| kompos I | baja drpd bahan-bahan organik spt daun, kayu, tahi binatang, dll yg telah reput; mengompos bertukar menjadi kompos: lama-kelamaan ranting-ranting dan daun itu akan reput dan ~; pengomposan proses menghasilkan kompos. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengomposan | proses menghasilkan kompos. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| baja I | bahan utk menyuburkan tanaman, yg mengandungi zat spt nitrogen, fosforus dan kalium yg dihasilkan secara semula jadi atau buatan; ~ buatan Id = ~ tiruan baja yg dibuat drpd bahan kimia; ~ campuran baja yg terdiri drpd dua atau lebih zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dicampurkan secara fizikal utk memperoleh gabungan zat yg dikehendaki; ~ cecair baja dlm bentuk cecair; ~ dagang = ~ dagangan baja yg dibuat di kilang drpd bahan mentah bukan organik; ~ fosfat baja yg mengandungi fosfat, biasanya digunakan utk meningkatkan kandungan fosfat dlm tanah; ~ hijau (Tani) a) tumbuh-tumbuhan hijau yg dibajak supaya bercampur dgn tanah (tempat ditanami sesuatu jenis tanaman) dan dijadikan baja; b) baja yg belum mengalami sebarang kerosakan; ~ kandang Id baja drpd tahi lembu (kerbau, kuda, dll); ~ kimia baja yg dibuat drpd atau yg menggunakan bahan-bahan kimia; ~ kompos baja drpd sisa organik yg terurai; ~ sebatian baja yg mengandungi dua atau tiga zat (nitrogen, fosforus dan kalium) yg dihasilkan melalui proses kimia; ~ tunggal baja yg mengandungi salah satu zat, sama ada nitrogen, fosforus atau kalium;membaja, membajai membubuh baja, memberi baja: ~ tanah;pembajaan perbuatan (kerja, proses) membaja(i). | Kamus Dewan Edisi Keempat |