| gabak I | Mn buruk cuaca, mendung (alamat akan hujan), redup, suram; hari ~ hari redup; ~ di hulu tanda akan hujan, cewang di langit tanda akan panas prb tanda-tanda akan berlakunya sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mendung I | 1. awan yg mengandungi hujan: ~ di hulu tanda akan hujan, terang di langit tanda akan panas; 2. redup (kerana dilindungi awan): hari ~; 3. ki muram (air muka), suram: ~ kelihatan air mukanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bakat | 1. kebolehan semula jadi: ia memang mempunyai ~ seniman; ~ terpendam bakat atau kebolehan (dlm bidang seni, penulisan dll) yg belum diketahui atau diperlihatkan kpd orang umum; 2. orang yg mempunyai kebolehan semula jadi: baik pengarang lama mahupun ~-~ baru tidak pernah menulis tentang konfrontasi; 3. bekas, tanda-tanda, kesan (bekas luka dll): luka itu meninggalkan ~; 4. alamat, tanda bakal terjadi sesuatu: awan hitam di langit ~ hujan;berbakat 1. mempunyai kebolehan semula jadi: murid yg ~; 2. berbekas: kepalanya ~ kerana ia memakai songkok;membakat 1. meninggalkan bakat (bekas, tanda): buih air laut yg ~ di pantai; 2. mengalamatkan, menandakan: merah di Timur ~ terbitnya matahari. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bintang I | 1. salah satu cakerawala (yg beribu-ribu banyaknya) yg mengeluarkan cahaya dan kelihatan berkelip-kelip di langit pd waktu malam: di langit tiada bulan yg mengambang dan tiada ~ yg mengerlip; 2. gugusan bintang yg merupakan lukisan (benda atau binatang): ~ biduk; ~ pari; 3. rasi (dua belas gugusan bintang dlm mintakulburuj atau garis lengkung di langit): ~ mayang (virgo); 4. nasib, untung; ~nya sudah jatuh nasibnya sudah mulai buruk; 5. pingat (tanda kebesaran atau jasa): beliau dikurniai ~ kehormatan kerana jasanya kpd masyarakat; 6. benda (lukisan) yg menyerupai bintang: bendera bulan ~; ~ tanjung; 7. orang yg terkemuka (terkenal) dlm lapangan sukan (filem dll): ~ bola sepak; ~ filem; ~ radio; ~ barat (timur, johar, kejora, pagi, zorah, babi penganjur) bintang yg kelihatan terang pd petang dan dinihari; ~ belantik (tiga beradik) gugusan bintang tiga buah yg tampak besar dan terang; ~ beralih = ~ gugur bintang yg berpindah atau jatuh; ~ berapit dua bintang yg berdekatan; ~ berasap (berekor, berbuntut, berkotek, sapu) bintang yg tampak spt berekor atau berasap; ~ beredar (siarah, sayarat) planet yg berada di cakerawala spt planet Marikh, Musytari, Zuhal, Utarid, dll; ~ biduk (jong) gugusan tujuh bintang yg kelihatan di langit Hemisfera Utara; ~ dua belas zodiak; ~ gandingan pelakon yg digandingkan dgn pelakon lain yg sama pentingnya dlm sesebuah filem; ~-gemintang (-kemintang, -mintang) berbagai-bagai bintang; ~ hati kekasih; ~ kala sj gugusan bintang; ~ laut sj binatang laut (bentuknya spt bintang); ~ mayang sj gugusan bintang; ~ pari (tohok) gugusan bintang yg berupa salib; ~ sapu bintang berasap; ~ tanjung Id tanda pangkat tentera atau polis yg menyerupai bintang (drpd emas atau perak); B~ Tiga golongan komunis yg hendak merampas kekuasaan di Tanah Melayu pd masa kekalahan Jepun; ~ tujuh gugusan bintang yg tujuh banyaknya; ilmu ~ ilmu falak, astronomi; ~ di langit dapat dibilang, tetapi arang di mukanya tak sedar prb kesalahan orang lain tampak, kesalahan sendiri tidak sedar; sepuluh ~ bertabur, bolehkah sama dgn bulan yg satu prb tempat menambatkan kasih sayang yg sesungguhnya itu tidak dapat diganti (walaupun berpuluh penggantinya); sebintang serasi, sesuai, secocok;berbintang ada bintang, mempunyai (memakai dll) bintang: langit tiada ~; ~ gelap bernasib buruk, sial; ~ naik baru mula mujur; ~ terang bernasib baik, mujur; berbintang-bintang 1. banyak bintangnya (di langit dll): langit bersih ~; 2. = bintang-bintangan berpendar-pendar, berkunang-kunang (mata): apabila aku keluar bilik itu, pandanganku ~; 3. = bintang-bintangan berlubang-lubang dan ditembusi cahaya (atap, dinding, dll): dia mendongak melihat atap rumah yg ~ itu;membintangi memainkan peranan sbg bintang (filem, sandiwara, dsb): seniwati yg ~ peranan Puteri Bidasari;bintangan 1. bintang tiruan; 2. ark gugusan bintang;perbintangan ilmu bintang, ilmu tenung (ramalan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bintang | 1 cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2 lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3 gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4 untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5 tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ PMN. 6 orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1 ada bintangnya: Langit tidak ~. 2 mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1 banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2 berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3 berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb: Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1 ilmu ttg bintang; astronomi. 2 ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bintang | 1. cakerawala yg panas pijar (umumnya tetap kedudukannya) dan kelihatan bercahaya atau berkerdip di langit pd waktu malam: Malam itu gelap pekat, sebiji ~ pun tidak kelihatan. 2. lukisan dsb yg berbentuk seakan-akan ikan tapak sulaiman: Di hadapan rumahnya, terkibar bendera bulan ~. 3. gugusan bintang sebanyak dua belas yg dipercayai mempengaruhi untung nasib seseorang; rasi: ~ mayang; ~ kala. 4. untung nasib seseorang: ~nya semakin cerah nasibnya makin beruntung. 5. tanda jasa kebaktian yg dianugerahkan oleh pembesar-pembesar negara: Baru-baru ini, dia telah dikurniai ~ P.M.N. 6. orang yg terkenal sbg pelakon filem dsb: ~ filem pelakon filem: ~ radio penyanyi yg terkenal di radio. ~ siarah cakerawala yg beredar mengelilingi bumi; planet. berbintang 1. ada bintangnya: Langit tidak ~. 2. mempunyai rasi; di bawah bintang: Saya ~ Aries. berbintang-bintang 1. banyak bintang yg kelihatan (di langit). 2. berkunang-kunang atau berpinar-pinar penglihatan seseorang: Selepas kepalanya terhantuk pd dinding, matanya ~ dan kepalanya pening. 3. berlubang-lubang pd dinding dsb sehingga cahaya dpt masuk. membintangi mengambil bahagian dlm filem dsb:Beliau telah ~ filem itu sbg orang jahat. perbintangan 1. ilmu ttg bintang; astronomi. 2. ilmu ramalan berdasarkan bintang; astrologi. | Kamus Pelajar |
| silang | 1. bentuk spt salib (pangkah, palang) yg miring letaknya, bentuk spt tanda darab; 2. = kayu ~ kayu palang, salib; ~ empat simpang empat (jalan); ~ gunting bentuk atau rajah yg bersengkelang; ~ kata sj teka-teki utk mencari perkataan (dgn mengisi huruf-huruf dlm petak-petak yg disediakan); ~ keris bahagian hujung ganja (keris) yg tajam, kepit; ~ pukang tidak tersusun (letaknya), lintang-pukang; ~-seli selang-seli; ~ selimpat kusut tidak menentu, kacau sekali; ~ selisih a) = ~ sengketa tidak sesuai (fikiran, pendapat, dll), bertikaian; b) berlawanan arah, simpang-menyimpang; ~ berpangkal, kerja berjunjung = ~ berpangkal, kerakap berjumpa junjung prb dlm tiap-tiap pekerjaan mestilah ada ketua atau kepalanya supaya selamat; bersilang 1. bersengkelang (spt salib atau tanda darab): kedua-dua kakinya diangkat ke atas dan ia duduk bersila, kedua-dua tangannya ~ di tepi meja; 2. = silang-menyilang bersimpang-siur (jalan, motokar, dll), berpapasan (berselisih) letak atau duduk sesuatu, palang-memalang; ~ selisih berlawanan arah; menyilangkan, mempersilangkan menjadikan atau meletakkan bersilang: ia pergi berbaring di atas tempat tidur sambil ~ kakinya; kedua-dua belah kakinya disilangkan dan digoyang-goyangkan bagai ekor ikan; silang-menyilang bersengkelang letak atau duduknya (pedang, keris, dll), bersimpang siur, berpapasan: awan di langit ~; tersilang disilangkan: ia berjalan mundar-mandir dgn tangan ~ ke belakang; silangan sesuatu yg letaknya (bentuknya dll) bersilang, silang: mereka bersandar pd ~-~ papan yg sedang dikeringkan; persilangan 1. perihal bersilang; 2. tempat pertemuan (jalan raya dll), persimpangan; penyilangan perihal (proses atau perbuatan) menyilang atau menyilangkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pokok | 1. batang kayu dr pangkal ke atas: setiap pohon di hutan itu diberi tanda bersilang pd ~nya; 2. pohon: ~ jati; ~ kemunting; ~ saga; 3. ki perkara (bahagian, hal, dll) yg penting atau utama, hal yg menjadi sebab atau lantaran hal yg menjadi asas atau dasar, hal yg jadi ibu (induk), asal usul: perkara-perkara ~ dlm agama Islam; 4. wang pangkal dlm sesuatu perniagaan, modal; ~ angin awan (mendung) yg bergulung-gulung di kaki langit menandakan angin ribut hendak turun; ~ dasar dasar yg terpenting, asas; ~ fikiran asas atau dasar fikiran (faham, pendapat); ~ hujan mendung; ~ hukum Id asas (dasar) hukum; ~ kalimat Id perkataan dll yg menjadi huraian dlm ayat, subjek; ~ kata = kata ~ kata dasar yg belum diberi penambahan; ~ memanjat sj pokok kecil yg hidupnya memanjat pd pokok-pokok besar dll; ~ pangkal sebab-sebab yg utama (penting), sebab-sebab yg menjadi dasar, punca, asas, dasar; ~ pekerjaan (pencarian, penghidupan) pekerjaan yg menjadi asas bagi penghidupan; ~ pembicaraan (cerita, perundingan) perkara yg dibicarakan (diceritakan, dirundingkan); ~ penanti (Tani) pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dengannya dlm proses cantuman; ~ perselisihan (percederaan, persengketaan, pertikaian) sebab-sebab yg memulakan perselisihan dll; ~ renek sj pokok kecil yg batangnya berteras; ~ ribut awan (mendung) yg menandakan ribut hendak turun; (pd) ~nya (pd) asasnya (dasarnya); ~ tentera Id tentera pusat, ibu (induk) tentera; sepokok satu pokok, sama pokoknya, sama dgn harga beli (modal); berpokok 1. ditumbuhi pokok, terdapat atau ada pokok: sebidang tanah lapang yg langsung tidak ~; 2. berasal (drpd), bermula (dr); 3. berasas (pd), berdasar (pd); ~ pangkal pd berpunca drpd, mempunyai sesuatu sbg asasnya; 4. berlantaran, bersebab; 5. bermodal; memokoki memodali, memberi modal; memokokkan memusatkan (pd), menumpukan (pd); terpokok 1. terpenting sekali, terutama sekali; 2. mempunyai harga spt yg ditetapkan, berharga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| terang | 1. keadaan (cahaya atau sinar) yg menyebabkan sesuatu atau keadaan sekilas boleh dilihat: tidak akan sama ~ lampu dgn ~ matahari; 2. tidak gelap (bkn tempat, keadaan sekitar, cahaya, dsb), tidak kelam, tidak muram, tidak suram, cerah: jangka suhu doktor bolehlah dikeluarkan dr mulut dan dilihat di tempat ~; 3. siang (hari), lwn malam: setelah hari ~, mereka pun berangkat meneruskan perjalanan mereka; 4. bersih kerana (sudah) ditebasi atau ditebangi (kawasan semak samun dll): pagi esoknya pergilah pula mereka ke dlm hutan, tiba-tiba didapati mereka tempat itu ~ lawas; 5. tidak diselaputi awan (langit), bersih, jernih (langit, udara): malam itu nyaman sekali, angin mendesir perlahan-lahan, langit pun ~, bintang-bintang berkerlipan; 6. tidak terlindung sedikit pun (pemandangan), nyata (pandangan, pendengaran, pelihatan), jelas: pd waktu malam terdengar juga bunyi ledakan meriam, kadang-kadang bunyi itu jelas dan ~; 7. tidak kabur (pelihatan, pandangan), jelas: monyet dan manusia ialah binatang yg besar sekali otaknya dan yg ~ sekali pelihatannya; 8. tidak dapat diragukan atau disangsikan lagi, sudah terbukti (kebenarannya dll), sudah ketahuan, sudah nyata (benar): sudah ~ sekarang siapa yg benar dan siapa yg bersalah; 9. jelas (kata-katanya, maksudnya, dll), nyata (benar): ceramah pendek yg diberikan oleh Amran pagi itu sangat ~ dan bernas; sebutan bahasanya ~ dan tepat; ~ akal tajam akal, cerdik, pandai; ~-benderang terang sekali; ~ bulan a) cahaya drpd bulan (pd waktu malam); b) = ~ hari Mn = bulan ~ tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan; ~ cuaca cuaca yg baik (tidak redup atau mendung); ~ hati = ~ fikiran mudah mengerti (belajar); ~ tanah pagi-pagi hari ketika tanah mulai kelihatan (lebih kurang pukul 5.30–6.00 pagi); ~-temaram (-temarang) terang sekali, terang-benderang; ~ terbang lalat pagi hari (lebih kurang pukul 6.00–6.30 pagi); ~ terus dapat dilalui cahaya, bening (kaca dll); terang-terang tidak berselindung (terlindung) lagi, nyata (jelas) sekali, ketara (sesuatu perbuatan): bukan sedikit pula orang kam-pung itu yg ~ hendak mengambil Zainal menjadi menantu mereka; ~ gelap = ~ laras agak terang sedikit (hari) tetapi belum terang betul; ~ kain Mn a) belum terang betul; b) belum mengerti benar; terang-terangan berterang-terang: kalau mereka cuba mengganggu hamba dgn ~, hamba tahu pula membalasnya; berterang-terang, berterang-terangan tidak bersembunyi-sembunyi (melakukan sesuatu), (berbuat sesuatu) dgn terus terang: tidak seorang juga yg berani menunjukkan ke-marahan mereka ~ ; menerang menjadi terang; menerangi 1. memberi terang kpd (bkn lampu, pelita, bulan, dll), menyuluhi: lampu minyak itu ~ biliknya; 2. ki memberi terang pd hati (fikiran, perkara, dll), menunjuki: Tuhan akan ~ hati segala manusia; 3. membersihkan kawasan (drpd semak samun dll), menyiangi: pd suatu masa nanti, bahagian-bahagian itu akan diterangi utk kegunaan pertanian; 4. Mn mencari keterangan (bukti dll) supaya jelas, menentui: beliau datang cuma utk ~ perkara itu sahaja; menerangkan 1. menjadikan terang (pelihatan, pendengaran, dll): puas sudah ia berubat ke sana ke mari utk ~ matanya yg kabur, tetapi tidak juga berjaya; 2. menjadikan terang, menghuraikan (menceritakan dll) supaya terang, memberi keterangan, menjelaskan: Ramlan cuba ~ kemusykilan neneknya; 3. memberitahu tentang sesuatu (supaya dike-tahui seseorang atau orang ramai), memak-lumkan, menyatakan: PM telah ~ mengapa perubahan-perubahan kerajaan yg berlaku di Afrika tidak berlaku di Malaysia; 4. menentukan (apa yg patut dilakukan dll), menetapkan, menegaskan: peraturan undang-undang itu ~ bagaimana orang ramai patut menghantar butir-butir atau kira-kira pendapatannya; 5. menunjukkan (menanda-kan, membuktikan) bahawa: kita tidak mempunyai bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah; keterangan 1. huraian utk menerangkan sesuatu, penjelasan: semua ~ guru itu didengar oleh Nurshahid dgn tenang; 2. hal yg menjadikan sesuatu perkara dll terang atau jelas, alasan, bukti, tanda: dlm tempoh yg ada pd kami, telah kami usahakan sedaya upaya utk mendapatkan ~ yg difikirkan perlu; 3. Id kata atau kelompok kata yg menerangkan kata yg lain; penerangan 1. alat dll yg digunakan utk menerangi (lampu dll); 2. perihal menerangi atau menerangkan, perbuatan memberi terang kpd (lampu dll); 3. perihal menerangkan (menjelaskan), penjelasan: ~nya padat, alasan-alasannya jitu bilamana memperkatakan soal politik; 4. pekerjaan (jawatan dll) yg memberi penjelasan dll: Pak Wir dianggap tenaga ahli yg masih sangat diperlukan dlm bidang ~; penerang sesuatu yg menerangi (menerangkan); ~ hati jampi dll yg menerangi hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tunjuk I | 1. bp = menunjuk, menunjukkan; ~ diri menampakkan diri (menghadap pembesar dll); 2. Mn jari telunjuk; ~ ajar segala macam nasihat dan ajaran; ~ cara melakukan sesuatu dgn tujuan utk memberitahu cara-cara membuatnya; ~ langit kayu yg dipasang tegak dr alang ke bumbung rumah; ~ perasaan perbuatan menyatakan pendapat (bantahan dsb) dgn perarakan atau rapat umum dsb, demonstrasi; bertunjuk-tunjukan 1. saling memperlihat-kan (diri dll), saling mengacukan jari; 2. = tunjuk-menunjuki saling memberi nasihat, nasihat-menasihati; menunjuk 1. mengarahkan jari telunjuk ke, mengacukan jari telunjuk ke: ia ~ ke papan hitam; 2. memberitahu dgn mengarahkan sesuatu ke, memberitahu dgn isyarat: ia menunjuk-nunjuk dgn kipas; 3. mengarahkan jari (telunjuk) ke atas, mengangkat tangan; 4. menetapkan atau menentukan (orang yg diangkat, dipilih, dll): orang kampung telah ~ beliau menjadi ketua mereka; 5. mengemukakan sesuatu sbg alasan, mengingatkan sesuatu dgn bukti, menyatakan, merujuk; ~ perasaan mengadakan tunjuk perasaan (dgn berpiket, berarak, dsb), berdemontrasi; menunjuk-nunjuk gemar memperlihatkan kelebihan diri sendiri: ancaman besar ter-hadap perasaan muhibah di negeri ini ialah drpd pemimpin-pemimpin politik perkauman yg cuba ~ pandai dan terlalu bercakap banyak; menunjuki memberitahu cara melakukan sesuatu, mengajari: ibu ~ kakak cara membuat kuih itu; guru kami telah ~ pendakwah-pendakwah; menunjukkan 1. menggunakan sesuatu utk menunjuk (jari dll), menunjuk dgn: ~ jari; 2. memperlihatkan sesuatu kpd, memberi lihat: dia pun naik ke rumah ~ kakinya yg dimakan keri itu; 3. memberitahu di mana (letak, arah, dll): maka datanglah budak-budak ~ masjid; 4. menampakkan (sesuatu yg terpendam di hati dll), mendedahkan: tidak seorang jua pun yg berani ~ kemarahan mereka berterang-terang; 5. memperkenalkan: maka orang itu ~ anak raja itu dgn isyarat; 6. memberi keterangan (penjelasan), menerangkan, menjelaskan: sekiranya ada bukti-bukti yg ~ Ahmad melakukan pembunuhan itu, polis akan meminta kpd majistret supaya Ahmad ditahan; 7. memberikan bukti, membuktikan, mengesahkan: dikemukakan satu konsep baru yg ~ bahawa kemiskinan orang-orang itu sebenarnya satu penyakit sosial; 8. menyatakan, menandakan: suhu yg terendah pd hari atau malam itu ditunjukkan oleh besi itu; mempertunjukkan 1. memberi lihat (kpd), memperlihatkan (wayang, sandiwara, dll): masing-masing bangsa ~ kebudayaan nasionalnya; 2. memperlihatkan (barang-barang dll), mempamerkan: tiap-tiap bangsal telah dihiasi dgn indah, iaitu menurut jenis barang-barang yg akan dipertunjukkan; 3. memberikan bukti, membuktikan: aduhai saudara, pertetapkan iman dan berserah kpd Allah, tiap-tiap yg benar itu akan dipertunjukkan kebenarannya; pertunjukan 1. sesuatu yg dipertontonkan (wayang gambar, sandiwara, dll), tontonan: pd suatu malam rombongan pemuda-pemudi mengadakan ~ kebudayaan di gedung ke-senian; 2. apa yg dipertunjukkan; 3. pameran: ~ pertanian dan perkebunan; 4. perihal me-nunjukkan (cara melakukan sesuatu dll), pengajaran: guru hendaklah sentiasa sedia utk memberikan ~ dan pertolongan; 5. = ~ perasaan ark tunjuk perasaan, demonstrasi; petunjuk, pertunjuk ark 1. sesuatu yg menunjuk atau menunjukkan (tanda, isyarat, dll), tanda dll yg memberitahu tentang sesuatu: pemandu-pemandu kereta sangat sedikit yg mematuhi ~-~ jalan raya; 2. ketentuan yg harus dipatuhi, syarat: sebelum memakan ubat ini, ~ yg dikembarkan ini hendaklah dibaca dgn teliti; 3. ajaran, nasihat, tunjuk ajar: esei-esei yg dikumpulkan di dlm Renung-an penuh dgn seruan dan ~ utk menyedarkan dan membangunkan masyarakat; 4. bisikan hati (yg datang drpd Tuhan), ilham: mene-rima ~ Tuhan; 5. sesuatu yg menjadi panduan (utk melakukan sesuatu), rujukan: buku ini adalah ~ yg baik bagi penggemar-peng-gemar kesusasteraan; penunjuk 1. alat yg digunakan utk menunjuk atau menunjukkan: ~ jangka suhu maksimum atau minimum dibuat drpd kaca atau keluli; 2. orang yg menunjuk atau menunjukkan: mahukah kamu menjadi ~ jalan kpd kami? 3. sesuatu yg digunakan sbg panduan (utk melakukan sesuatu), peringatan, rujukan: kpd pihak inilah saya mengharap agar sanggup mengakui kesalahan-kesalahan yg telah lalu utk menjadi peringatan dan ~ utk masa hadapan; ~ jalan a) orang yg menunjuk jalan, mualim; b) tanda panah dll utk menunjuk jalan; ~ perasaan orang yg mengadakan tunjuk perasaan (berdemonstrasi). | Kamus Dewan Edisi Keempat |