| nukleogenesis | (nukléogénésis) (Fiz) proses pembentukan nukleus dlm alam tabii secara hipotesis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keteraturan | keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan alam tabii tidak meninggalkan kesan yg mendalam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| atur I | ; atur-atur; kayu ~ kayu mainan kanak-kanak yg disusun utk membentuk sesuatu (spt rumah dll); beratur 1. berada (berdiri dsb) dlm barisan: para peserta sudah ~ di padang utk upacara penyampaian hadiah; 2. berada dlm susunan yg baik (bkn barang, benda), tersusun (baik-baik): perkakas dapur ~ dgn baik; mengatur 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~ persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna mencampuri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur; mengaturkan mengatur utk; teratur 1. telah diatur (dgn baik), sudah disusun baik-baik, tersusun: dia melihat-lihat buku-buku yg ~ di rak; 2. tidak kelam-kabut (kucar-kacir dsb): segala-galanya dijalankan dgn ~ dan rapi setelah mereka merancangkannya dgn sempurna;aturan 1. cara mengatur, susunan: ~ buku dlm perpustakaan ini, menurut cara Dewey; 2. segala yg telah ditentukan atau ditetapkan utk diturut, peraturan: membuat sesuatu itu biarlah menurut ~nya; 3. adat sopan santun, ketertiban: tidak tahu ~ tidak tahu adat; 4. = ~nya Id sebetulnya, sebenarnya: ~(nya) harus diberitahukan terlebih dahulu;beraturan 1. dgn aturan, mempunyai aturan, teratur baik-baik; 2. tahu adat (sopan santun);keteraturan keadaan yg teratur, ketertiban: ~ gerak laku; ~ dan alam tabii tidak meninggalkan kesan yg mendalam;peraturan 1. segala yg telah ditentukan (ditetapkan dsb) dan harus diturut atau dipatuhi: setiap pekerja hendaklah mematuhi ~ pejabat; ~ lalu lintas; ~ mesyuarat; ~ kerajaan peraturan (ketentuan, garis panduan, dsb) yg dibuat oleh kerajaan; 2. sl hubungan keluarga (kpd);berperaturan ada peraturannya, beraturan: kerja yg tidak ~;pengaturan perihal (perbuatan dsb) mengatur(kan);pengatur 1. orang yg mengatur, orang yg menyediakan sesuatu mengikut aturan atau peraturan tertentu: ~ huruf; 2. alat utk mengatur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menjuzuki | menjadi juzuk kpd sesuatu: alam fizikal dan alam sosial ~ keseluruhan fenomena tabii. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| juzuk | Ar bahagian; sejuzuk sebahagian; menjuzuki menjadi juzuk kpd sesuatu: alam fizikal dan alam sosial ~ keseluruhan fenomena tabii. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ruang | 1. sela-sela di antara dua deret (banjar) tiang atau di antara empat tiang (di bawah kolong rumah): besarnya rumah itu tujuh belas ~, ~nya tiga-tiga depa; 2. bahagian yg (dibiarkan) kosong atau terbuka dlm sesebuah bangunan; 3. lubang yg terdapat dlm sesuatu benda, rongga: ~ hidung; ~ dada; 4. rongga yg dibatasi oleh bidang; ilmu ukur ~ pengetahuan utk mengira isi (besar) sesuatu benda (kiub, kon, dll); 5. (dlm ilmu falsafah) tempat atau rongga yg tidak ada batasnya, tempat segala yg ada: namun secara rohaniah manusia itu bebas, bebas utk bergerak, baik dlm ~ mahupun waktu; 6. = ~ waktu (masa) jarak antara satu waktu dan waktu lain; ~ waktu yg sempit jarak waktu yg pendek (terhad); 7. = ruangan tempat yg lapang, bilik (bilik dlm rumah, bilik darjah, dll): ~ duduk kami menghadap ke beranda; matanya menyeluruhi ~ bilik darjah itu; 8. petak-petak dlm buah, pangsa; durian lima ~ durian lima pangsa; 9. = ruangan tempat yg lapang dlm kapal (perahu), tempat memuat barang-barang, palka: perahu itu bocor, ~nya berisi air; air ~ air dlm ruang kapal (perahu); 10. = ruangan petak atau kolum dlm surat khabar dll, lajur: satu hal yg baru bagi idea majalah ini ialah dibukanya ruangan-ruangan spt sorotan, cerita pendek, dll; 11. = ruangan petak atau kolum utk angka: sifar di ruangan ratus tidak dikehendaki kerana 076 serupa sahaja dgn 76; ~ se (puluh, ratus, dll); 12. = ruangan kalangan, lapangan, lingkungan; mencari ruang(an) hidup baharu; tiba-tiba Rosita terbayang di ~ matanya nampak di lingkungan pandangan mata; 13. peluang atau skop: Islam memberi ~ kpd akal manusia menyingkap rahsia alam tabii; ~ angkasa angkasa lepas; ~ badan rongga pd badan; ~ dalam (tengah) bilik dalam (tengah) dlm rumah; ~ dapur bahagian dapur rumah; ~ depan (muka) bahagian depan rumah; ~ lakon ruang (di pentas dsb) tempat dipersembahkan lakonan (tempat dilakonkan babak-babak cerita); ~ legar ruang yg agak luas di sebelah dalam pintu utama sesebuah bangunan, biasanya terdapat tempat bertanya, tempat menerima tamu, tempat menunggu dsb, lobi, foyer; ~ lingkup = ~ liput(an) = ~ litupan bidang sesuatu kegiatan atau ilmu pengetahuan atau yg diliputi oleh sesuatu perbincangan (penulisan dsb); ~ mulut rongga mulut; ~ niaga ruang utk menjadi tempat berniaga (dlm kompleks perniagaan dsb); ~ rias (hias) bilik atau tempat berhias; ruang(an) selisih kolum (petak) yg menunjukkan angka selisih (dlm matematik); ~ tamu bilik atau ruang utk menerima tamu; ~ udara a) ruang terhad tempat udara wujud; b) angkasa; c) bahagian atmosfera bumi di atas sesebuah negara, yg dr segi undang-undang terletak di bawah bidang kuasa negara berkenaan: ~ udara Malaysia; bawah ~ Br bahagian di antara penyokong dgn lantai perahu; merajukkan air di ~, hendak karam ditimba juga prb marah yg tiada sampai, apabila ia kemalangan ditolong juga supaya kesusahan itu jangan sampai kpd kita; beruang mempunyai atau ada ruang yg kosong atau lapang: bilik itu sempit sehingga tidak ~ langsung utk berbaring merehatkan badan; meruang mengeluarkan kotoran dr dlm perut mayat, menyucikan mayat; ~ senjata membersihkan senjata; ruangan ruang; ~ pojok ruangan dlm akhbar atau majalah yg dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |