| peruntukan(allocation) | 1. Penentuan tempat simpanan blok data kepada blok ingatan tertentu. 2. Proses menempah kawasan ingatan untuk penggunaan suruhan tertentu. | Kamus Komputer |
| rutin peruntukan(allocation routine) | Rutin komputer yang bertanggungjawab menguntukkan sumber komputer pada sesuatu proses. | Kamus Komputer |
| peruntukan sumber(resource allocation) | Penentuan pemberian sumber seperti tenaga manusia, mesin, wang, bahan, ruang, dan masa pada masa tertentu bagi salah satu daripada proses yang bersaing untuk menggunakan sumber berkenaan. | Kamus Komputer |
| peruntukan statik(static allocation) | Peruntukan bagi suatu proses yang tidak boleh diubah semasa proses tersebut sedang berjalan. | Kamus Komputer |