| kemendur laut | syahbandar, pembesar pelabuhan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kuala I | tempat sungai mengalir masuk ke laut atau tasik, muara: pelabuhan itu terletak di ~ sungai; bandar ~ bandar yg terletak di kuala atau di muara sungai; berkuala bermuara: sungai itu ~ di Selat Melaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kemendur | IB 1. pemimpin pasukan (berpangkat perwira tinggi); 2. = ~ laut syahbandar, pembesar pelabuhan; 3. Mn pengurus pemerintahan negara (pd zaman penjajahan), pamung peraja, kontrolir; 4. kepala atau pengawas pekerja, mandur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bandar | 1 kota pelabuhan (sama ada di tepi laut atau di tepi sungai); ~ Singapura; ~ Antwerp. 2 tempat yg banyak penduduknya serta banyak terdapat kedai dan pejabat; pusat perniagaan dan urusan bagi sesuatu daerah; pekan; kota: ~ Shah Alam terletak lebih kurang 30 kilometer dr Kuala Lumpur. ~ kembar bandar yg menjalin hubungan rasmi atau hubungan sosial dgn bandar lain, yg biasanya terletak di negara yg berbeza. ~ tinggal bandar yg dahulunya maju dan makmur, tetapi kini menjadi lengang dan sunyi kerana tidak dikunjungi orang ramai. perbandaran hal ehwal ttg cara mentadbirkan atau mengurus bandar; pentadbiran bandar: Majlis ~ Taiping. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| cerucuk | 1. batang (kayu, besi, konkrit, dll) yg ditanam utk menguatkan asas (tapak) sesuatu bangunan atau struktur lain; 2. tembok pengempang ombak; 3. pancang-pancang yg dipacak di tepi laut; 4. pangkalan di pelabuhan, jeti; 5. ceracak, cerancang; mencerucuk menanam cerucuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bandar | 1. kota pelabuhan (sama ada di tepi laut atau di tepi sungai); ~ Singapura; ~ Antwerp. 2. tempat yg banyak penduduknya serta banyak terdapat kedai dan pejabat; pusat perniagaan dan urusan bagi sesuatu daerah; pekan; kota: ~ Shah Alam terletak lebih kurang 30 kilometer di Kuala Lumpur. perbandaran hal ehwal ttg cara mentadbirkan atau mengurus bandar; pentadbiran bandar: Majlis ~ Taiping. | Kamus Pelajar |
| terkandas | 1. terlanggar sesuatu (spt dasar laut atau sungai, beting, batu karang dll) dan sering kali tidak dapat bergerak lagi: kalau ada beting di pintu pelabuhan, tentulah kapal-kapal besar akan ~; 2. ki tersekat di pertengahan jalan (tidak berkesudahan dgn kejayaan, kebahagiaan, dsb), terbantut, gagal (tidak dapat diteruskan): banyak kanak-kanak yg ~ dlm pelajaran; rancangan dan usahanya ~ di tengah jalan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pandu I | 1. = pemandu orang yg menunjukkan jalan (di laut dll), perintis jalan: hamba sanggup menjadi ~ kpd ketua-ketua kita itu; 2. kapal yg menunjukkan jalan (di pelabuhan), mualim; 3. Id anggota pasukan pengakap; ~ puteri anggota pasukan pengakap wanita; berpandu memakai penunjuk jalan; peluru ~ peluru yg boleh dikawal secara elektronik semasa penerbangannya utk menuju ke arah sasarannya; berpandukan 1. memakai penunjuk jalan; 2. memakai sesuatu sbg petunjuk (pedoman, pimpinan, dll): membina jambatan ~ pelan; memandu 1. memimpin: dialah yg ~ angkatan sepuluh orang itu ke Pulau Tioman; 2. membawa (kereta, kapal terbang): ~ kereta dgn laju; memandukan menunjukkan (kapal dll) jalan, memimpin (kapal dll); panduan 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama,alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya; kepanduan perihal pandu; pemanduan perbuatan memandu (kereta, kapal,dll): ia akan lebih awas dgn ~ keretanya; pemandu 1. orang yg memandu (menunjukkan jalan), pandu, perintis jalan: mereka menjadi ~ kpd gerila-gerila Indonesia; 2. orang yg memandu atau membawa (kereta,kapal terbang, dll): ~ bas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kandas | ; mengandaskan menjadikan kandas (tidak berjaya, gagal); terkandas 1. terlanggar sesuatu (spt dasar laut atau sungai, beting, batu karang dll) dan sering kali tidak dapat bergerak lagi: kalau ada beting di pintu pelabuhan, tentulah kapal-kapal besar akan ~; 2. ki tersekat di pertengahan jalan (tidak berkesudahan dgn kejayaan, kebahagiaan, dsb), terbantut, gagal (tidak dapat diteruskan): banyak kanak-kanak yg ~ dlm pelajaran; rancangan dan usahanya ~ di tengah jalan; kekandasan perihal terkandas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pangkalan | 1. tempat perahu dll berhenti (berlabuh); 2. tempat barang-barang dagangan dll dikumpul (utk diangkut dll); 3. pelabuhan (lapangan terbang dll) yg menjadi tempat utk mengadakan latihan, melancarkan serangan dsb: dua ribu kapal terbang menyerbu ~ roket ini dan meranapkan landasannya; ~ armada pangkalan kapal-kapal perang; 4. Jk tempat tertentu utk berkedai, perhentian teksi, dsb; ~ data simpanan sejumlah besar data dlm bentuk yg dapat dikendalikan oleh komputer; ~ tentera udara (laut) pangkalan tempat operasi tentera udara (laut); si ~ Mn tuan rumah (penerima tetamu); mempunyai pangkalan (di): berpangkalan penempatan tentera Amerika Syarikat yg ~ di Teluk Subic telah pun berakhir pd 24 November 1992. | Kamus Dewan Edisi Keempat |