Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kelola; mengelola mengarah dan mengawal (supaya sempurna perjalanan sesuatu, spt perusahaan, pejabat, dll), mengurus, menye­lenggara: pegawai-pegawai yg mengikuti kursus itu diajar cara-cara merancang, ~ dll supaya mereka menjadi pengurus yg cekap; mengelolakan mengarah dan mengawal perjalanan sesuatu (spt perusahaan, pejabat, dll), menyelenggarakan: kursus tersebut dikelolakan oleh setiausaha kesatuan itu; diperlukan seorang yg berpengalaman utk ~ perusahaan baru itu; kelolaan arahan dan kawalan, selenggaraan: susunan pentadbiran diatur semula di bawah ~ pegawai-pegawai kanan; pengelolaan perihal mengelola(kan), penga­rahan dan pengawalan, pengurusan, penye­lenggaraan: beliau bertanggungjawab tentang perancangan dan ~ siaran agama melalui radio; ~ ladang pengurusan (penye­lenggaraan) ladang; pengelola orang yg mengarah dan menga­wal, pengurus, penyelenggara, pentadbir: ~ sekolah-sekolah kebangsaan; ~ syarikat perniagaan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas