Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambil balik

Puisi
 

Ambil galah pepahkan jantung,
     Jantungnya jatuh ke balik pagar;
Saya tak mahu berbalas pantun,
     Pantun saya baru belajar.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kembali1. pergi ke tempat asal (ke tempat seseorang itu berada sebelumnya), balik (ke rumah, pejabat, kedai, dll), pulang: aku pun ~ ke kedai; orang-orang tahanan itu diberi kesempatan ~ melihat keluarga masing-masing; ~ asal balik asal (kembali semula kpd asalnya); ~ ke negeri yg baqa (kekal) = ~ ke rahmatullah meninggal dunia; 2. = wang ~ wang baki kerana bayaran yg berlebihan (yg harus dipulangkan kpd pembayar), wang kelebihan: Encik beri sepuluh ringgit, harga barang itu tujuh ringgit sahaja, ambil ~ bakinya tiga ringgit; 3. semula (buat kali keduanya dan seterusnya), lagi, sekali lagi: di pekan Yan, kami telah bertemu ~ dgn beberapa orang teman dr Sungai Petani; kini aku berada ~ di kampung; 4. kata yg kerap digunakan bersaingan dgn kata kerja utk menyatakan atau menunjukkan pengulangan sesuatu perbuatan (pemulihan sesuatu kpd kedudukan asalnya, pemulangan sesuatu ke tempat asalnya, dll); membayar ~ memberi balik hutang atau wang yg telah diterima (supaya tidak berhutang lagi); meminta ~ sesuatu meminta balik sesuatu (meminta supaya dipulangkan sesuatu yg telah diberikan atau dipinjamkan); menarik ~ (usul, keputusan, dll) menyatakan batal atau tidak akan diteruskan dsb (usul, keputusan, dll); menceritakan ~ mengulang cerita atau kisah yg telah didengar (dibaca dll); menyusun ~ mengulang menyusun lagi (menyusun semula); sekembali sebaik-baik kembali atau pulang (dr), sejurus (tidak lama) selepas pulang dr (sesuatu tempat); mengembalikan 1. mengirimkan (meng­hantarkan, memberikan, dsb) sesuatu kembali (kpd pengirimnya, ke tempat asalnya, dsb), memulangkan (sesuatu): dia berjanji akan ~ wang dan semua barang yg telah diambilnya itu; semua buku yg dipinjam dahulu telah dikembalikan; mereka diarahkan supaya ~ surat-surat rasmi yg ditulis dlm bahasa Inggeris kpd pengirimnya; 2. menahan (me­nyekat dll) supaya kembali (berpatah balik) ke tempat mula datangnya, menyuruh kem­bali; 3. mengundurkan (ke suatu waktu yg telah berlalu), menyurutkan (kejadian yg telah berlaku); 4. menjadikan spt sediakala atau spt keadaan sebelumnya, mewujudkan kem­bali, memulihkan: ia mencuba ~ segala kekuatan batinnya dgn sedaya upaya; tidak ada laki-laki yg dapat ~ kepercayaanku yg telah musnah ini; langkah-langkah keselamatan telah diambil utk ~ keamanan di daerah itu; kembalian sesuatu barang dll yg dikembali­kan: penerbit tidak bertanggungjawab menghantar naskhah jualan atau ~; kekembalian perihal kembali; perkembalian perihal kembali, kepulangan: ~ Rawon telah diterima dgn cucuran air mata oleh ayahnya; pengembalian perihal (perbuatan dsb) me­ngembalikan, pemulangan, pemulihan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pusing1. bp berputar; ~ belit akal (perkataan, tipu daya, dll) yg berbelit-belit; cakap ~ ber­putar balik (perkataannya); 2. = ~ kepala sakit kepala, pening: ia tidak dapat berdiri kerana ~ kepalanya; 3. hilang akal, tidak keruan fikiran, bingung: sampai ~ saya dibuat olehnya; 4. = pusing-pusing bp bersusah payah, sibuk-sibuk, susah-susah: janganlah pusing-pusing sangat tentang soal duit itu boleh saya usahakan; 5. bp turut memikirkan dll, endah, peduli: saya tidak ~, itu bukan urusan saya; (tidak) ambil ~ bp (tidak) ambil peduli, (tidak) mempedulikan; 6. = dadu ~ Id dadu putar, sintir; ~ ganti (Eko) a) jumlah hasil jualan sesuatu perniagaan; b) nisbah jualan dgn purata stok utk sesuatu tempoh yg dinyatakan. berpusing 1. berputar (baling-baling, kipas, roda, dll): enjin sebuah motokar ~ 4 12 kali tiap-tiap kali rodanya ~; bumi ~ di paku alamnya; 2. beralih hala, berubah arah: kanak-kanak disuruh menghadap ke arah utara, kemudian disuruh ~ ke arah timur; berpusing-pusing 1. berputar-putar, ber­kisar-kisar, berpusar-pusar: perahu ~ dihempaskan ombak; ia dipukul pd kepalanya, ~ lalu rebah; 2. bergerak berkeliling: helikopter ~ di udara mengakap; berjalan itu bukannya menurut jalan besar, ~ kampung dan sawah padi; memusing memutar: ~ skru; ~ jarum jam; memusingkan 1. menjadikan berpusing, me­mutar: apabila roda kanan dipusingkan, roda kiri pun berpusing juga; ~ undang-undang memutarbalikkan maksud undang­-undang; ~ wang (modal) mengedarkan wang utk berniaga, memperniagakan; 2. = ~ kepala menyebabkan pusing (kepala), memeningkan kepala: semua pertanyaan itu tidak berjawab dan ini ~ kepalanya; ada beberapa hal yg ~ saya masa ini; 3. menghilangkan akal, mem­bingungkan, menyukarkan, menyusahkan: cara menghafal satu-satu spt pengajaran makna peribahasa dan maksud-maksud huruf penambahan sangat ~; 4. bersusah-susah memikirkan, turut memikirkan, me­ngendahkan, menghiraukan, mempedulikan: segala pesanan orang tuanya tidak dipusingkan; 5. mengalihkan hala, mengubah arah: ~ mukanya ke arah lain; ia terpaksa ~ badannya apabila hendak memandang ke arah lain; terpusing-pusing bergerak (hanyut, jatuh, terbang, dll) tidak tentu hala: beberapa hari mereka ~ jauh di tengah laut; pusingan 1. gerakan berpusing, edaran, kisaran, kitaran, putaran; piala ~ piala yg menjadi rebutan kejohanan (tiap-tiap tahun dll); ~ wang (Eko) gerakan berpusing wang dlm masyarakat; 2. (Geog) gerakan berpusing pd satu titik pusat: kelajuan ini sama dgn kederasan ~ bumi di atas paku alamnya; 3. bahagian permainan (pertandingan dll) yg tertentu waktunya, babak; perpusingan 1. perkisaran, perkitaran, perputaran; 2. perihal berpusing-pusing (perkara dll); pemusingan perbuatan memusingkan, pemutaran; pemusing 1. Id alat atau mesin yg menggunakan tenaga pusingan; 2. sesuatu yg digunakan utk memusing, alat pemutar (obeng dll); 3. ark orang yg bersifat putar belit.Kamus Dewan Edisi Keempat
diam I1 tidak bercakap (berbunyi, bersuara dll): Semua murid ~ apabila Guru Besar masuk ke bilik darjah. 2 tidak bergerak dan tidak berbuat apa-apa: Semasa kanak-kanak itu ~, eloklah kita ambil gambarnya. ~ membatu tidak bercakap-cakap; membisu. diam-diam 1 tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2 dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. berdiam, = ~ diri 1 tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): Dia ~ diri di balik tabir itu semasa polis mencarinya. 2 ki tidak berbuat apa-apa; tidak bertindak: Kita tidak harus ~ terhadap penghinaan itu. mendiamkan 1 membuat (menjadikan) diam: Dia ~ adiknya yg menangis itu dgn memberinya gula-gula. 2 menjadikan tidak bergerak: Dia ~ tangannya drpd menganyam tikar itu sebentar. 3 membiarkan saja; tidak mempedulikan: Didiamkannya saja perkara yg kecil-kecil itu. terdiam terhenti bercakap (bergerak, bersuara dll): Semuanya ~ apabila mendengar pekikan meminta tolong. pendiam orang yg tidak suka bercakap-cakap: Walaupun dia ~, dia bagus dlm pelajarannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
diam I1. tidak bercakap (berbunyi, bersuara dll): Semua murid ~ apabila Guru Besar masuk ke bilik darjah. 2. tidak bergerak dan tidak berbuat apa-apa: Semasa kanak-kanak itu ~, eloklah kita ambil gambarnya. ~ membatu tidak bercakap-cakap; membisu. diam-diam 1. tidak memberitahu sesiapa pun; dgn atau secara sulit: Dia berkahwin ~ saja. 2. dgn diam: Budak itu disuruh duduk ~ sementara ibunya memasak. berdiam, = ~ diri 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): Dia ~ diri di balik tabir itu semasa polis mencarinya. 2. ki tidak berbuat apa-apa; tidak bertindak: Kita tidak harus ~ terhadap penghinaan itu. mendiamkan 1. membuat (menjadikan) diam: Dia ~ adiknya yg menangis itu dgn memberinya gula-gula. 2. menjadikan tidak bergerak: Dia ~ tangannya drpd menganyam tikar itu sebentar. 3. membiarkan saja; tidak mempedulikan: Didiamkannya saja perkara yg kecil-kecil itu. terdiam terhenti bercakap (bergerak, bersuara dll): Semuanya ~ apabila mendengar pekikan meminta tolong. pendiam orang yg tidak suka bercakap-cakap: Walaupun dia ~, dia bagus dlm pelajarannya.Kamus Pelajar
buruk1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik: Zaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya; kalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong; 2. tidak baik, jahat: perangai yg ~; pendedahan yg menyingkap tujuan ~ mereka; 3. tidak menyenangkan, merosot: ekonomi yg semakin ~; ~ ambil salah terima, menganggap kurang baik; ~ hati jahat (hati); ~ laku tidak baik kelakuan; ~ makan lahap, rakus; ~ mulut kasar mulut; ~ perut a) banyak makan; b) mudah kena sakit; ~ pok Kl, Tr buruk sekali; ~ sangka salah sangka (terima); ~ siku a) sudah memberi sesuatu kpd orang tetapi mengambilnya balik; b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang; ~ muka, cermin dibelah prb kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kpd orang lain; ~ perahu ~ pangkalan prb tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja); ~ tak tahu akan hinanya prb tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; ~-~ (bak) embacang prb pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pd orang yg elok rupa sahaja; biar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati prb pakaian yg elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dgn budi bahasa yg halus; tiada ~ yg tiada elok prb orang yg berselisih itu akan berbaik juga; tiada elok yg tak ~ prb orang yg berbaik-baik itu akan berselisih juga; berburuk, berburuk-buruk bermusuhan, berselisihan; memburuk menjadi buruk (busuk dll): sekarang dia terpisah drpd golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;memburukkan 1. menjadikan buruk (busuk dll): hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu; 2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca: lekas sekali tuduhan datang ~ Ida; mereka telah menggunakan isu-isu yg berunsur negatif dgn tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;keburukan 1. kekurangan, kelemahan, kepincangan: berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar; 2. hal yg tidak baik (tentang orang atau sesuatu): ~ orang yg telah meninggal, terkubur dgn jasadnya; bercerita tentang ~ keluarga sendiri; pemburukan perihal memburukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
air I1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebing­nya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain; ~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll; ~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garam­nya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) per­mukaan air; b) rupa muka (yg membayang­kan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; ~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pan­kreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembah­yang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama berme­s­yua­rat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll); ~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucur­an atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadan­kan mengikut banyak sedikitnya pen­dapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi di­makan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih ba­rang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri per­gaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal di­­gunung­kan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyut­kan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat me­ma­dami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resam­nya sendiri); adakah dr telaga yg jernih me­ngalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendirian­nya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak mema­sukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb penga­jaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi mem­boros­kan wang itu); bagai minum ~ ber­cacing prb hal orang yg enggan disuruh me­nger­jakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditim­ba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ se­geluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb mencerita­kan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garamKamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas