| sistem pengendalian(operating system) | Perisian komputer yang berfungsi mentadbirkan pengendalian, peruntukan, dan penjadualan sumber dan proses dalam sistem komputer supaya pengguna dapat menggunakan sistem dengan mudah. Singkatan OS. | Kamus Komputer |
| sistem pengendalian cakera(disk operating system) | Perisian yang mentadbirkan pengendalian sistem yang dimuatkan ke dalam cakera. Sistem ini membolehkan penggunaan cakera sebagai ingatan sandar. Singkatan DOS. | Kamus Komputer |
| OS | Singkatan bagi operating system. Lihat sistem pengendalian. | Kamus Komputer |
| DOS | akronim bagi disk operating system (sistem pengendalian cakera). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| DOS | Singkatan bagi disk operating system. Lihat sistem pengendalian cakera. | Kamus Komputer |
| DOS | ist singkatan bagi disc operating system (sistem pengendalian cakera). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| BDOS | Singkatan bagi basic disk operating system. Lihat sistem pengendalian cakera asas. | Kamus Komputer |
| MS-DOS | Singkatan bagi Microsoft disk operating system, iaitu sistem pengendalian cakera Microsoft. Sejenis sistem pengendalian yang digunakan dalam mikrokomputer IBM dan yang serasi dengannya. | Kamus Komputer |
| PC-DOS | Singkatan bagi personal computer disk operating system, iaitu sistem pengendalian cakera komputer peribadi. Sistem pengendalian cakera bagi kegunaan komputer peribadi IBM. | Kamus Komputer |