Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata amat lah

Puisi
 

Sapu tangan penyapu tangan,
     Menyapu tangan anak Raja Cina;
Lah malang tangan celaka tangan,
     Di dalam tangan diambil orang pula.


Lihat selanjutnya...(2)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sangat1. terlalu, terlampau: bilangan murid yg mendapat sijil pertama ~lah sedikit; 2. hebat, kuat, menjadi teruk: susahnya amat ~; penyakitnya bertambah ~; 3. benar-benar (sungguh-sungguh, sememangnya, dll): mereka mahu ~ mendengar cerita itu; apalah ~ apa pentingnya (mustahaknya dll); sangat-sangat 1. terlalu (terlampau dll) sangat, amat sangat: cermin itu suatu benda yg ~ ajaib; elektromagnet adalah ~ berguna; 2. sungguh-sungguh benar: burung dan binatang mamalia ~ mengambil berat akan keselamatan anak mereka; bersangatan amat (terlalu) sangat: seluruh anggotanya telah letih lesu oleh ~ penat; menyangat menjadi lebih hebat (kuat, teruk, dll): dr sehari ke sehari semakin ~ sahaja sakitnya itu; menyangatkan menjadikan hebat (kuat, teruk, dll); mempersangat menjadikan bertambah sangat, menjadikan lebih (hebat, kuat, teruk, dll); tersangat terlalu sangat, teramat sangat: penyakit ini ~ mudah berjangkit; kesangatan 1. perihal sangat, keterlaluan; 2. teramat sangat: segala orang Melaka tidak boleh berdiri di pantai, drpd ~ bedil Peringgi itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
dahsyat1. menakutkan, mengerikan: men­capai sesuatu dgn membunuh orang ialah cara yg sangat ~ dan mengerikan; kema­langan jalan raya yg ~; 2. Kl takut (ke­takutan), ngeri: takut dan ~lah ia; 3. hebat, amat sangat, terlampau (hebatnya, kuatnya, bisingnya, bodohnya, mahalnya, dll): ~ betul engkau ini, engkau lebih tolol drpd adikmu; letupan yg ~ kuatnya; ~ betul harga barang-barang di kedai itu; mendahsyat menghebat, menjadi-jadi: pepe­rangan semakin ~; mendahsyatkan 1. menimbulkan rasa takut atau ngeri, menakutkan, mengerikan: keada­an yg sebenarnya sangat ~ hatinya; 2. meng­hebatkan, memburukkan, menerukkan: keja­dian-kejadian demikian ~ lagi keadaan; memperdahsyat 1. menjadikan bertambah takut atau ngeri; 2. menjadikan lebih teruk atau hebat, memperhebat; kedahsyatan 1. ketakutan, kengerian; 2. kehebatan: ~ serangan yg dilancarkan; 3. kehairanan, keajaiban: mereka melihat kein­dahan dan ~ dunia di sekeliling mereka.Kamus Dewan Edisi Keempat
gamang1. takut melihat ke bawah dr tempat yg tinggi, gayat: sungguh ~lah ketika melihat jurang yg amat dalam itu; 2. = tergamang berasa sepi: ia ~ sepeninggalan ibunya;penggamang orang yg lekas gamang, penggayat; orang ~ mati jatuh, orang pendingin mati hanyut prb Mn orang yg takut-takut tidak akan mencapai kehendaknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
elok/élok/ 1 dpt menyukakan atau dpt memuaskan hati apabila dilihat dll; cantik; menarik: Budak itu sejak kecil lagi amat ~ rupanya. 2 baik; bagus: ~lah kita berehat dahulu utk melepaskan penat. mengelokkan 1 menjadikan elok (cantik): Dia ~ tudung kepala anaknya. 2 membaikkan; membaguskan: ~ kelakuan orang. memperelok 1 menjadikan lebih elok (cantik): Ani ~ sanggulnya dgn menyelitkan sekuntum bunga mawar pdnya. 2 menjadikan lebih baik (bagus): Mereka ~ kapal terbang jenis jet itu dlm tahun-tahun berikutnya. keelokan sifat atau keadaan elok; kecantikan: Dia sangat tertarik oleh ~ paras pramugari itu. seelok sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. seelok-eloknya yg paling elok; sebaik-baiknya: ~ wang yg berlebihan itu disimpan di bank saja.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ulung II1. (yg) telah lama melakukan sesuatu (pekerjaan dll), telah lama berkhidmat (ber-bakti): Allahyarham Tun Razak negarawan ~; 2. = terulung banyak pengalamannya, cekap, mahir, pandai, terbaik: beliau seorang tokoh kebangsaan yg ~, anak Melayu yg disegani, dan disanjung tinggi; projek ini ada-lah langkah ~ yg amat membanggakan; 3. cerdik lagi sangat licin (bkn pencuri dll), banyak tipu muslihatnya, pintar: beliau dianggap sbg ejen mereka yg ~ dan dipercayai sepenuh-nya dapat melaksanakan tugas yg diper-tanggungjawabkan; keulungan perihal ulung, kebijaksanaan, kecerdikan, kepintaran: ~nya terletak pd ke-tajaman penanya dlm berpolemik.Kamus Dewan Edisi Keempat
elok/élok/ 1. dpt menyukakan atau dpt memuaskan hati apabila dilihat dll; cantik; menarik: Budak itu sejak kecil lagi amat ~ rupanya. 2. baik; bagus: ~lah kita berehat dahulu utk melepaskan penat. mengelokkan 1. menjadikan elok (cantik): Dia ~ tudung kepala anaknya. 2. membaikkan; membaguskan: ~ kelakuan orang. memperelok 1. menjadikan lebih elok (cantik): Ani ~ sanggulnya dgn menyelitkan sekuntum bunga mawar pdnya. 2. menjadikan lebih baik (bagus): Mereka ~ kapal terbang jenis jet itu dlm tahun-tahun berikutnya. keelokan sifat atau keadaan elok; kecantikan: Dia sangat tertarik oleh ~ paras pramugari itu. seelok sama elok dgn; sebaik; secantik: Wajahnya ~ hatinya. seelok-eloknya yg paling elok; sebaik-baiknya: ~ wang yg berlebihan itu disimpan di bank saja.Kamus Pelajar
larat I1. dibawa arus, pergi jauh-jauh, hanyut: ada untung digantung sauh, kalau tidak ~lah kami; sauhnya ~ sauhnya hanyut (tidak dapat berkuat); 2. dlm berbagai-bagai erti bermaksud bertambah sangat (berdukacita, mengembara, dll): makin lama makin ~, makin dilupakan makin teringat; hati hiba membawa ~; ~ fikiran a) terlalu amat sedih; b) tersesar (fikiran); ~ hati sedih hati, lara; berlarat, berlarat-larat, melarat 1. bertambah jauh (hanyut, pergi, dll), berpanjang­-panjang, berkait-kait (perbualan, cerita, dll), berlarut-larut, menjadi-jadi, merebak: mereka bercakap berlarat-larat dr perkara tem­bakau sampai ke perkara politik; saya harap peperangan ini tidak melarat, mudah­-mudahan lekas padam dan berhenti; 2. tidak menentu (kedudukan dll), tidak terjaga: hidup mereka sangat melarat, pengangguran menjadi-jadi; melarat panjang selalu dlm kesusahan; memperlarat menjadikan lebih panjang (lama, rumit, dll); kemelaratan perihal (keadaan) melarat: ~ hidup; salah satu kecaman Allah ialah manusia yg tidak membantu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
berkobar-kobar1. bernyala-nyala dgn hebatnya (bkn api kebakaran dsb): air dipancurkan tidak henti-henti ke api yg ~ itu; 2. ki bergolak atau bergelora dgn amat sangat (bkn perasaan hati dll), berapi-api, meluap-luap (bkn semangat, perasaan, dll): mendengarkan hal itu ~lah semangatnya lalu dgn segera ia menghunus khanjarnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
benar1 tidak salah; tidak keliru; betul: Hitungan yg dibuatnya itu ~. 2 amat; sangat, sungguh; sekali: Mahal ~ buku ini. membenarkan 1 menyatakan ia atau sah; menyungguhkan; mengakui: Ali menganggukkan kepalanya sbg tanda ~ kata-kata kawannya itu. 2 memberi izin; membolehkan: Tuan tanah itu tidak ~ sesiapa pun melintasi kawasannya. kebenaran 1 sesuatu yg benar; sesuatu yg sungguh-sungguh ada atau betul: Banyak perkara mustahil ttg atom yg telah dibuktikan ~nya dgn percubaan-percubaan sains. 2 kelulusan utk membenarkan; izin: Sebelum diadakan perundingan dgn Sultan, Belanda meminta ~ hendak membawa kapal mereka mudik ke Sungai Riau. 3 keadaan benar atau cocok dgn hal yg sesungguhnya: ~ khabar itu masih disangsikan lagi. pembenaran perbuatan atau hal membenarkan. sebenarnya 1 sebetulnya; sesungguhnya; nyatanya: ~ sudah dua tahun aku tinggal di sini. 2 memang begitulah halnya; demikianlah: ~lah yg kamu katakan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
benar1. tidak salah, betul: ejaannya ~; salah ~nya; 2. tepat (tidak berbeza drpd keadaan sebenarnya), memang demikian halnya, sungguh, sah: kalau ~ dia yg memukul adikku, tentu kuadukan kpd bapanya; 3. amat, sangat, sekali: ramai ~ orang pergi ke pantai;sebenarnya 1. yg merupakan kenyataan, sebetulnya, sesungguhnya: orang yg sentiasa menyerukan pembelaan wanita yg ~ menganiaya mereka; 2. yg dikira betul, sebetulnya: ejaan yg ~ ialah ‘pameran’ bukan ‘pamiran’; 3. begitulah, demikianlah, sungguhlah: ~lah spt kata cikgu itu; 4. sewajarnya, sepatutnya;sebenar-benarnya sesungguh-sungguhnya, sebetul-betulnya: mereka hendaklah ~ menimbangkan dan menguji apa jua ajaran agama dgn adil; benar-benar sungguh-sungguh, betul-betul, amat sangat: kata-katanya itu ~ meninggalkan kesan di hatiku;berbenar, berbenar-benar Mn berterus-terang;membenar, membenar-benar Mn 1. berbenar; 2. meminta bantuan;membenari Mn memujuk, mengelon;membenar-benari mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh;membenarkan 1. membetulkan: dia cuba ~ kata-katanya yg telah terlanjur itu; 2. menganggap benar, menganggap sah: khabar semalam telah dibenarkan oleh lidah rasmi kerajaan; 3. mengiakan, menyetujui: Hilmi mengangguk ~ kata-kata itu; 4. memperbolehkan, mengizinkan: empunya rumah tidak ~ kami masuk sebelum membayar sewa pertama;memperbenar sl membenarkan; kebenaran 1. perihal benar (sesuatu), sebenarnya: ~ pepatah ini dapat diuji; hanya masa dapat membuktikan ~ pendapat ini; 2. izin: kedai ini didirikan dgn tidak berlesen atau bersurat ~; 3. sesuatu yg benar (sungguh-sungguh ada, betul-betul demikian halnya): aku percaya pd suatu masa dia akan kembali semula kpd ~ dan kenyataan; ~ dan kejujuran itu ialah hakim utama; 4. Jk kebetulan; ketidakbenaran perihal atau perbuatan tidak benar;pembenaran perihal atau perbuatan membenarkan: ~ pandangan ini dr sudut agama.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas