sesat di hujung ~ balik ke pangkal ~ prb kalau berbuat salah pd peringkat akhir hendaklah disusul kembali kpd asalnya; sejalan 1. sama arah (tujuan, pemikiran, dll): hujah mereka ~ dgn hujah kami; 2. bkn garisan selari, sejajar; dua garisan ~ dua garisan yg sejajar; saudara ~ jadi saudara seibu; berjalan 1. bergerak (ke depan dll) dgn kaki: setelah diberi isyarat kanak-kanak itu pun mulai ~; 2. bergerak dr satu tempat ke tempat lain: kereta api itu ~ dgn lajunya menuju ke pelabuhan; 3. berangkat, pergi (menuju) ke: ... baiklah engkau bawa sedikit bekalan sebab engkau hendak ~ jauh; 4. berlangsung, berlaku, terjadi: persidangan itu ~ dgn lancarnya; peraduan itu akan ~ selama tiga bulan; ~ darat pergi ikut jalan darat (tidak ikut jalan laut atau udara); ~ kaki berjalan dgn tidak menggunakan kenderaan dll; ~ serong (bersikap) tidak jujur; ~ dr pintu belakang prb tidak mengikut peraturan yg ditentukan, tidak jujur; ~ jauh banyak dilihat prb orang yg banyak merantau akan mendapat banyak pengalaman; ~ peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah = ~ selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan prb dlm melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah senantiasa berhati-hati; ~ sampai ke batas, belayar sampai ke pulau prb hendaklah mengerjakan sesuatu pekerjaan itu hingga selesai; berjalan-jalan 1. bersiar-siar makan angin dgn berjalan kaki: Ali pergi ~ bersama isterinya di tepi pantai itu; 2. melancong: setiap musim cuti, mereka pergi ~; menjalani mengalami, melalui: dia telah ~ satu pembedahan; menjalankan 1. mengusahakan (membuat) supaya berjalan (kereta, kereta api, mesin, perniagaan, dll): dia cuba ~ kereta itu tetapi tidak berjaya; sesudah ayahnya meninggal, Alilah yg ~ perusahaan itu; 2. mengerjakan (tugas dll), melaksanakan: Pak Leman tidak berasa susah atau berat utk ~ tugasnya sbg seorang penarik beca; terjalan dapat berjalan: dia keletihan dan tidak ~ lagi; jalanan bp 1. jalan, lorong; 2. dlm perjalanan; perjalanan 1. perihal berjalan (bergerak), gerakan: dia bertanggungjawab atas ~ pejabat; bertanggungjawab mentadbir ~ koperasi; 2. = kejalanan ark perihal berpergian (kepergian): ibunya meninggal dlm ~ ke Mekah; 3. pengaliran: kotoran menghalang ~ minyak itu; penjalan ark 1. (orang) yg menjalankan (kereta, perintah, dll): ~ kereta kuda itu ialah seorang tua yg berjanggut; 2. orang yg suka berjalan; pejalan; ~ kaki orang yg berjalan kaki (di jalan raya dsb): masih banyak ~ kaki yg tidak mematuhi peraturan ketika menyeberangi jalan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| orang | 1. manusia (sbg peribadi): dr sini kami lihat ~ berkelahi; tadi ada ~ telefon awak; satukanlah ~ berdua ini; 2. salah satu manusia (ganti diri ketiga yg umum): jangan suka dengar cakap ~ sangat; dagingnya ~ buat lauk; dengar kata ~ terjun masuk lubuk; di aku hak aku, di ~ hak ~ (yg) pd orang lain itu haknya; 3. diri manusia: barangnya ada tetapi ~nya pergi ke mana; mana ~nya yg memanggil aku tadi; ~ seorang orang sendiri; 4. penjodoh bilangan bagi manusia: lima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan; 5. pengikut, anak buah: berapa ramaikah ~ awak?; kalau engkau pandai mengasuh, engkau akan beroleh isteri walaupun dia bukan ~ awak; 6. manusia yg berasal dr sesuatu daerah tertentu, rakyat sesebuah negara: dia ~ Perak, bukan ~ Selangor; nampaknya dia itu spt ~ kampung; 7. bangsa, kaum, suku: ~ Iban; ~ Kadazan; ~ Melayu; 8. = ~ lain lain drpd diri sendiri, bukan kaum keluarga: itu motokar ~, bukan motokar kita; ~ sekali masuk membawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk keluar; negeri ~ negeri lain, bukan negeri sendiri; 9. Jk kerana, lantaran (sebenarnya): mana dapat membayar, ~ belum gajian; 10. bp diri sendiri dan sbg penguat utk kata ganti spt awak (kau) ~, dia ~, kita ~, lu ~;~ asing a) (Udg) orang yg bukan warganegara bagi sesebuah negara; b) orang luar; ~ asli penduduk asal sesebuah negeri; ~ atas a) orang yg tinggal di sebelah atas; b) orang yg berpangkat tinggi, orang besar-besar; ~ awam a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera; ~ banyak khalayak ramai, orang biasa, orang awam; ~ Barat orang berkulit putih yg berasal dr Eropah dan negara-negara spt Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand; ~ baru (baharu) a) orang yg baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan; ~ bawah (bawahan) orang yg tidak berpangkat, orang yg berpangkat rendah; ~ belakang a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; ~ (yg) berada orang yg berharta; ~ besar a) orang yg besar tubuh badannya; b) orang yg sudah dewasa; c) orang yg berpangkat tinggi; d) orang mulia (bangsawan); ~ biasa rakyat biasa; ~ buangan orang yg diasingkan drpd masyarakat (kerana kegiatan-kegiatan politik dll); ~ bukit orang yg tinggal di bukit; ~ bumi penduduk asli; ~ buruan orang yg diburu (dicari) oleh yg berwajib kerana kesalahan jenayah dll; ~ dagang orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; ~ dalam a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; ~ darat a) orang asli; b) orang kampung (dusun); c) Kl, ki orang yg tidak tahu akan perkara; d) Mn orang bahagian pedalaman Minangkabau (lwn orang pesisir); ~ datang keturunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang; ~ gaji(an) orang yg bekerja di rumah orang, babu, pembantu rumah, amah; ~ galang orang yg menjadi pelindung kpd orang lain (spt pembesar), orang yg bersedia menyabung nyawanya utk tuannya dll; ~ halus a) jin, roh, orang bunian; b) orang yg pandai-pandai; ~ harapan orang yg diberi kepercayaan penuh atau yg amat diharapkan utk melaksanakan sesuatu (projek, program dsb); ~ hilir a) orang yg tinggal di sebelah hilir sungai; b) Kl orang yg tahu segala-galanya (lwn orang darat); ~ hulu a) orang yg tinggal jauh di pedalaman negeri; b) orang yg tidak tahu adat dll; ~ hobatan orang yg pandai menjampi (bomoh); ~ hutan a) orang yg tinggal di hutan; b) sj kera besar, mawas, Pongo pygmaeus; c) orang yg tidak tahu sesuatu perkara (adat, tatatertib, dll); ~ jemputan orang yg berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yg menjemputnya dgn wang dll); ~ kalau orang yg memainkan nobat; ~ kampung a) orang yg tinggal di kampung; b) bp orang yg tidak tahu suatu apa; ~ kanan orang yg diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong) yg utama; ~ kaya a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rangkaya panggilan kpd isteri orang yg berpangkat atau yg patut dihormati; ~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat); ~ kecil a) orang yg kecil badannya; b) rakyat biasa (orang kebanyakan); ~ keluaran a) orang yg di luar (yg tidak turut campur dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam); ~ kenamaan orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar; ~ kepercayaan orang yg dipercayai, orang harapan; ~ lain bukan diri sendiri, manusia lain; ~ lama orang yg sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dll) dan banyak pengalamannya; ~ laut suku bangsa yg hidup (tinggal) di laut; ~ liar orang yg belum bertamadun (beradab), orang hutan; ~ luar (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); ~ mendatang orang dagang; ~ minyak orang yg melumuri badannya dgn minyak (supaya tidak mudah dapat ditangkap dll) dan biasanya mengganggu orang perempuan dgn tujuan hendak mencabul kehormatan mereka; ~ muda a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero; ~ papak pondan; ~ perjuangan tokoh-tokoh politik; ~ preman orang awam (bukan tentera); ~ putih orang Barat; ~ ramai khalayak ramai, orang banyak, umum; ~ rantai orang hukuman; ~ rendah a) orang yg tidak tinggi badannya; b) orang yg kedudukannya (bangsanya dll) rendah, orang biasa; ~ rumah a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; ~ sabun orang balar; ~ sakit a) orang yg menghidap penyakit, pesakit; b) orang yg dirawat di hospital; ~ salah orang yg dihukum kerana melakukan kesalahan; ~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga; O~ Sungai suku kaum peribumi di Sabah termasuk dlm kumpulan kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti utamanya ialah kerja yg berkaitan dgn laut dan sungai; ~ suruhan a) orang gaji; b) wakil drpd satu pihak (sbg pembawa pesanan dll), utusan; ~ tahanan orang yg ditahan oleh pihak yg berkuasa kerana disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dsb; ~ tani peladang, petani; ~ tebusan orang yg ditahan (biasanya orang yg tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika tuntutan pihak yg menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan; ~ tengah a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; ~ timur orang Asia; ~ tua a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; O~ Ulu suku kaum peribumi di Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yg kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan; ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu, biasanya yg tidak baik; ~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hatinya prb mengikut rasa hati masing-masing; ~ kaya suka dimakan, ~ elok selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian); ~ muda menanggung rindu, ~ tua menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya (nasihat kpd orang tua); ~ tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar ~ tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan diajar lagi; apabila ~ miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua; bak ~ gombang di lebuh prb elok di luar sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna); lain ~, lain hati = makin banyak ~ makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll); spt menanti ~ dahulu, mengejar ~ kemudian prb pekerjaan yg sia-sia; takkan dua kali ~ tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi); seorang 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tuan | 1. orang tempat menghambakan diri: orang kulit putih di Amerika masa itu banyak yg menjadi ~ kpd hamba abdi drpd bangsa Negro; ~ hamba sl tuan; 2. a) = ~ punya pemilik (kedai, perusahaan, dll): jika kereta yg dipandu itu tidak mempunyai lesen, ~ punya kereta itu akan didakwa; b) kepala atau pengurus (pejabat, perusahaan, dll); ~ kebun pengusaha (pengurus) kebun; 3. orang laki-laki (yg dihormati): ~ yg datang semalam datang lagi pagi tadi; sepeda ~ Id basikal utk orang laki-laki; 4. a) panggilan bagi orang laki-laki yg berpangkat atau yg patut dihormati: ~ doktor; ~ hakim; T~ Syed Nasir; b) sl panggilan (sebutan) bagi wanita bangsawan: ~ puteri; mengapatah maka ~ hamil maka dibuangkan; 5. kata ganti yg halus bagi orang laki-laki atau perempuan yg dilawan bercakap (engkau atau awak yg lebih halus): ~ sendiri sudah tahu asal saya dr Kampung Balimbing; 6. panggilan bagi orang laki-laki bangsa Eropah: ~ dan memnya tidak meninggalkan pesan apa-apa ketika mereka keluar tadi; ~ besar a) ketua perusahaan (ladang dll); b) Id ark Gabenor Jeneral; ~ kecil a) = ~ muda anak sulung laki-laki dlm sesuatu keluarga atau adik laki-laki tuan rumah; b) penolong (wakil) tuan besar (perusahaan dll); ~ rumah a) orang yg memiliki rumah, ketua rumah (keluarga); b) orang yg meraikan tetamu (biasanya pd majlis yg diadakan di rumahnya atau yg dianjurkannya); ~ tamu ark tuan rumah; ~ tanah pemilik tanah; tuan-tuan 1. orang laki-laki (sekalian yg hadir): ~ yg dihormati, silalah duduk; 2. sl orang bangsawan, ningrat: maka ~ itu pun nak ke darat dgn segala persembahannya, lalu berjalan ke Bukit Siguntang; anak ~ anak raja-raja; bertuan 1. ada tuannya (pemiliknya), mem-punyai penguasa: semua tanah yg dulunya hutan di kawasan itu sekarang sudah ~ dan akan diusahakan; 2. bertindak (bersikap) sbg tuan: semenjak kematian bapanya dia ~ di sini; 3. memanggil atau menyebut tuan (kpd): janganlah ~ lagi kpd saya, panggillah saya ‘abang’ sahaja; bertuankan 1. mempunyai sbg tuan, ber-ketuakan: kalaulah ini benar bermakna bukan sahaja kita masih ~ mereka dr segi teknologi bahkan juga dr segi pengurusan; 2. meng-hamba kpd, menganggap sbg tuan kpd: pd bicara dinda tiada mahu dinda ~ lain drpd Yang Dipertuan; janganlah kita ~ anak raja seorang ini; menuani menguasai, memiliki; menuankan menjadikan tuan, memanggil tuan (kpd orang yg dilawan bercakap): Tuan Bob dituankan oleh orang-orang suruhannya, diayahkan oleh peringkat anak-anak; mempertuan, mempertuankan menganggap (mengakui) tuan: yg mana baik berkenan ke bawah duli tuanku akan ganti duli tuanku itulah patik sekalian sembah dan pertuan; dipertuan; bangsa yg ~ bangsa yg meng-anggap dirinya lebih tinggi atau mulia drpd bangsa lain; hak yg ~ hak atau kedaulatan ke atas sesuatu daerah (negeri); mempertuani ark menguasai; tuanan bangsawan, ningrat; anak ~ anak tuan-tuan; ketuanan hak menguasai dan memerintah sebuah (negeri, daerah, dll), kedaulatan: utk menjamin ~ politik Melayu, maka dunia politik Melayu harus dirombak; ketuan-tuanan spt seorang tuan (ketua, orang berpangkat, dll): “Saya pegawai Kerajaan”, Encik Ramli berkata ~; pertuanan 1. golongan orang bangsawan, kaum ningrat: tatkala itu Bendahara pun hendak masuk menghadap baginda diiring-kan oleh segala pegawai dan ~; Dewan P~ dewan yg dianggotai oleh orang bangsawan dlm parlimen Inggeris; 2. kuasa pemerintahan (ke atas negara dll): dgn itu pemerintahan atau ~ Siam di atas kedua-dua negeri itu pun diiktiraf; 3. = hak ~ kedaulatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |