| pot I | 1. bekas yg dibuat drpd tin, tin; 2. Id, bp jambangan bunga, pasu bunga; 3. Id, bp tempat buang air kecil, pispot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| susu | 1 buah dada; tetek. 2 = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada. 3 air berwarna putih yg keluar dr tetek haiwan (spt lembu, kambing) yg dijadikan makanan. 4 benda cair spt air susu yg diperoleh dr beberapa jenis pokok (spt getah, tuba). ~ badan susu ibu. ~ cair susu yg tidak dicampur gula dan diperoleh dgn cara penyejatan. ~ formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golongan tertentu, spt bayi, ibu mengandung, orang tua. ~ ibu susu dr buah dada yg dihisap bayi sbg makanannya. ~ julung susu yg keluar buat kali pertama dr lembu dsb yg baru melahirkan anak. ~ kering (tepung) susu yg diproses dlm bentuk serbuk. ~ pekat susu yg telah disejat dan dicampur dgn gula. ~ siring susu yg telah diambil kepalanya. ~ tin susu yg dijual dlm tin. bersusu mempunyai susu. menyusu meng-hisap air susu dr buah dada dsb: Adli baru berumur satu tahun setengah tetapi sudah berhenti ~. menyusui memberikan susu (tetek) supaya dihisap; memberi minum air susu: Rosminah sedang ~ anaknya. penyusuan hal (perbuatan dsb) menyusu atau menyusui. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| susu I | 1. buah dada, tetek, kopek; hujung ~ = mata ~ = pentil ~ = puting ~ bahagian hujung susu; ruang ~ ruang di antara dua buah dada; 2. = air ~ air berwarna putih yg keluar dr buah dada; binatang ~ binatang yg dipelihara utk mendapat susu; kepala ~ lemak yg kental pd air susu; kilang ~ a) kilang tempat memproses susu; b) bahagian badan yg menghasilkan susu; lapar ~ mahu susu (anak kecil); 3. cairan yg menyerupai air susu yg diperoleh dr tumbuhan (pokok getah, tuba, dll): selepas pokok getah berumur 30 tahun ~nya akan berkurang; ~ badan susu ibu; ~ (ber)formula susu tepung yg disediakan mengikut formula khusus utk golongan tertentu spt bayi, ibu mengandung dsb; ~ bundar buah dada (perempuan) yg bulat dan cekang; ~ berlemak susu asli yg tidak diproses (masih mengandungi lemak aslinya); ~ bubuk susu tepung; ~ cair sj susu yg agak kental yg dibuat dgn jalan pengewapan dgn tekanan dan suhu tinggi; ~ ibu susu dr buah dada; ~ kaleng = ~ kalengan Id susu yg telah diproses dan diisikan dlm tin; ~ kopek = ~ lanjut buah dada yg labuh; ~ macan bp sj minuman drpd air susu yg dicampur dgn minuman keras; ~ pekat susu yg dipekatkan dan dibubuh gula; ~ tanpa lemak susu yg lemaknya telah dikeluarkan; ~ tepung sj susu yg diproses menjadi tepung; ~ tin susu dlm tin; ~ di dada tak dapat dielakkan prb nasib seseorang itu tidak boleh ditolak (baik atau jahat); air ~ dibalas dgn air tuba prb kebaikan dibalas dgn kejahatan; spt ~ dgn sakar prb a) dua hal yg bersetujuan benar; b) aturan yg masih tetap berlaku dan dipakai; menyusu menghisap susu: budak itu sudah tidak mahu ~; gajah ~ (binaan) atap atau sengkuap yg bersambung dgn rumah; menyusui memberi minum susu kpd: binatang mamalia ~ anaknya yg masih kecil; menyusukan 1. menyusui: mereka menyerahkan kanak-kanak yg baru lahir kpd perempuan lain utk disusukan; 2. membiarkan menghisap susu (menyusu); susuan 1. yg diberi susu, yg disusui; anak ~ a) anak yg masih menyusu; b) anak orang yg disusui; saudara ~ saudara kerana menyusu dr perempuan yg sama; 2. puting susu yg dibuat drpd getah (sbg ganti susu ibu): yg seorang masih lekat ~ dimulutnya; penyusuan perihal (perbuatan) menyusui: pemendekan tempoh ~ bayi boleh membahayakan kesihatannya; penyusu orang yg menyusui, pengasuh, inang: Muhammad besar di bawah peliharaan ~nya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyalin | 2 mengubah bekas; memindahkan ke bekas lain: ~ air dr tin ke botol. | Kamus Pelajar |
| salin I; ~ tak tumpah | 2 mengubah bekas; memindahkan ke bekas lain: ~ air dr tin ke botol. | Kamus Pelajar |
| menyalin | 1 menukar atau mengganti dgn yg lain: Sekembalinya dr pejabat, dia ~ pakaiannya. 2 mengubah bekas; memindahkan ke bekas lain: ~ air dr tin ke botol. 3 menulis sesuatu yg serupa di tempat lain; meniru: Murid-murid disuruh ~ tulisan itu ke dlm buku masing-masing. 4 mengubah bahasanya ke bahasa lain; menterjemahkan: Dia telah diminta ~ buku Ihya Ulumuddin itu ke bahasa Melayu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| pekat I | 1. tidak cair, kental, likat: santan itu kalau agak likat atau ~ boleh ditambah air sejuk; penuh ~ penuh sesak; susu ~ susu likat (dlm tin); tanah ~ tanah liat; 2. keras (kopi dll): Wak Kudin mengonyeh-ngonyeh lalu menelan dan kemudian menunda dgn air kopi ~; asid ~ asid yg kuat (tiada banyak bercampur air); 3. tidak jernih (air); 4. gelap atau kelam (warna dll); gelap (kelam) ~ gelap sekali; hitam ~ hitam sekali; 5. ki tebal, teguh, kuat, dsb (bkn percakapan, kepercayaan dsb): loghat Kelantannya masih ~ walaupun telah lama menetap di Kuala Lumpur; tambah Solisir yg ~ dgn kepercayaan pd cerita dongeng; memekat menjadi pekat: hitam malam kian ~; memekatkan menyebabkan jadi pekat: bijirin ini digunakan utk ~ susu bayi; kepekatan perihal atau keadaan pekat: ~ ammonia; ~ malam; ~ warna; pemekatan perihal (proses atau perbuatan) memekatkan (bkn cecair dsb): ~ dgn penambahan gula, garam dan pengawet lain; pemekat bahan yg menjadikan pekat, bahan yg memekatkan: biasanya tepung jagung digunakan sbg ~ dlm masakan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kosong | 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; mengosongkan menjadikan kosong (tidak ada yg mendudukinya, memegangnya, mengisinya, dll): Malaysia telah dilantik menjadi anggota Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil tempat yg dikosongkan oleh Czechoslovakia; Puan Curie telah ditawarkan jawatan profesor yg telah dikosongkan oleh suaminya itu; kekosongan 1. perihal kosong, ketiadaan sesuatu apa atau sesuatu yg tertentu), keadaan tidak ada yg menjawatnya (mengisinya dsb): pengambilan pekerja-pekerja baru utk memenuhi ~ beberapa jawatan; ~ iman ketiadaan iman; 2. kehampaan: dia terasa ~ sekarang di dlm jiwanya kerana kehilangan orang yg sangat dikasihinya; pengosongan perihal atau perbuatan mengosongkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tong I | 1. tempat (air, padi, dll) yg dibuat drpd papan kayu bulat torak bentuknya, tahang; 2. tin atau kaleng yg besar (tempat mengisi minyak dll); ~ sampah tempat membuang sampah; ~ kosong nyaring bunyinya = ~ kosong berbunyi nyaring prb orang yg bodoh itu biasanya banyak cakapnya; adakah air yg penuh dlm ~ itu berkocak, melainkan air yg setengah ~ itu juga yg berkocak prb orang yg tidak berilmu juga yg banyak cakapnya; bertong-tong beberapa banyak tong: mereka terpaksa menyimpan ~ air di rumah utk menghadapi musim kemarau. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kendi I | sj bekas air yg bermuncung (bercerat) dan bertangkai (dibuat drpd tembikar atau tin). | Kamus Dewan Edisi Keempat |