| perkhidmatan | 1. perihal berkhidmat (bertugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh pemerintah; ~ perubatan perkhidmatan yg berkaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan perubatan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt perkhidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| khidmat | 1. hormat, (dgn) takzim, (dgn) sopan santun: sekalian mereka itu pun terdiri serta ~ menjunjung sabda; 2. perbuatan (pekerjaan) yg menunjukkan kesetiaan atau pengabdian (kpd negara dll), bakti: ia berjanji akan terus berbuat ~ kpd bangsa dan negara; 3. kerja dll utk memenuhi keperluan orang ramai dll, perkhidmatan; ~ nasihat khidmat berupa pemberian nasihat (panduan, maklumat, dsb); berkhidmat 1. berbuat khidmat, berbakti, mengabdi atau taat setia (kpd): barulah sekarang aku dapat ~ kpd tanah air; 2. bertugas, bekerja: beliau telah ~ selama tiga tahun di Kementerian Pertahanan sebelum memegang jawatan baru ini; mengkhidmati berkhidmat kpd (utk): rencana itu diharapnya akan disiarkan dlm ruangan surat khabar yg dikhidmatinya; perkhidmatan 1. perihal berkhidmat (bertugas): Michael terpaksa kembali ke tanah airnya sebab tempoh ~nya di negeri ini sudah tamat; 2. kerja (usaha, kemudahan, dll) utk kebajikan (keperluan, kepentingan) orang ramai dll: selain memberikan pinjaman wang, bank perniagaan juga memberikan berbagai-bagai ~ kpd para pelanggan; ~ awam segala kegiatan (usaha) pemerintah yg ada kaitannya dgn orang ramai; ~ bas (kereta api) kemudahan pengangkutan dgn bas (kereta api); ~ kerajaan perkhidmatan (spt kerja-kerja pentadbiran dll) oleh pemerintah; ~ perubatan perkhidmatan yg berkaitan dgn kesihatan rakyat (bekalan perubatan dsb); ~ sosial perkhidmatan (spt perkhidmatan perubatan, pelajaran, dll) utk kebajikan rakyat; pekhidmat orang yg berkhidmat dgn sesuatu institusi atau menceburi sesuatu bidang perkhidmatan: ~ awam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| rancang II | ; berancang 1. dgn diatur (difikirkan masak-masak, direncanakan) lebih dahulu: pembunuhan ~; 2. ada atau tersedia rancangan atau rencananya, diatur dan diawasi (berdasarkan asas-asas tertentu): sistem laissez-faire digantikan dgn sistem ~; merancang 1. mengatur lebih dahulu, mempersiapkan, merencanakan: antara beberapa kemajuan yg dicapai oleh ilmu perubatan sekarang ialah ilmu ~ keluarga; mereka cuba ~ suatu pemberontakan; 2. menganggarkan: negara ~ jumlah penghasilan yg mesti dicapai, menentukan apa yg penting dan tidak...; 3. bercadang, mengagak-agak, memikir-mikir, mempertimbangkan: kerajaan Indonesia ~ hendak memutuskan hubungan diplomatik dgn China Komunis; terancang sudah dirancang, sudah disediakan rancangannya, mengikut asas-asas dsb yg telah ditentukan; rancangan 1. sesuatu yg dirancang, persediaan, persiapan, program, rencana; ~ lima tahun rencana pembangunan negara utk jangka masa lima tahun; 2. = tanah ~ tanah yg diusahakan oleh peneroka-peneroka FELDA (FELCRA dsb); perancangan perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa; perancang orang yg merancang: seorang ~ pelajaran yg terkemuka telah didatangkan; badan ~ badan (jawatankuasa dll) yg bertugas membuat rancangan (undang-undang dll); Lembaga P~ Keluarga lembaga yg bertugas memberi penerangan dan kemudahan-kemu-dahan bagi orang awam utk merancang keluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |