Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Masa-Allah


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
hijabAr 1. kain penutup, mis tabir atau tirai; 2. tudung labuh penutup bahagian kepala, kadang-kadang termasuk bahagian muka wanita: masyarakat Islam ketika itu belum lagi memakai ~; 3. ki sekatan yg memisahkan seseorang (sesuatu) drpd yg lain, penyekat, dinding: solat adalah masa Allah mengang­kat ~ di antara-Nya dgn hamba-Nya; berhijab memakai hijab: wanita yg ~ ber­pegang teguh pd etika agamanya; beliau juga menemui wanita-wanita yg ~ di rumah mereka; terhijab 1. tertutup: semua aurat sudah tidak ~ lagi; 2. ki tersekat, terhalang: ada di antara manusia yg ~ utk mendapat pimpinan dan petunjuk drpd Allah.Kamus Dewan Edisi Keempat
iman1 pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya: membawa ~ memeluk agama Islam. 2 pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin: Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd: ~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini.Kamus Pelajar Edisi Kedua
iman1. pegangan teguh di hati terhadap adanya Allah dan mematuhi segala hukum-Nya:membawa ~ memeluk agama Islam. 2. Pegangan teguh di hati utk menjauhkan diri drpd sebarang kejahatan; ketetapan hati; kekuatan batin:Dia berdoa supaya Allah menetapkan ~nya dlm masa menghadapi sebarang godaan syaitan. kurang ~ tidak teguh pendiriannya; mudah terpengaruh. beriman patuh pd larangan dan suruhan Allah; berpegang pd ajaran agama; mempunyai iman: Orang-orang yg ~ akan selamat di dunia dan di akhirat. mengimani yakin dan percaya pd:~ Allah dgn sungguh-sungguh. keimanan keteguhan hati; keyakinan: ~ adalah penting dlm menghadapi cabaran hidup ini.Kamus Pelajar
izinAr persetujuan membenarkan (membolehkan), kebenaran (drpd ibu bapa, ketua, dsb), perkenan (Allah): tauke itu belum lagi mendapat ~ utk membuka kedai di sini; dgn ~ Allah; seizin = dgn ~ dgn kebenaran, dgn perkenan; mengizinkan memberi izin, memperkenankan, membenarkan: budak itu tidak diizinkan orang tuanya meninggalkan rumah; kerana masa tidak ~ pekerjaan itu kami tinggalkan dahulu; keizinan kebenaran, keredaan, kerelaan: ia memerintah negeri itu dgn ~ sultan; pengizinan perbuatan mengizinkan (membenarkan); pengizin orang yg memberi izin.Kamus Dewan Edisi Keempat
pekerjaan1. sesuatu yg dikerjakan (dilaku­kan, dibuat), perbuatan: ~mu membakar negeri Langkapuri itu juga bukan ~ laki-laki; 2. sesuatu yg dilakukan (harus dilakukan) sbg tanggungjawab, kewajiban, tugas: sempurnalah ~ yg dititahkan paduka ayahanda itu; ~nya membersihkan pekarangan rumah belum selesai; ~ Allah kewajiban kpd Allah; 3. sesuatu (usaha, kegiatan, dsb) yg dilakukan berterusan (dr sehari ke sehari) utk keperluan hidup, usaha atau kegiatan utk mendapatkan wang, pencarian: pd masa itu, bapaku memegang ~ tuan syahbandar Holanda; mereka semua mahukan ~ yg memberikan pendapatan yg besar; ~ kolar putih kerja spt yg dilakukan oleh golongan pengurusan (profesional, perkeranian, dsb, iaitu bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga); ~ tangan kerja membuat barang-barang dgn tangan (spt menganyam dll); 4. ark pergerakan atau perjalanan sesuatu: beliau menerangkan ~ jentera itu kpd pelawat-pelawat; 5. majlis (istiadat) perkahwinan dll: banyak dia berbelanja kerana ~ kahwin anaknya; ~ baik lekas-lekaskan, jangan ditimpa ~ buruk; ~ buruk lambat-lambatkan, untung-untung datang ~ baik prb Mn pekerjaan baik (spt pekerjaan kahwin) hendaklah disegerakan melakukannya supaya tidak ada apa-apa halangan (sebaliknya pekerjaan yg tidak baik hendaklah ditangguhkan supaya dapat difikir­kan dgn lebih teliti);Kamus Dewan Edisi Keempat
dahulu1. yg telah lepas (berlalu), yg telah lam­pau, yg lalu: beberapa hari ~; tiga tahun ~; zaman ~ (pd) zaman atau jangka masa yg sudah lama berlalu; 2. pd masa (waktu) yg telah lalu (lepas), sebelum ini, sebelumnya: ~ dia berkhidmat dgn kerajaan tetapi sekarang dia bekerja di sebuah bank; ~ masih kecil, sekarang sudah besar panjang; 3. pertama sekali atau sebelum melakukan (meneruskan) sesuatu, sementara menunggukan sesuatu atau sesuatu ketika: kita kemaskan barang-barang ini ~, kemudian baru kita pergi; berehatlah ~, sekejap lagi dia pulang; 4. lebih awal (drpd sesuatu), sebelum; ~ drpd itu sebelum itu; kelmarin ~ hari sebelum kelmarin, dua hari yg lalu; 5. (yg) paling depan, di hadapan sekali: dia berjalan ~, kami semua mengikut di belakang; 6. paling awal, pertama sekali (lebih awal drpd yg lain): dia yg sampai ~, dan seminit kemudian baru pelumba yg kedua pula sampai; berdahuluan, berdahulu-dahuluan, da­hulu-­mendahului berkejar atau ber­lumba hendak sampai (dapat dll) dahulu: kedua-dua budak itu ~ ke ribanya;mendahului 1. membuat (melakukan dsb) lebih awal atau dahulu drpd (lawan, saingan, dsb): Rusia telah ~ Amerika melancarkan roket ke bulan; 2. melakukan (sesuatu) lebih awal drpd segala sesuatu yg lain, memulai: ~ ucapan dgn mengalu-alukan kedatangan tetamu khas;mendahulukan 1. membuat sesuatu lebih awal drpd yg lain: perintah Allah harus di­dahulukan drpd kerja sendiri; 2. mem­berikan keutamaan (layanan terawal dsb) kpd: orang-orang muda hendaklah ~ orang-orang tua; terdahulu 1. yg lebih dahulu atau lebih awal, yg mula-mula, yg sudah ada (bergiat dsb) sebelum golongan dsb yg sekarang ini: sete­ngah-setengah penulis sekarang merendah-rendahkan karya penulis yg ~; 2. sebelum (yg lain), lebih awal drpd yg lain: siapa yg datang ~ mendapat tempat di hadapan;kedahuluan 1. perihal terdahulu; 2. Jk di­dahului, terlambat, terlewat;keterdahuluan perihal terdahulu: ~ Allah atas alam; pendahuluan 1. permulaan; kata ~ kete­rangan ringkas tentang tema atau isi buku pd permulaan buku oleh pengarangnya; 2. = bayaran ~ bayaran (yg merupakan sebahagian drpd harga sesuatu) yg dibuat terlebih dahulu (sebelum selesainya urusan jual beli), bayaran muka;pendahulu 1. orang dll yg mendahului; 2. yg terdahulu: yg memperbezakan sistem antarabangsa sezaman drpd sistem-sistem ~nya.Kamus Dewan Edisi Keempat
melainkan1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn maksud asal), tetapi: orang itu tidak men­jawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain, membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung;Kamus Dewan Edisi Keempat
korban1 ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih binatang berkaki empat spt unta, kambing atau lembu utk “menghampirkan diri kpd Allah” (boleh dilakukan pd bila-bila masa antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pd 13 Zulhijah). 2 kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sbg tanda kasih atau setia; pemberian: Inilah ~ku kpd nusa dan bangsa. 3 orang yg menanggung kesusahan atau kecelakaan akibat perbuatan jahat yg dilakukan oleh orang lain dll; mangsa: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi ~ keganasan itu. berkorban 1 memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2 memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. mengorbankan 1 menjadikan sesuatu sbg korban: Ada yg ~ unta dan ada juga yg ~ kibas. 2 memberikan atau menyerahkan sesuatu utk sesuatu tujuan: Dia sanggup ~ nyawanya utk kepentingan negara. pengorbanan perbuatan atau hal mengorbankan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
korban1. ibadat sunat yg dilakukan dgn menyembelih binatang berkaki empat spt unta dll utk “menghampirkan diri kpd Allah” (boleh dilakukan pd bila-bila masa antara waktu pagi 10 Zulhijah hingga terbenam matahari pd 13 Zulhijah). 2. kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu sbg tanda kasih atau setia; pemberian: Inilah ~ku kpd nusa dan bangsa. 3. orang yg menanggung kesusahan atau kecelakaan akibat perbuatan jahat yg dilakukan oleh orang lain dll; mangsa: Banyaklah harta benda yg binasa dan orang yg menjadi ~ keganasan itu. berkorban 1. memberikan sesuatu sbg korban: Banyak orang yg ~ pd Hari Raya Haji. 2. memberikan sesuatu sbg tanda kasih; menanggung kesusahan atau penderitaan utk keselamatan orang lain: Utk bangsa dan negara, mereka sanggup ~ nyawa. mengorbankan 1. menjadikan sesuatu sbg korban: Ada yg ~ unta dan ada juga yg ~ kibas. 2. memberikan atau menyerahkan sesuatu utk sesuatu tujuan: Dia sanggup ~ nyawanya utk kepentingan negara. pengorbanan perbuatan atau hal mengorbankan.Kamus Pelajar
melapangkan1. menjadikan lapang, melebar­kan, meluaskan: orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada = ~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll), menyeng­gangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas