Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nilai(value)1. Kuantiti atau nombor malar yang disimpan dalam ingatan komputer. 2. Nombor yang dimasukkan ke dalam sel hamparan elektronik.Kamus Komputer
rangkaian nilai tambahan(value-added network)Rangkaian komputer yang disewa oleh suatu pihak daripada penyedia rangkaian yang kemudiannya disewakan kepada pihak ketiga setelah rangkaian tersebut ditambah dengan beberapa ciri, kemampuan, dan perkhidmatan. Singkatan VAN.Kamus Komputer
penjual nilai tambahan(value-added reseller)Syarikat yang membeli sistem dan kemudian menjualnya semula selepas menambahkan kemampuan dan ciri sistem tersebut. Singkatan VAR.Kamus Komputer
nilai lalai(default value)Nilai yang akan digunakan oleh sistem jika pengguna tidak menyatakan atau memberikan nilai lain.Kamus Komputer
nilai data(data value)Nilai ukuran atau kiraan suatu kuantiti.Kamus Komputer
nilai cincangan(hash value)Nilai yang berupa nombor bulat atau integer yang dijanakan oleh suatu fungsi cincangan. Nilai ini menunjukkan kedudukan dalam jadual cincangan.Kamus Komputer
VATakronim bagi value added tax (cukai nilai tambah, iaitu cukai yg ditambah pd harga barang atau perkhidmatan).Kamus Dewan Edisi Keempat
VARSingkatan bagi value-added reseller. Lihat penjual nilai tambahan.Kamus Komputer
VANSingkatan bagi value-added network. Lihat rangkaian nilai tambahan.Kamus Komputer

Kembali ke atas