| imbau | ; mengimbau Mn memanggil, menyeru (nama), menjemput (datang): azan Maghrib ~ dr masjid; diimbau berbunyi, dilihat bersua prb, Mn apa yg dikatakannya adalah betul (boleh diuji kebenarannya); terimbau terpanggil; ~ pd orang yg akan datang, tersusun pd orang yg akan pergi prb, Mn menyuruh seseorang membuat sesuatu pekerjaan yg disukainya; imbauan panggilan, seruan: orang kampung itu keluar beramai-ramai apabila terdengar ~ yg terus-menerus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gembleng (gembléng) | ; menggembleng 1. Jw menempa (besi) supaya menjadi tipis atau keras; 2. ki menyatukan atau memadukan (tenaga, modal, dll) utk melakukan (menghasilkan, memperteguh, dsb) sesuatu: penduduk kampung itu ~ tenaga utk membina jambatan itu; bank mempunyai peranan penting bagi ~ modal dlm negeri utk membiayai perusahaan; mengikut Paul Postal, tatabahasa transfomasi-generatif ~ ciri-ciri utama tatabahasa tradisional; gemblengan paduan, penyatuan: kisah keluarga itu dipaparkan dlm penceritaan yg tersusun kemas dgn ~ unsur-unsur ketegangan yg memanjang; penggemblengan perihal (perbuatan, usaha) menggembleng: utk mencapai kemajuan, ~ tenaga amat perlu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hujung I | 1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll), punca, lwn pangkal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2. akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~ tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~ yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar, kampung, dll): saya tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur; suara azan dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam (lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dll); 6. bahagian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah bahagian selatan sekali dr Semenanjung Malaysia; 7. tujuan (maksud) perkataan dll: barangkali tuan-tuan dapat menangkap ~ percakapan saya itu; ~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~ Mn orang yg menyampaikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~ Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu ~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubungan satu sama lain); jadi ~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll; berhujung 1. ada hujungnya, mempunyai hujung: antara batu yg banyak itu ada sebuah yg ~ tajam; tidak ~ terus-menerus (tidak berkesudahan); ~ berpangkal ada tujuan yg tentu atau nyata dan tersusun (percakapan dll); 2. berakhir (pd), berakibat (pd): perundingan yg ~ kpd perdamaian; ~ minggu berehat (bersenang-senang) di hujung minggu; berhujungkan mempunyai atau memakai sesuatu sbg hujung: sj tongkat yg ~ kait besi; menghujung 1. mendekati kesudahan (akhir, penghabisan): musim buah sudah ~; 2. memuncak, meruncing: perbalahan antara dua negara itu sudah ~; hujungan sesuatu (tulisan dll) yg di hujung (buku): dlm ~ di akhir buku ini ada dinyatakan keterangan bkn vitamin A; kehujungan kena hujung senjata, kena senjata yg tajam: ada seorang anak Sang Nara Diraja telah kena parang oleh seorang Benggali dr ekor pipinya lalu ke kening, tetapi ~; penghujung akhir, kesudahan, penghabisan; ~ bulan (abad, minggu, tahun, dll) akhir bulan (abad, minggu, tahun, dll); ~ cakap akhir cakap, penghabisan cakap; buah ~ buah yg penghabisan; berpenghujung ada penamatnya (kesudahannya, penghabisannya dsb): hari demi hari dia menanti bagaikan suatu penantian yg tidak ~; tugasnya sbg suri rumah memang tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| urus | ; ~ janji hal yg berkaitan dgn urusan per-niagaan; salah ~ tidak dikelolakan (diselang-garakan) dgn baik atau teratur; tidak ~ tidak terpelihara (teratur); berurus 1. berhubungan utk menyelesaikan sesuatu perkara dll: Pak Utih belum pernah sekali pun datang ~ ke pejabat Pak Busu yg baru itu; 2. dijaga (terpelihara) dgn baik, tersusun rapi: tidak ~ kamar ini; rambutnya tidak ~; mengurus 1. menjaga supaya rapi, mengatur, mengemaskan, menyusun: rambutnya jarang diurus baik-baik; 2. = menguruskan mengendalikan sesuatu supaya teratur (sempurna dll): dia sudah tua, tidak ada siapa yg ~ kebun getahnya; penduduk kampung yg masih hiduplah yg ~ mayat itu; 3. menjaga baik-baik (supaya selamat, sempurna, dll), memelihara, mengawasi (rumah, kebun, dll): anaknya yg tua telah pergi mengambil kain cucian, sedang isterinya ~ anaknya yg kecil di rumah; anak perempuan juga perlu diberi pelajaran mengenai ilmu ~ rumah tangga; 4. = menguruskan menyelenggarakan supaya berjalan dsb dgn baik (perniagaan, per-dagangan, dll), memimpin dan mengatur (perjalanan sesuatu perbadanan dll), menge-lolakan, menjalankan: suami tidak berhak ~ harta benda isterinya melainkan setelah mendapat izin daripadanya atau diwakilkan kepadanya; permintaannya itu tidak diurus-kan oleh ibu bapanya; pegawai-pegawainya ramai utk ~ hal-hal spt itu; 5. menyiasat atau menyelidiki sesuatu perkara, mengendali-kan sesuatu perkara (supaya sempurna), menyelesaikan (perselisihan dll): hal pem-bunuhan itu sedang diurus oleh polis; terurus sudah diurus, terjaga (terpelihara) dgn baik: mereka melihat rambut yg tidak ~; kesibukan jalan raya hampir tidak ~ oleh polis trafik; teruruskan dapat diuruskan: kalau tidak ~, saya akan membincangkan hal itu melalui PIBG; urusan 1. sesuatu yg diurus, pekerjaan dsb yg harus diuruskan: Muluk tidak peduli, dia ada ~ penting di Pulau Pinang; Islam mem-bebaskan juga perempuan memegang se-barang jawatan dan mengurus sebarang ~ sekalipun di luar rumahnya; 2. hal (perkara, soal, dll) yg perlu diberi perhatian atau diuruskan: saya datang ke mari kerana ada ~ penting; 3. sesuatu yg ada kaitannya dgn (pekerjaan, tugas, dll), segala yg bersangkut paut dgn (sesuatu): guru besar hanya men-jalankan ~-~ sekolah sahaja sedangkan kerja-kerja pejabat dibuat oleh seorang kerani; 4. pengelolaan, penyelenggaraan: kerana ~nya tidak betul, syarikat itu telah jatuh bankrap; ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri sese-orang; ~ rumah tangga segala sesuatu yg mengenai rumah tangga; ~ umum urusan mengenai berbagai-bagai hal; berurusan 1. mengadakan hubungan (dgn), berhubungan (dgn): negara itu tidak akan ~ lagi dgn badan-badan khusus Bangsa-Bangsa Bersatu spt UNICEF, FAO, dan UNESCO; ini orang Afrika Selatan yg pertama kali ~ dgn aku; 2. turut campur (dlm sesuatu hal), ikut serta (mencampuri): aku tidak mahu ~ dgn hal keluarga engkau; 3. mempunyai urusan (dgn), ada kaitannya (dgn), ada sangkut-paut (dgn), bersangkut-paut (dgn): mereka telah terbukti ~ dgn penye-ludupan candu itu; 4. mempunyai sesuatu perkara dll yg harus diselesaikan (dgn sesuatu pihak dll): dia segan ~ dgn polis mengenai perkara itu; 5. mengelolakan (memberi perhatian kpd) sesuatu, mempunyai kerja (tugas dll): mereka ~ dgn hal masing-masing; keurus, keurusan Jk; tidak ~ tidak ter-pelihara (dijaga, diurus) dgn baik; pengurusan perihal (kerja dsb) mengurus sesuatu, perihal mengurus (syarikat, badan perniagaan, dll): pentadbiran dan ~ surau atau masjid dikendalikan oleh jawatankuasa yg dipilih oleh penduduk mukim atau kampung; kepengurusan (hal-hal) yg berkaitan dgn cara mengurus sesuatu, selok-belok kerja dan tanggungjawab pengurus: kerajaan Jepun telah berjaya mewujudkan sistem ~nya sendiri seiring dgn kemajuan teknologi; pengurus 1. (orang dll) yg mengurus, (orang dll) yg menjalankan pengurusan: dia telah di-lantik menjadi ahli jawatankuasa ~ perayaan hari kebangsaan; 2. orang yg mengendalikan perjalanan sehari-hari syarikat perniagaan dsb: pentadbiran syarikat diserahkan kpd seorang ~ dan sebuah jawatankuasa; ~ agung = ~ besar pengurus yg tertinggi, pucuk pimpinan (syarikat dll); ~ harian pengurus yg menjalankan tugas hari-hari; ~ lini pengurus yg bertanggungjawab merancang, mengurus, mengeluarkan dan memasarkan produk atau perkhidmatan sesebuah organisasi: perancangan merupakan fungsi utama ~ lini; ~ syarikat orang yg menguruskan (mengen-dalikan) sesebuah syarikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |