Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
nyata (adjektif)
1. Bersinonim dengan terang: jelas, ketara, izhar, jali, jaleh,
Berantonim dengan kabur

2. Bersinonim dengan benar-benar ada: wujud, maujud, kasatmata,

Kata Terbitan : menyatakan, ternyata, kenyataan, pernyataan, penyataan, penyata,

Puisi
 

Kain putih satu hasta,
     Dikoyak-koyak tinggal sejengkal;
Pandanglah saya nyata-nyata,
     Balik ke kampung jangan menyesal.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
fantastik1. penuh fantasi, bukan kenyataan atau alam nyata: tidak ketinggalan juga unsur ~, satira, simbolik, dan alegori; drama sejarah, drama masyarakat, drama ~ dan berbagai-bagai lagi; 2. bagus sekali, hebat sekali, sangat mengagumkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
penghampiranproses (hal) meng­hampir­­kan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
peranti inputist peranti yg membolehkan data (spt teks, gambar, bunyi) dr alam nyata dimasukkan ke dlm komputer.Kamus Pelajar Edisi Kedua
surealistik(suréalistik) 1. berkaitan dgn atau mengikut gaya surealisme: arca itu bersifat ~ dan mengandungi unsur seni fantasi; 2. di luar alam nyata: drama yg pertamanya ialah ‘Bukan Lalang Ditiup Angin’ yg menjadikan latarnya ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
perantisesuatu yg diperlukan atau yg digunakan utk membuat (mengerjakan, menghasilkan) sesuatu; alat; perkakas. ~ input ist peranti yg membolehkan data (spt teks, gambar, bunyi) dr alam nyata dimasukkan ke dlm komputer.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengizharkan1. menjadikan nyata alam ini; 2. menzahirkan atau membunyikan huruf dgn nyata tanpa didengungkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
izharAr 1. hal menjadikan jelas (nyata, terang); 2. hukum tajwid, iaitu menzahirkan atau membunyikan huruf dgn nyata tanpa didengungkan; mengizharkan 1. menjadikan nyata alam ini; 2. menzahirkan atau membunyikan huruf dgn nyata tanpa didengungkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
hampir1. berdampil (dgn seseorang), ber­damping (dgn seseorang), dekat, rapat: marilah anakanda ~ dgn ayahanda; ~ kpd mendekati; 2. tidak jauh (bkn jarak, per­hubungan), dekat, rapat: Petaling Jaya bandar yg ~ sekali dgn Kuala Lumpur; Nabi Muhammad SAW mula-mula menyampai­kan ajaran Islam kpd orang yg paling ~ dengannya iaitu isterinya Khadijah; 3. kurang sedikit drpd (waktu, bilangan berikut­nya, kuantiti, jumlah seluruhnya), dekat: sudah ~ setengah jam dia menunggu di situ; ~ seratus orang hadir dlm majlis itu; mangkuk getahnya ~ penuh dgn susu getah; 4. nyaris, sedikit lagi akan ...; ~ mati nyaris mati; 5. tidak lama lagi akan, dlm sedikit masa lagi: sekolah sudah ~ dibuka; ~ siap dibina; ~ selesai; ~ gurun (Geog) (kawasan, daerah) yg berhampiran (dan keadaan iklimnya hampir sama) dgn gurun; wang ~ (Eko) harta yg mudah dijadikan wang; hampir-hampir akan berlaku sesuatu, nyaris-nyaris, cemas-cemas: masih sempat menyelamatkan isterinya yg ~ tenggelam itu; mereka ~ sepakat; hampirkan hampir akan; berhampiran = ~ dgn berdekatan (dgn), tidak berapa jauh (dr): pulau-pulau yg ~ dgn Australia; sungai yg ~ dgn rumah; menghampiri mendekati, datang men­dekati, merapati: perempuan itu datang ~ saya; menghampirkan mendekatkan, men­dam­ping­­kan, merapatkan: maka usungan pun dihampirkan orang; terhampir terdekat; hampiran tempat yg dekat, dekatan; kehampiran perihal (keadaan, kedudukan, dsb) hampir atau dekat dgn; penghampiran proses (hal) meng­hampir­­kan atau menghampiri sesuatu: alam nyata ini boleh diketahui melalui proses ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
nyata1. jelas dan terang (pd pendengaran, pelihatan): dr jauh tampak ~ lembaga itu; 2. nampak dgn terang, ketara: makin aku perhatikan orang itu, makin ~ tujuannya; 3. benar-benar ada, maujud, wujud: alam yg ~; menyatakan 1. menjadikan nyata, me­ne­rangkan, menjelaskan: di dlm buku ini ada dinyatakan dgn ringkas perihal mengubat penyakit yg biasa terjadi; 2. menampakkan, menunjukkan: Ya Tuhanku, hendaklah engkau ~ kebesaran-Mu akan hamba-Mu; 3. mem­beritahu, melaporkan, memaklumkan: Ismail berjumpa dgn pegawai tingginya utk ~ ke­tibaannya; berkali-kali ia ~ keinginannya hendak bertukar kerja; ternyata 1. sudah nyata (nampak dgn terang), terbukti, ketahuan, ketara: bakal jodoh yg dipilihnya ~ sudah ada yg punya; ke­sa­lahannya sudah ~; 2. sudah tersebut (tertulis, tercatat, dll), tersiar; kenyataan 1. perihal nyata, kejelasan, keterangan: segala ~ telah menghilangkan segala sangkaan; 2. keadaan atau hal yg nyata, hakikat, kebenaran: akhirnya aku terpaksa menerima ~ itu juga; 3. sesuatu yg dinyatakan (diberitahukan, diumumkan, dll), penjelasan, pengumuman: Perdana Menteri membuat satu ~ penting melalui radio malam ini; papan ~; 4. sudah nyata, terbukti, ternyata; pernyataan 1. kata-kata dsb yg menyatakan (mengumumkan) sesuatu, pemberitahuan, pemakluman: satu kajian tentang bahan-bahan galian arkeologi dan juga ~ ke­percayaan dan pengetahuan tentang ber­cucuk tanam; 2. kenyataan rasmi yg di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dsb tentang sesuatu perkara, biasanya disiarkan melalui media: ~ bersama; penyataan perbuatan menyatakan (me­la­hirkan dll): kesusasteraan bukanlah lahir drpd kekosongan, tetapi adalah ~ drpd pergolakan dan perkembangan masyarakat; penyata sesuatu yg dinyatakan secara rasmi, permakluman rasmi, keterangan bertulis tentang sesuatu: setelah mengetahui untung rugi perniagaan dlm sesuatu masa itu, maka perlulah disiapkan pula satu ~; ~ kira-kira penyata (keterangan) yg menjelaskan ke­dudukan kira-kira; ~ tahunan laporan ta­hunan.Kamus Dewan Edisi Keempat
wujud1. ada (sesuatu), sedia ada; 2. sesuatu yg ada bentuknya (dapat dilihat, dipegang, dll); 3. benda yg nyata (bukan roh dll), rupa dll yg dapat dilihat; berwujud 1. memang ada (boleh dipandang, dipegang, dll), berupa benda yg nyata; 2. konkrit, maujud, nyata; mewujudkan 1. menjadikan berwujud (berbentuk, berupa, dll), mengadakan: kadang kadang amanah diwujudkan melalui perjanjian secara lisan di kalangan keluarga; 2. melaksanakan (cita-cita dll); 3. menerangkan (memperlihatkan) dgn benda yg nyata; terwujud sudah diwujudkan (dilaksanakan): ada suatu waktu ketika alam belum lagi ~; kewujudan perihal wujud (sesuatu), adanya (sesuatu); perwujudan 1. bentuk atau rupa (yg benar­benar dapat dilihat dll); 2. sesuatu yg berwujud (kelihatan dlm mimpi dll); 3. sesuatu yg konkrit (maujud, nyata); 4. pelaksanaan (cita-cita dll); pewujudan perbuatan atau proses mewujudkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas