| konsesi | (konsési) 1. hak atau keizinan yg diberikan kpd syarikat dll utk menggunakan sesuatu kawasan bagi tujuan melombong (membalak dll): dua buah syarikat asing telah diberi ~ utk melombong besi di beberapa kawasan; pihak berkuasa negeri boleh juga memberi ~ kawasan kayu balak; 2. tolak ansur (dlm tuntutan, perundingan, dll): persetujuan akhirnya tercapai setelah kedua-dua pihak membuat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lesen | (lésén) sijil atau dokumen rasmi yg dikeluarkan oleh pihak berkuasa yg memberikan kebenaran kpd seseorang atau sesuatu pihak melakukan atau menggunakan sesuatu: kerajaan negeri itu didesak supaya memberi ~ beca roda tiga kpd orang Melayu sahaja; kedai ~ bp kedai kecil (drpd papan) tempat menjaja, biasanya barang-barang makanan, di tepi jalan; berlesen mempunyai lesen, berkebenaran mengerjakan sesuatu (berniaga, melombong, dll); melesenkan memberi lesen kpd: syarikat multinasional ~ syarikat asing; pelesenan urusan memberi lesen atau meluluskan permohonan lesen: lembaga ~; pelesen; pegawai ~ pegawai yg mengeluarkan lesen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| taksiran | 1. hasil drpd menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau kerajat yg diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% drpd ~ harta; 2. telahan, dugaan, persangkaan: bila beresnya revolusi ini menurut ~mu? 3. proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatan atau kadaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perintah | 1 perkataan dsb yg bermaksud menyuruh melakukan sesuatu: Kita hendaklah sentiasa melaksanakan ~ Allah. 2 peraturan atau arahan drpd pihak yg berkuasa yg mesti dipatuhi: Kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan pemogokan. memerintah 1 menyuruh (seseorang) melakukan sesuatu; mengeluarkan perintah kpd: Sesiapa pun tidak berani ~ dia. 2 menguasai serta menjalankan pentadbiran sesebuah negara: Baginda telah ~ negeri itu selama dua belas tahun. memerintahkan mengeluarkan perintah atau arahan; mengarahkan supaya melakukan sesuatu: Menteri Dalam Negeri telah ~ penangkapan orang-orang yg disyaki membahayakan negara. pemerintahan perbuatan memerintah; cara memerintah: Pusat ~ negeri Pahang telah dipindahkan dr Kuala Lipis ke Kuantan. pemerintah orang atau kumpulan orang yg memerintah sesebuah negara. ~ boneka pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| atas | 1. (pd) tempat atau paras dsb yg lebih tinggi, lwn bawah: dr ~ bukit itu nampak laut; tingkat ~; bibir ~; 2. pihak yg berkuasa: perintah drpd ~; 3. kerana, dengan: dia meletakkan jawatan itu bukan ~ kemahuannya; 4. mengenai, tentang, akan, berkaitan dgn, terhadap: beliau puas hati ~ kemajuan yg telah dicapai; tidak mengaku salah ~ tuduhan yg dimajukan; 5. berdasarkan, berasaskan: keputusan itu dibuat ~ beberapa pertimbangan; ~ soal-soal yg dibincangkan oleh pengarang, dapat saya mengatakan bahawa novelnya merupakan propaganda politik; 6. mengikut, menurut, berdasarkan: maka dikahwinkan anak Raja Kida Hindi dgn Raja Iskandar ~ syariat Nabi Ibrahim; ~ angin = negeri ~ angin negeri-negeri yg dipandang sbg asal angin (spt India, Iran, Arab, dan juga Eropah); ~ sungai hulu sungai;di atas 1. pd bahagian atas, di sebelah atas (bukan di bawah): letakkan bungkusan itu ~ meja; suatu kesimpulan boleh dibuat berdasarkan huraian yg diberikan ~; 2. lebih tinggi drpd: ~ harga itu, tidak sanggup saya membelinya;ke atas 1. ke bahagian (tingkat, tempat, dsb) atas, ke sebelah atas: angkat peti ini ~ meja; dia baru naik ~, ke tingkat lima; 2. (dan) lebih (drpd sesuatu paras, jumlah, dsb), dan tinggi drpd itu: gaji seribu ~;beratas-atasan = atas-mengatasi;mengatas 1. naik ke atas: debu ~; 2. meninggi (diri): bukan main lagaknya, bercakap hendak ~ saja; 3. Id meminta pertimbangan (keterangan dll) drpd orang yg lebih tinggi; atas-mengatas selalu hendak ke atas;mengatasi 1. melebihi, mengalahkan: dicarikan akal bagaimana ~ lawannya dlm pertemuan itu; 2. menyelesaikan atau menguasai (masalah, kesulitan), menghapuskan (kelemahan, kemiskinan, dll);atas-mengatasi saling hendak melebihi, berlumba-lumba tinggi: di sekolah kami, murid-murid saling ~;mengataskan melebihkan, meninggikan: ia selalu ~ negerinya;teratas terletak (berada dll) di atas sekali; atasan (orang, golongan, pihak) yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll): hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya;pengatasan perihal mengatasi atau mengataskan;pengatas (Mat) nombor atas pecahan yg menunjukkan berapa bahagian pecahan yg ada: dlm pecahan , nombor 6 disebut ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| perintah | 1 perkataan dsb yg bermaksud menyuruh melakukan sesuatu: Kita hendaklah sentiasa melaksanakan ~ Allah. 2 peraturan atau arahan drpd pihak yg berkuasa yg mesti dipatuhi: Kerajaan telah mengeluarkan ~ mengharamkan pemogokan. memerintah 1 menyuruh (seseorang) melakukan sesuatu; mengeluarkan perintah kpd: Sesiapa pun tidak berani ~ dia. 2 menguasai serta menjalankan pentadbiran sesebuah negara: Baginda telah ~ negeri itu selama dua belas tahun. memerintahkan mengeluarkan perintah atau arahan; mengarahkan supaya melakukan sesuatu: Menteri Dalam Negeri telah ~ penangkapan orang-orang yg disyaki membahayakan negara. pemerintahan perbuatan memerintah; cara memerintah: Pusat ~ negeri Pahang telah dipindahkan dr Kuala Lipis ke Kuantan. pemerintah orang atau kumpulan orang yg memerintah sesebuah negara. ~ boneka pemerintah yg tidak mempunyai kuasa dan bertindak mengikut kehendak pihak-pihak tertentu. | Kamus Pelajar |
| menempa | 1. memukul besi dll utk dijadikan alat (pisau dll), menitik: ~ besi; 2. membuat (keris, parang, dll) drpd logam: bersusah payah ~ sebilah pisau; 3. membentuk (bata, wang, dll), mencetak: tidak boleh kerajaan negeri ~ mata wangnya sendiri; 4. ki mencipta, membuat; ~ sejarah membuat sesuatu yg baharu: Sir Samuel Greig ~ kejayaan ketika berkhidmat dgn pihak berkuasa Rusia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kerajaan | 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Thailand. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| siasat I | 1. pemeriksaan (yg teliti), penyelidikan: mereka menjalankan ~ berhubung dgn keselamatan dlm negeri, sama ada perkara itu benar atau tidak; terlalu sangat periksa dan ~nya; badan ~ badan penyelidik (mencari keterangan); 2. teguran, celaan, kecaman, kritik; 3. segala sesuatu yg bersangkutan dgn kenegaraan (pemerintahan negeri), siasah, politik: campur tangan Belanda dan Inggeris dlm ~ Alam Melayu juga dikisahkan dlm buku tersebut; 4. kebijaksanaan (kebolehan, kecekapan, dll) mengerjakan sesuatu (mencapai sesuatu maksud), muslihat, taktik: ahli negara Byzantium telah menjalankan suatu ~ licin utk melemahkan kaum Muslimin di Timur dan orang Kristian di Eropah Barat; ~ bumi hangus tindakan memusnahkan segala yg dianggap penting bagi musuh; ~ dunia politik dunia; ~ kura-kura bp tindakan yg diambil mengikut keadaan; ~ luar negeri politik luar negeri; ~ perang muslihat dlm peperangan; ~ perniagaan hal (ilmu pengetahuan, putar belit) dlm perniagaan; bersiasat 1. membuat penyelidikan (pemeriksaan) dgn bertanya dll; 2. menggunakan siasat (taktik, kebijaksanaan, muslihat, dll) utk mencapai sesuatu maksud, berdiplomasi; menyiasat, menyiasati 1. menyelidiki (memeriksa) sesuatu perkara yg belum terang, mencari keterangan bkn sesuatu perkara, mengusut: kerajaan berjanji akan ~ aduan-aduan itu; kalau disiasati dgn lebih teliti, agaknya mudahlah dijejaki pembunuh-pembunuh itu; 2. menghuraikan (sesuatu perkara dll), menyelidiki (utk mengetahui kebenaran dll), menelaah: doktor sedang ~ apa jenisnya penyakit itu; mereka mempercayai apa sahaja yg didengar dgn tiada ~ atau menguji kebenarannya; 3. menanyai atau menyoal (utk mengetahui sesuatu), menemu duga: mereka telah dibawa ke Ipoh utk disiasat; siasatan 1. hasil drpd menyiasat, kajian, siasat: lima puluh tahun dahulu sudah ada beberapa kertas ~ bkn dgn atom itu; 2. perihal menyiasat (menyelidik, mengusut): ~ ini dijalankan dgn bertanya kpd beberapa orang yg tahu sedikit sebanyak tentang pembunuhan itu; penyiasatan perbuatan menyiasat (menyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli-ahli yg hendak meminjam; penyiasat orang yg menyiasat, penyelidik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| orang | 1. manusia (sbg peribadi): dr sini kami lihat ~ berkelahi; tadi ada ~ telefon awak; satukanlah ~ berdua ini; 2. salah satu manusia (ganti diri ketiga yg umum): jangan suka dengar cakap ~ sangat; dagingnya ~ buat lauk; dengar kata ~ terjun masuk lubuk; di aku hak aku, di ~ hak ~ (yg) pd orang lain itu haknya; 3. diri manusia: barangnya ada tetapi ~nya pergi ke mana; mana ~nya yg memanggil aku tadi; ~ seorang orang sendiri; 4. penjodoh bilangan bagi manusia: lima ~ pengganas telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan; 5. pengikut, anak buah: berapa ramaikah ~ awak?; kalau engkau pandai mengasuh, engkau akan beroleh isteri walaupun dia bukan ~ awak; 6. manusia yg berasal dr sesuatu daerah tertentu, rakyat sesebuah negara: dia ~ Perak, bukan ~ Selangor; nampaknya dia itu spt ~ kampung; 7. bangsa, kaum, suku: ~ Iban; ~ Kadazan; ~ Melayu; 8. = ~ lain lain drpd diri sendiri, bukan kaum keluarga: itu motokar ~, bukan motokar kita; ~ sekali masuk membawa harta itu keluar, ia dua tiga kali masuk keluar; negeri ~ negeri lain, bukan negeri sendiri; 9. Jk kerana, lantaran (sebenarnya): mana dapat membayar, ~ belum gajian; 10. bp diri sendiri dan sbg penguat utk kata ganti spt awak (kau) ~, dia ~, kita ~, lu ~;~ asing a) (Udg) orang yg bukan warganegara bagi sesebuah negara; b) orang luar; ~ asli penduduk asal sesebuah negeri; ~ atas a) orang yg tinggal di sebelah atas; b) orang yg berpangkat tinggi, orang besar-besar; ~ awam a) rakyat biasa, khalayak ramai; b) orang preman, bukan anggota polis atau tentera; ~ banyak khalayak ramai, orang biasa, orang awam; ~ Barat orang berkulit putih yg berasal dr Eropah dan negara-negara spt Kanada, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand; ~ baru (baharu) a) orang yg baru bekerja; b) orang yg baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat; c) orang yg baru berkahwin; d) anak yg akan atau baru dilahirkan; ~ bawah (bawahan) orang yg tidak berpangkat, orang yg berpangkat rendah; ~ belakang a) bp isteri; b) orang yg akan datang (lahir) kemudian; ~ (yg) berada orang yg berharta; ~ besar a) orang yg besar tubuh badannya; b) orang yg sudah dewasa; c) orang yg berpangkat tinggi; d) orang mulia (bangsawan); ~ biasa rakyat biasa; ~ buangan orang yg diasingkan drpd masyarakat (kerana kegiatan-kegiatan politik dll); ~ bukit orang yg tinggal di bukit; ~ bumi penduduk asli; ~ buruan orang yg diburu (dicari) oleh yg berwajib kerana kesalahan jenayah dll; ~ dagang orang yg datang dr negeri lain, orang yg datang merantau, bukan anak negeri; ~ dalam a) orang yg bekerja dlm istana raja; b) orang yg bekerja di dlm sesuatu jabatan dsb; c) Sr orang yg dijemput khas kerana menolong kerja kahwin; d) Kl orang yg dapat bergaul dgn sesiapa jua, orang kesayangan orang ramai; ~ darat a) orang asli; b) orang kampung (dusun); c) Kl, ki orang yg tidak tahu akan perkara; d) Mn orang bahagian pedalaman Minangkabau (lwn orang pesisir); ~ datang keturunan atau angkatan yg akan datang, orang belakang; ~ gaji(an) orang yg bekerja di rumah orang, babu, pembantu rumah, amah; ~ galang orang yg menjadi pelindung kpd orang lain (spt pembesar), orang yg bersedia menyabung nyawanya utk tuannya dll; ~ halus a) jin, roh, orang bunian; b) orang yg pandai-pandai; ~ harapan orang yg diberi kepercayaan penuh atau yg amat diharapkan utk melaksanakan sesuatu (projek, program dsb); ~ hilir a) orang yg tinggal di sebelah hilir sungai; b) Kl orang yg tahu segala-galanya (lwn orang darat); ~ hulu a) orang yg tinggal jauh di pedalaman negeri; b) orang yg tidak tahu adat dll; ~ hobatan orang yg pandai menjampi (bomoh); ~ hutan a) orang yg tinggal di hutan; b) sj kera besar, mawas, Pongo pygmaeus; c) orang yg tidak tahu sesuatu perkara (adat, tatatertib, dll); ~ jemputan orang yg berbangsa, orang bangsawan (jika ia berkahwin menurut adat kebiasaan, pihak perempuanlah yg menjemputnya dgn wang dll); ~ kalau orang yg memainkan nobat; ~ kampung a) orang yg tinggal di kampung; b) bp orang yg tidak tahu suatu apa; ~ kanan orang yg diharapkan, orang harapan, pembantu (penolong) yg utama; ~ kaya a) orang yg berharta, hartawan; b) = ~ kaya-kaya orang yg berpangkat (berkedudukan) tinggi; c) = rangkaya panggilan kpd isteri orang yg berpangkat atau yg patut dihormati; ~ kebanyakan orang biasa (bukan orang bangsawan, bukan orang berpangkat); ~ kecil a) orang yg kecil badannya; b) rakyat biasa (orang kebanyakan); ~ keluaran a) orang yg di luar (yg tidak turut campur dll); b) orang luar istana (lwn orang dalam); ~ kenamaan orang yg terkenal, orang yg masyhur, orang besar; ~ kepercayaan orang yg dipercayai, orang harapan; ~ lain bukan diri sendiri, manusia lain; ~ lama orang yg sudah lama (di sesuatu tempat, kerja, dll) dan banyak pengalamannya; ~ laut suku bangsa yg hidup (tinggal) di laut; ~ liar orang yg belum bertamadun (beradab), orang hutan; ~ luar (luaran) orang yg di luar lingkungan (pekerjaan, golongan, dll); ~ mendatang orang dagang; ~ minyak orang yg melumuri badannya dgn minyak (supaya tidak mudah dapat ditangkap dll) dan biasanya mengganggu orang perempuan dgn tujuan hendak mencabul kehormatan mereka; ~ muda a) orang yg masih muda; b) pemuda; c) Mn tukang salung (tari dll); d) (biasanya) pelaku utama lelaki dlm bangsawan dll, hero; ~ papak pondan; ~ perjuangan tokoh-tokoh politik; ~ preman orang awam (bukan tentera); ~ putih orang Barat; ~ ramai khalayak ramai, orang banyak, umum; ~ rantai orang hukuman; ~ rendah a) orang yg tidak tinggi badannya; b) orang yg kedudukannya (bangsanya dll) rendah, orang biasa; ~ rumah a) isteri; b) orang yg tinggal bersama-sama di rumah, keluarga di rumah; ~ sabun orang balar; ~ sakit a) orang yg menghidap penyakit, pesakit; b) orang yg dirawat di hospital; ~ salah orang yg dihukum kerana melakukan kesalahan; ~ setangga = ~ sebelah jiran, tetangga; O~ Sungai suku kaum peribumi di Sabah termasuk dlm kumpulan kaum Kadazan Dusun, yg kebanyakannya tinggal di pesisiran pantai, aktiviti utamanya ialah kerja yg berkaitan dgn laut dan sungai; ~ suruhan a) orang gaji; b) wakil drpd satu pihak (sbg pembawa pesanan dll), utusan; ~ tahanan orang yg ditahan oleh pihak yg berkuasa kerana disyaki melakukan sesuatu jenayah, keganasan dsb; ~ tani peladang, petani; ~ tebusan orang yg ditahan (biasanya orang yg tidak bersalah) dan diugut akan dicederakan atau dibunuh jika tuntutan pihak yg menahan itu tidak dipenuhi atau ditunaikan; ~ tengah a) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara pengeluar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll; ~ timur orang Asia; ~ tua a) orang yg sudah tua; b) ibu bapa; c) = ~ tua-tua orang yg dianggap tua (bijak dan berpengalaman) dlm kampung; O~ Ulu suku kaum peribumi di Sarawak yg terbahagi kpd banyak suku yg berbeza budaya dan bahasa mengikut daerah, penempatan atau kawasan perkampungan masing-masing, yg kebanyakannya tinggal di pedalaman, kuat berpegang pd adat, dan mahir dgn kerja tangan; ~ upahan orang yg diupah utk melakukan sesuatu, biasanya yg tidak baik; ~ berdendang di pentasnya, ~ beraja di hatinya prb mengikut rasa hati masing-masing; ~ kaya suka dimakan, ~ elok selendang dunia prb perihal orang kaya yg selalu berjamu dan menolong orang miskin (satu pujian); ~ muda menanggung rindu, ~ tua menanggung ragam prb tiap-tiap anak muda itu ada yg dirinduinya (nasihat kpd orang tua); ~ tua diajar makan pisang (dadih) = jangan diajar ~ tua makan dadih prb orang yg sudah tahu (pandai dll) itu jangan diajar lagi; apabila ~ miskin menghendaki wang, dia mendapat anak, apabila ~ kaya menghendaki anak, dia mendapat wang prb perihal menyatakan bahawa manusia itu lemah, yg berkuasa Tuhan jua; bak ~ gombang di lebuh prb elok di luar sahaja sedang di dlm tidak elok (tidak sempurna); lain ~, lain hati = makin banyak ~ makin banyak niat prb kesukaan tiap-tiap orang itu tidak sama (fikiran, kemahuan, dll); spt menanti ~ dahulu, mengejar ~ kemudian prb pekerjaan yg sia-sia; takkan dua kali ~ tua kehilangan tongkat prb sebodoh-bodoh orang, takkan mahu terkena dua kali (sekali terkena sudah tidak berani lagi); seorang 1. satu orang; salah ~ mana-mana satu orang | Kamus Dewan Edisi Keempat |