| alamat(address) | Kod pengenalan unik yang digunakan sebagai nama atau tanda pembeza bagi suatu kedudukan ingatan, daftar, atau liang input-output dalam sesuatu sistem. | Kamus Komputer |
| saiz alamat(address size) | Jumlah alamat yang terkandung dalam suatu sistem. Saiz ini dikira daripada nilai nombor tertinggi yang dapat digunakan dalam suruhan untuk mengalamatkan ingatan secara langsung. | Kamus Komputer |
| ruang alamat(address space) | Julat lengkap peta ingatan yang boleh dicapai oleh sesuatu sistem. | Kamus Komputer |
| penukaran alamat(address conversion) | 1. Proses menukarkan bentuk sistem alamat kepada bentuk yang lain. 2. Proses menterjemahkan alamat. | Kamus Komputer |
| penterjemahan alamat(address translation) | Penukaran alamat bersimbol atau alamat nisbi suruhan atau data kepada bentuk alamat mutlak. Proses ini dilakukan sama ada dengan menggunakan atur cara penterjemah bahasa mesin atau secara manual. | Kamus Komputer |
| pengubahsuaian alamat(address modification) | 1. Penukaran bahagian alamat suruhan atur cara mesin. 2. Perubahan pada bahagian alamat suruhan atau perintah yang akan menyebabkan alamat baru dicapai apabila suruhan atau perintah tersebut dikerjakan sekali lagi. | Kamus Komputer |
| pembanding alamat(address comparator) | Peranti yang mengesahkan alamat yang dibaca adalah sama dengan alamat rujukan dengan membandingkan kedua-dua alamat. Alamat rujukan ini terdapat dalam penumpuk atau daftar khas. Pemproses dengan itu boleh mengimbas ruang ingatan sehingga kedudukan yang ingin dicapai ditemui. | Kamus Komputer |
| daftar alamat(address register) | Peranti daftar dalam unit pemproses utama yang berfungsi memegang alamat ingatan atau alamat liang input-output yang ingin dicapai. | Kamus Komputer |
| bas alamat(address bus) | Bas sistem yang menyambungkan CPU, ingatan, dan peranti I/O dalam sistem komputer bagi tujuan pengalamatan dan penyaluran isyarat alamat. | Kamus Komputer |
| bahagian alamat(address part) | Bahagian suruhan mesin yang menyatakan alamat daftar atau kedudukan ingatan yang dirujuk atau dicapai. | Kamus Komputer |