| aktiviti(activity) | 1. Keadaan berlakunya pengendalian sesuatu tugas di dalam sistem. 2. Keadaan rekod di dalam fail utama yang sedang digunakan, diubah, atau dirujuk. 3. Unit kerja yang perlu dilakukan untuk mencapai matlamat sesuatu projek perkakasan atau perisian. | Kamus Komputer |
| nisbah keaktifan(activity ratio) | 1. Nisbah jumlah rekod dalam fail yang mempunyai keaktifan berbanding dengan jumlah keseluruhan rekod dalam fail. 2. Nisbah jumlah kerja dalam suatu masa bagi projek perkakasan atau perisian. | Kamus Komputer |
| laporan aktiviti(activity report) | Laporan pengurusan dalam kejuruteraan perisian untuk menyatakan taraf dan perkembangan kegiatan projek pada sesuatu masa. | Kamus Komputer |
| lampu aktiviti(activity light) | 1. Lampu kecil atau LED, biasanya berwarna kuning atau merah, pada panel hadapan atau rak belakang komputer untuk menunjukkan keaktifan pemproses. 2. Lampu kecil atau LED berwarna kuning atau merah pada panel hadapan pemacu cakera untuk menunjukkan keaktifan pengawal pemacu cakera ketika membaca atau menulis data pada cakera. | Kamus Komputer |
| gambar rajah aktiviti(activity diagram) | Gambar rajah yang memodelkan kegiatan sesuatu proses. Dalam gambar rajah ini, kotak digunakan untuk menunjukkan proses tersendiri dan anak panah digunakan untuk menunjukkan kekangan atau mekanisme yang digunakan. Singkatan aktigram. | Kamus Komputer |
| aktiviti tinggi(high activity) | Keadaan ketika sistem giat melakukan pemprosesan yang banyak atau ketika banyak kerja perlu dilakukan dalam sesuatu projek. | Kamus Komputer |
| aktiviti rendah(low activity) | Keadaan ketika sistem tidak banyak melakukan pemprosesan atau ketika tidak banyak kerja perlu dilakukan dalam sesuatu projek. | Kamus Komputer |
| aktigram(actigram) | Singkatan bagi activity diagram. Lihat gambar rajah aktiviti. | Kamus Komputer |