| pemerintah | 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasaan yg memerintah daerah; 2. badan atau kumpulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg memerintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, tentera, dll) yg mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pusat | 1. lekuk di tengah-tengah perut (bekas tempat usus berhubungan dgn uri ketika baru lahir): maka dikerat ~nya lalu dibedung dgn kain putih; tali ~ usus yg menyambungkan perut bayi dgn uri; 2. = pusatan titik yg di tengah-tengah sekali (pd bulatan, lingkaran rajah, dll); garis(an) ~ garis(an) yg di tengah-tengah; 3. kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah benar: Masjid Negara letaknya di ~ Kuala Lumpur; 4. punca atau tumpuan berbagai-bagai kegiatan dll, tempat yg menjadi punca segala aktiviti, tempat terdapatnya atau berlakunya pelbagai kegiatan dsb yg utama atau tertentu: Kuala Lumpur ialah ~ pentadbiran negara; Universiti haruslah menjadi ~ pengajian tinggi dan kegiatan kebudayaan nasional; ~ penjagaan kanak-kanak dan bayi; ~ kesihatan; kantor ~ Id ibu pejabat; kerajaan (pemerintah) ~ kerajaan negeri (daerah), kerajaan nasional; pemimpin ~ pemimpin yg terutama (dlm syarikat dll), pemimpin di peringkat kebangsaan; 5. Id kerajaan atau pemerintah pusat; kuasa ~ kuasa kerajaan pusat; ~ air bahagian tengah pusingan air yg berupa lekuk; ~ alam (bumi) bahagian tengah alam (bumi); ~ belia tempat belia berkumpul; ~ berat titik tempat tumpuan semua berat (sesuatu benda); ~ hemodialisis tempat para pesakit buah pinggang menjalani proses pembersihan darah; ~ jala pertengahan jala; ~ jalan tempat tumpu jalan dr berbagai-bagai hala (dlm bandar); ~ kesihatan (bidan) klinik; ~ latihan tempat diadakan latihan; ~ pemerintahan (kerajaan) tempat yg jadi pokok kedudukan pemerintahan negara; ~ pengajian (tinggi) = ~ ilmu pengetahuan sekolah (tinggi), institut, dll; ~ penyelidikan (percubaan) tempat diadakan penyelidikan; ~ perhatian (pemerhatian) objek yg jadi tumpuan perhatian; ~ perusahaan tempat yg jadi pokok kedudukan perusahaan; ~ serenti tempat pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya yg berkaitan dgn penagihan dadah; ~ tali air tempat kawalan bekalan air; ~ tenaga elektrik (listrik) Id kilang pembangkit elektrik; ~ jala pumpunan ikan prb orang yg menjadi tempat memulangkan sekalian hal ehwal dlm sesuatu kaum (sesuatu pekerjaan); sepusat (Mat) sama (satu) titik yg di tengah-tengah (pd bulatan): bulatan ~; berpusat 1. seluruhnya berpunca (drpd), semuanya ditujukan atau dikumpulkan (di, pd), bertumpu (pd): kebanyakan cerita yg dikemukakannya ~ pd tema yg sangat sederhana dan biasa sahaja; perbualan mereka biasanya ~ pd soal kenaikan harga barang-barang; 2. mempunyai pusat (di), berkedudukan (di): Yamtuan itu di bawah pengaruh Kompeni Belanda yg ~ di Betawi; berpusatkan mempunyai pusat di: berkurangnya pengaruh kehidupan secara feudal yg ~ istana; memusat menumpu, mengarah, menuju: fikirannya lebih memberat dan lebih ~ pd soal lain; memusatkan mengarahkan (mengumpulkan, menujukan, dll) ke suatu tempat (perkara, titik, dll): Malaysia ~ ekonominya kpd pengeluaran getah dan bijih timah; apabila menjadi khalifah ia meninggalkan perniagaannya dan ~ seluruh tenaganya utk mengembangkan agama Islam; sebahagian drpd kekuatan tentera dipusatkan di sempadan; terpusat diletakkan di bawah kawalan pusat: organisasi perniagaan dlm bentuk ~; pusatan ark pusat; pemusatan perbuatan memusatkan: Sultan Perak menentang ~ yg terlalu ditegaskan di Kuala Lumpur; ~ penduduk ke bandar-bandar besar berlaku sejak lepas Perang Dunia Kedua; ~ angkatan perang di sempadan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pusat | 1 lekuk di tengah-tengah perut bekas tempat tali perut bersambung dgn uri: tali ~ usus yg menghubungkan anak yg di dlm kandungan dgn uri. 2 bahagian yg di tengah-tengah sesuatu (spt bulatan, bola): ~ alam (bumi) bahagian yg di tengah-tengah alam (bumi); garisan ~ garisan yg lalu di tengah-tengah sesuatu bulatan. 