| talang V | dusun kecil yg berhampiran dgn hutan (ladang dll); orang ~ a) orang dusun (hulu); b) orang yg dianggap rendah marta-batnya; ® petalangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memperladangkan | membuka tanah utk membuat ladang, menjadikan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memperladang | membuka tanah utk membuat ladang, menjadikan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hutan | 1. kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimba: mereka pergi ke ~ menahan perangkap; pengawas ~ pegawai yg ditugaskan oleh kerajaan utk mengawasi hutan; 2. ki tidak dipelihara orang, liar: anjing ~; ayam ~; 3. pokok-pokok (tumbuh-tumbuhan) yg tidak dipelihara di sesuatu kawasan; ~ asli hutan yg semula jadi (bukan belukar); ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok bakau (di tepi laut); ~ banat hutan tebal, rimba raya; ~ belantara hutan besar; ~ belukar hutan yg ditumbuhi kayu-kayuan yg kecil-kecil; ~ dara hutan asli yg belum pernah diterokai; ~ larangan = ~ simpan = ~ tutupan hutan yg kayu-kayunya dll tidak boleh diambil (ditebang dll); ~ lepas = ~ rimba hutan yg luas dan besar, hutan belantara; ~ lipur hutan simpan yg dibuka utk kegunaan orang ramai sbg tempat riadah, perkelahan, dll; ~ muda hutan yg baru ditumbuhi pokok-pokok; ~ rekreasi hutan lipur; ~ tua hutan yg pokok-pokoknya sudah tua; ~ jauh diulangi, ~ dekat dikendana prb harta benda (baik jauh atau dekat) hendaklah selalu dijaga supaya jangan merugikan; apa gunanya merak mengigal di ~ prb tidak berfaedah memperlihatkan kepandaian kpd orang bodoh; apa gunanya bulan terang dlm ~, jikalau dlm negeri berapa baiknya prb lebih berfaedah pengetahuan itu ditunjukkan di dlm majlis supaya orang dapat mengambil manfaat daripadanya; menghutan menjadi hutan, ditumbuhi pokok-pokok dll: ladang yg ditinggalkan itu ~ lagi; menghutankan menjadikan (daerah, kawasan, dll) hutan: tanah bekas ditanam tembakau dihutankan selama tujuh tahun sebelum ditanami tembakau kembali; kehutanan (ilmu, pengusahaan, dll) berkenaan hutan; pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja yg berkaitan dgn hutan; perhutanan pemeliharaan dll hutan; penghutanan usaha (kegiatan dsb) menanami semula kawasan yg luas dgn pokok-pokok kayu supaya kembali (menjadi) spt hutan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ladang | 1. kawasan yg ditanami (padi, ubi, jagung, dll) dgn tidak diairi, huma, tegal; ~ padi huma; ~ tinggal ladang yg tidak diusahakan lagi; 2. kebun yg luas, estet, perkebunan (lada, teh, getah, dll): sebuah ~ getah luasnya 800 ekar; ~ yg berpunya prb perempuan yg sudah berkahwin; lain ~ lain belalang, lain lubuk lain ikannya prb tiap-tiap negeri itu berlainan aturan dan adatnya; merentak di ~ orang prb bersuka-suka memakan atau memakai harta orang tetapi tidak ingat akan kerugian orang itu; berladang membuat (membuka, mengusahakan, memiliki) ladang: ~, bertanam ubi atau pisang itu sudah lama dikerjakannya; ~ tidak setelempap jua kan tempat kuririk menggelonggong prb kemiskinan yg amat sangat; memperladang, memperladangkan membuka tanah utk membuat ladang, menjadikan ladang: kawasan hutan yg diperladang orang makin bertambah; perladangan 1. kawasan (tempat) orang berladang: ~ orang dusun itu habis binasa dirosakkan oleh babi; 2. perihal berladang, kaedah bercucuk tanam di ladang; peladang orang yg menyelenggarakan ladang, petani: maka adalah di peminggiran negeri raja itu seorang ~ tiga beranak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| meneroka | 1. membuka kawasan baru utk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dll) di kawasan baru: menetaplah mereka di sana utk membuka tanah, ~ hutan belantara utk dijadikan kampung; 2. ki menyelidiki (utk mengetahui sesuatu, biasanya yg belum diketahui lagi), menjelajah: perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dlm jiwa pemuda kita; 3. = menerokai menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| teroka | meneroka 1. membuka kawasan baru utk dijadikan kampung (sawah, ladang), membuat sawah (ladang dll) di kawasan baru: menetaplah mereka di sana utk membuka tanah, ~ hutan belantara utk dijadikan kampung; 2. ki menyelidiki (utk mengetahui sesuatu, biasanya yg belum diketahui lagi), menjelajah: perasaan ~ dan mengembara tidak hidup lagi dlm jiwa pemuda kita; 3. = menerokai menjalani, menempuh, mengharungi (bidang kegiatan dsb yg baru): siswazah-siswazah yg mampu berdikari dan sanggup ~ bidang-bidang perniagaan; penerokaan perihal (perbuatan, usaha, dsb) meneroka atau menerokai: ~ dlm tema dan teknik oleh para penulis seharusnya dilakukan berdasarkan pengalaman; angkasawan-angkasawan yg dipilih utk menyertai siri ~ ke angkasa lepas terpaksa menjalani ujian terlebih dulu; peneroka orang yg meneroka: ~-~ zaman dahulu membuka tanah dgn menggunakan kuda dan kapak sahaja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tebas I | bertebas sudah dipotong atau dirambah (pokok-pokok kecil): semak-semak itu sudah ~; menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil: ia disuruh ~ semak; ~ hutan menebang pokok-pokok dlm hutan, mem-buka hutan utk bercucuk tanam dll; ~ jalan merintis (membuat) jalan di hutan; ~ mene-bang = menebang ~ menebang segala pokok (besar kecil), membersihkan drpd pokok-pokok: setelah habis ~ menebang mereka menunggu utk membakar pula; menebaskan 1. sl membersihkan drpd pokok yg kecil-kecil: tebaskanlah segala semak ini; 2. menebas utk; 3. memarangkan, menetakkan: ia ~ pedangnya ke leher askar itu sehingga putus; tertebas dapat ditebas: aku yakin hutan itu akan ~; tebasan kawasan yg sudah ditebas, cerang, ladang: sebelum membakar ~ itu, ia melapor-kannya dahulu kpd polis;penebasan perihal (perbuatan, kerja dsb) menebas atau menebaskan: ~ semak di bela-kang rumahnya itu masih belum selesai walaupun upahnya sudah lama dibayar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| huma | tanah kering yg ditanami padi; ladang padi; tanah hutan yg baru ditebang atau ditebas utk bercucuk tanam. berhuma menanam padi di huma; bercucuk tanam di huma: Sekarang ini, orang-orang yg ~ tidak banyak lagi. perhumaan 1 tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. 2 perbuatan (hal dll) berhuma atau mengerjakan huma. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| huma | tanah kering yg ditanami padi; ladang padi; tanah hutan yg baru ditebang atau ditebas utk bercucuk tanam. berhuma menanam padi di huma; bercucuk tanam di huma: Sekarang ini, orang-orang yg ~ tidak banyak lagi. perhumaan 1. tanah yg dibuat huma: ~ mereka jauh dr kampung. 2. perbuatan (hal dll) berhuma atau mengerjakan huma. | Kamus Pelajar |