3 kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah: ~ bandar bahagian bandar yg di tengah-tengah. 4 tempat yg menjadi tumpuan atau punca segala kegiatan (perniagaan, pentadbiran dll): Universiti harus menjadi ~ berbagai-bagai ilmu pengetahuan. ~ dialisis tempat para pesakit buah pinggang menjalani rawatan mencuci darah. ~ sehenti pusat atau tempat yg dpt membekalkan keperluan pengguna dlm lingkungan barangan atau perkhidmatan tertentu. ~ serenti tempat pemulihan orang yg bermasalah, terutamanya masalah penagihan dadah. berpusat 1 mempunyai pusat: Kerajaan Malaysia ~ di Kuala Lumpur. 2 bertumpu; berpunca: Tema cerita itu ~ pd kehidupan sebuah keluarga kaya yg tidak bahagia. memusatkan menghalakan seluruh tujuan (pandangan, gerakan dll) ke arah yg satu; tidak memecah-mecahkan atau tidak membahagi-bahagikan sesuatu; menumpukan seluruhnya pd: Dia ~ seluruh tenaga utk memajukan syarikatnya. pemusatan perbuatan atau hal memusatkan (sesuatu): ~ kilang di kawasan luar bandar sedang dirancang. ~ penduduk di bandar-bandar besar telah menimbulkan berbagai-bagai masalah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| jajah | ; menjajah 1. pergi dr satu tempat ke tempat lain, menjelajah: kami telah ~ ke seluruh tempat itu; 2. menakluk dan memerintah sesuatu daerah: sebelum orang Portugis datang ~, kota Melaka merupakan pusat kebudayaan Melayu; 3. ki menakluki, menguasai: peristiwa semalam sedang ~ pemikiran Sagid; terjajah dlm keadaan dijajah: kita mesti membantu perjuangan rakyat yg masih ~; jajahan 1. kawasan yg termasuk dlm satu pentadbiran: negeri Johor dgn segala ~nya; 2. daerah atau kawasan (negeri dll) yg ditakluki: tanah ~ British; jalan ~ Id jalan kecil, lorong; penjajahan perihal atau perbuatan menjajah (sesebuah negeri atau kawasan lain): dia berjuang utk menamatkan ~ di negeri itu; penjajah bangsa (negeri) yg menjajah sesebuah negeri lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pusat | 1 lekuk di tengah-tengah perut bekas tempat tali perut bersambung dgn uri: tali ~ usus yg menghubungkan anak yg di dlm kandungan dgn uri. 2 bahagian yg di tengah-tengah sesuatu (spt bulatan, bola dll): ~ alam (bumi) bahagian yg di tengah-tengah alam (bumi); garisan ~ garisan yg lalu di tengah-tengah sesuatu bulatan. 3 kawasan (daerah) yg letaknya di tengah-tengah: ~ bandar bahagian bandar yg di tengah-tengah. 4 tempat yg menjadi tumpuan atau punca segala kegiatan (perniagaan, pentadbiran dll): Universiti harus menjadi ~ berbagai-bagai ilmu pengetahuan. berpusat 1 mempunyai pusat: Kerajaan Malaysia ~ di Kuala Lumpur. 2 bertumpu; berpunca: Tema cerita itu ~ ipd kehidupan sebuah keluarga kaya yg tidak bahagia. memusatkan menghalakan seluruh tujuan (pandangan, gerakan dll) ke arah yg satu; tidak memecah-mecahkan atau tidak membahagi-bahagikan sesuatu; menumpukan seluruhnya kpd: Dia ~ seluruh tenaganya utk memajukan syarikatnya. pemusatan perbuatan atau hal memusatkan (sesuatu): ~ kilang-kilang di kawasan luar bandar sedang dirancang. ~ penduduk di bandar-bandar besar telah menimbulkan berbagai-bagai masalah. | Kamus Pelajar |
| bandar | 1 kota pelabuhan (sama ada di tepi laut atau di tepi sungai); ~ Singapura; ~ Antwerp. 2 tempat yg banyak penduduknya serta banyak terdapat kedai dan pejabat; pusat perniagaan dan urusan bagi sesuatu daerah; pekan; kota: ~ Shah Alam terletak lebih kurang 30 kilometer dr Kuala Lumpur. ~ kembar bandar yg menjalin hubungan rasmi atau hubungan sosial dgn bandar lain, yg biasanya terletak di negara yg berbeza. ~ tinggal bandar yg dahulunya maju dan makmur, tetapi kini menjadi lengang dan sunyi kerana tidak dikunjungi orang ramai. perbandaran hal ehwal ttg cara mentadbirkan atau mengurus bandar; pentadbiran bandar: Majlis ~ Taiping. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kerajaan | 1 negeri atau negara yg mempunyai raja sbg kepala pemerintahannya: ~ Arab Saudi. 2 pemerintahan atau pemerintah sesebuah negara: ~ Thailand. 3 naik takhta; menjadi raja: Jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini. ~ campuran pemerintahan yg anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai parti (bukan drpd satu parti politik). ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (iaitu seluruhnya, bukan kerajaan negeri atau bahagian). ~ tempatan 1 pemerintahan (pentadbiran) di peringkat daerah spt pekan, bandar. 2 sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bandar | 1. kota pelabuhan (sama ada di tepi laut atau di tepi sungai); ~ Singapura; ~ Antwerp. 2. tempat yg banyak penduduknya serta banyak terdapat kedai dan pejabat; pusat perniagaan dan urusan bagi sesuatu daerah; pekan; kota: ~ Shah Alam terletak lebih kurang 30 kilometer di Kuala Lumpur. perbandaran hal ehwal ttg cara mentadbirkan atau mengurus bandar; pentadbiran bandar: Majlis ~ Taiping. | Kamus Pelajar |
| bandar I | tempat atau pusat yg ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan, kota; ~ kembar bandar yg menjalin hubungan istimewa dgn bandar lain, yg biasanya terletak di negara yg berbeza; ~ pelabuhan bandar yg merupakan pelabuhan; ~ satelit bandar atau bandar raya yg bergantung pd industri tempatan tetapi mempunyai perkaitan ekonomi dgn bandar berdekatan yg lebih besar; ~ taman bandar yg pembangunannya dirancang secara sistematik, dihiasi dgn taman rekreasi awam dan pokok yg subur serta dilengkapi dgn kemudahan jalan raya yg lebar; ~ tinggal bandar yg dahulunya maju dan makmur, tetapi kini menjadi lengang dan sunyi; datuk ~ orang yg mengetuai majlis sesebuah bandar raya; luar ~ kawasan yg terletak jauh dr kawasan bandar, kampung, desa; pinggir ~ kawasan di sekeliling kawasan bandar; pusat ~ kawasan di dlm bandar tempat tertumpunya pejabat-pejabat (bangunan-bangunan kerajaan, gedung membeli-belah, dsb); ~ terbuka dagangan murah, badan sudah tua prb keinginan (pekerjaan) datang waktu kita tidak berwang (lemah);membandarkan menjadikan sesuatu (kawasan luar bandar) bersifat bandar;bandaran segala sesuatu bkn bandar: majlis ~;kebandaran 1. segala yg berkaitan dgn fungsi, keistimewaan yg ada dlm sesebuah bandar: keempat-empat negeri ini lebih ~ berbanding dgn tempat-tempat lain di Malaysia; 2. bersifat spt orang bandar (moden, canggih, dll): gaya hidup golongan elit lebih ~;perbandaran 1. yg berkaitan dgn bandar (pd pelbagai aspek spt pentadbiran dll): kawasan ~ Kuala Lumpur; 2. ark pabean, pejabat pelabuhan;pembandaran usaha dsb menjadikan sesuatu kawasan atau daerah dan penduduknya berubah kpd corak perbandaran atau meresap unsur-unsur perbandaran (spt perindustrian, pembangunan, dll), urbanisasi: mereka seolaholah dapat melihat alam semula jadi yg sebenarnya telah luput akibat proses ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| raja | I 1. orang yg mengetuai dan memerintah sesuatu negara (bangsa), kepala negara (yg diwarisi): ~ Inggeris pd masa ini ialah seorang wanita; 2. kepala negeri, sultan: di Malaysia Barat lapan drpd ~-~nya bergelar sultan; 3. kepala suku (daerah): di Nusa Tenggara masih banyak ~; 4. gelaran orang bangsawan (keturunan sultan); 5. ark bp orang yg berkuasa, ketua, pemerintah: kompeni Inggeris akan kembali semula menjadi ~ di Melaka; di dlm kapalnya dialah ~, memerintah dr haluan ke buritan; kita boleh menjadi ~, boleh memerintah semua orang lelaki yg termakan budi kita; 6. orang yg besar kuasanya (pengaruhnya dll) dlm sesuatu lingkungan (spt dlm lingkungan perusahaan, kewangan, dll); ~ minyak orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan minyak; ~ getah orang yg berkuasa (berpengaruh) dlm perusahaan getah; 7. binatang (jin dll) yg menguasai binatang (jin dll); ~ jin; ~ laut; ~ rimba; ~ binatang singa; 8. nama buah catur yg terpenting; 9. nama kad (terup) besar yg bergambar raja; ~ agas gelaran seseorang yg berbadan kecil tetapi berani; ~ badar sj kain putih; ~ berpelembagaan raja yg pemerintahannya tertakluk pd peruntukan perlembagaan negara; ~ besar raja yg berkuasa (berpemerintahan) besar; ~ bola pemain bola yg pandai; ~ cacing orang yg sangat kurus; ~ jenang (jejenang) orang yg mengatur dlm penyabungan ayam; ~ kecil putera raja; ~ kecil besar putera mahkota; ~ kecil muda putera raja yg bongsu; ~ laut laksamana; ~ muda putera mahkota, tengku mahkota, pemangku raja yg memerintah (tanah jajahan dll); ~ penomah pemberian kpd bakal mentua; ~ permaisuri gelaran isteri raja yg memerintah sesebuah negeri (negara); ~ Permaisuri Agong gelaran utk permaisuri Yang di-Pertuan Agong; ~ putih penyakit keputihan; ~ sehari (sari) pengantin; ~ singa penyakit perempuan, sifilis; ~ wang orang yg sangat kaya; (si) ~ diraja usungan jenazah raja; ~ adil ~ disembah, ~ tak adil ~ disanggah prb raja yg adil disayangi, dan raja yg zalim dibenci; siapa pun menjadi ~ tanganku ke dahi juga prb siapa pun yg menjadi raja, dihormati juga; spt ~ dgn menteri prb bersetuju dlm segenap hal; tak ada (tiada) ~ menolak sembah prb tidak ada orang yg tidak suka dihormati; beraja 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baiklah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (menghambakan) diri kpd; beraja-raja sl bercampur (bergaul) dgn raja, hidup bersama-sama raja (tahu adat-istiadat di dlm istana): baiklah anakku, supaya engkau tahu ~; berajakan mengabdikan diri kpd, beraja kpd: segala orang Melaka terlalu sangat kasih dan setuju ~ beliau; meraja 1. spt raja, berbuat (berlaku, berlagak) spt raja; 2. ki merajalela: penyeksaan telah ~ di kampung itu; merajai 1. menjadi raja di (atas), memerintah: Sultan Muzaffar Shah mula-mula sekali ~ negeri Perak; 2. ki menguasai, mempengaruhi: hati akan ~ seluruh jiwa; ia terlalu banyak dirajai oleh perasaan; apabila cinta sudah ~ hati, segala-galanya adalah indah belaka; ~ diri menguasai diri; merajakan 1. menjadikan raja, menobat jadi raja: maka anakanda baginda yg tua itulah dirajakan menggantikan ayahanda baginda; 2. menganggap atau memandang sbg raja: ~ pangkat; kerajaan 1. negeri atau negara yg dikepalai oleh raja: ~ Malaysia; ~ Arab Saudi; 2. pemerintahan, negara: ~ Indonesia berparlimen; 3. martabat (kedudukan) raja: setelah nenda hilang, ayahanda Badanul menggantikan nenda di atas ~; 4. tanda-tanda alat kebesaran raja: pakaian ~; payung ~; takhta ~; 5. sifat sbg raja: jika tiada diketahuinya tujuh perkara, tiada layak ia naik raja dan tiada sempurna ~nya; 6. sl naik takhta, menjadi raja: jika ia ~, tiada akan sempurna negeri ini; ~ buangan pemerintahan yg dijalankan di luar negara (kerana negara ditawan musuh dll); ~ campuran pemerintahan yg anggota-anggota kabinetnya terdiri drpd berbagai-bagai golongan parti politik; ~ negeri pemerintahan negeri yg menjadi sebahagian drpd kerajaan kebangsaan atau pusat; ~ pusat pemerintahan yg bersifat kebangsaan (tidak dr negeri bahagian); ~ sementara kerajaan yg dibentuk utk memerintah atau mentadbir negara sehingga terbentuk kelak sebuah kerajaan yg sempurna menurut perlembagaan dsb; ~ sendiri pemerintahan yg setengah merdeka (pemerintahan yg mempunyai sebahagian kemerdekaan, bukan kemerdekaan penuh); ~ tempatan (Udg) sistem kerajaan yg meletakkan pentadbiran hal ehwal kerajaan pd pihak berkuasa setempat, mis majlis perbandaran dan majlis daerah; berkerajaan mempunyai kerajaan, ada kerajaannya: perubahan-perubahan yg patut dibuat bagi mencapai taraf ~ sendiri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |