Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ambil berat


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jangan ambil beratjangan pedulikan sangat;;Kamus Dewan Edisi Keempat
caknaTr ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.Kamus Dewan Edisi Keempat
memprihatinkan1. menimbulkan rasa meng­ambil berat, memberi perhatian; 2. menim­bulkan rasa sedih (kpd), menyedihkan: soal akhlak inilah yg ~ para pemimpin dr dulu hingga sekarang;Kamus Dewan Edisi Keempat
prihatin1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara: sbg jiran, kita ~ terhadap rusuhan rakyat menentang pemerintahan tentera di Bangkok; 2. Jw ber­dukacita atau kecewa yg amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yg amat sangat; 3. berusaha (berikhtiar) dgn bersungguh-sungguh utk mendapat se­suatu yg dicita-citakan; memprihatinkan 1. menimbulkan rasa meng­ambil berat, memberi perhatian; 2. menim­bulkan rasa sedih (kpd), menyedihkan: soal akhlak inilah yg ~ para pemimpin dr dulu hingga sekarang; keprihatinan 1. kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat pd seseorang atau sesuatu: ~ terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam; ~ negara-negara Islam terhadap Bosnia-Herzegovina; atas rasa ~ dan tuntutan memenuhi cita-cita bahasa, bangsa, dan negara; 2. perasaan sedih (dukacita) yg amat sangat: lalu diberikan berbagai-bagai alasan dan saranan dgn rasa ~ yg mendalam terhadap peranan yg sudah terabai.Kamus Dewan Edisi Keempat
ambil; jangan ~ berat jangan pedulikan sangat; tidak ~ pusing tidak peduli; ambil-mengambil, berambil-ambilan 1. saling mengambil, saling menerima; 2. = seambilan kahwin-mengahwini (antara dua keluarga, kaum, dll); mengambil 1. memegang (memungut, me­me­tik, dll) sesuatu serta menyimpannya atau membawa pergi dll, menerima dan menyim­pan sesuatu: dia ~ surat yg saya berikan itu dan menyimpannya di dlm laci; 2. meme­gang dan menarik dsb keluar (dr saku, beg, dll): ~ wang dr kocek; dia ~ sebentuk cincin dr kotak itu; 3. pergi ke sesuatu tempat dan kembali dgn membawa sesuatu atau seseorang yg dikehendaki (diperlukan dsb), mendapat­kan atau memperoleh (sesuatu yg diperlukan): ~ rotan di hutan; ~ air di perigi; dia ke hospital utk ~ ubat; pergi ke sekolah utk ~ anak; 4. memperoleh (membawa pergi dsb) sesuatu kepunyaan orang tanpa pengetahuan­nya atau dgn tidak mendapatkan kebenaran­nya: siapa agaknya yg telah ~ fail yg terletak di atas meja itu tadi? 5. menerima seseorang dlm sesuatu hubungan yg tertentu: dia sedia ~ Milah sbg isterinya; ~ Ahmad sbg rakan kongsi perniagaan; 6. menuliskan (keterang­an, penjelasan, dsb), mencatatkan: seorang pegawai polis sedang ~ keterangan drpd bebe­­rapa orang yg menyaksikan kejadian itu; 7. mengurangi: delapan diambil dua menjadi enam; 8. menerima (utk belajar, bekerja, dsb): syarikat itu akan ~ lebih ramai lagi pekerja bumiputera; 9. mempelajari, mengikuti: seseorang pelajar dikehendaki ~ sekurang-kurangnya empat mata pelajaran; 10. menerima atau meniru (unsur kebudayaan asing dll): kalau mereka berbahasa Melayu, mungkin juga mereka akan ~ cara hidup Melayu; 11. menggunakan atau memenuhi (ruang, tempat, masa, dll): kisah perbicaraan itu ~ ruang melebihi dua halaman; ~ akan saudara menganggap spt saudara; ~ anak a) memungut anak, mengambil utk dijadikan anak; b) (Sumatera) peraturan per­kahwinan dgn si isteri tidak perlu keluar dr rumah orang tuanya; ~ angin menghirup hawa yg baik; ~ bahagian turut serta, menyertai; ~ bena peduli, mengambil endah; ~ berat memberikan perhatian (minat, layanan) yg istimewa (kpd atau terhadap sesuatu atau seseorang); ~ berkat mengambil tuah atau pengaruh baik (drpd orang tua, orang suci, dll); ~ contoh = ~ ibarat a) memberi sbg umpama; b) mencontohi; ~ di hati = ~ ke hati memasukkan di hati; ~ gambar membuat (menghasilkan) gambar dgn menggunakan kamera; ~ haluan menentukan haluan, mengarah; ~ hati a) memikat hati; b) berasa tersinggung, berasa kecil hati; ~ ingatan me­masukkan ke dlm ingatan; ~ jalan mengikuti (menempuh) sesuatu jalan; ~ keputusan memutuskan, menentukan; ~ kesempatan = ~ peluang menggunakan kesempatan (dgn sebaik-baiknya); ~ kira mempertimbangkan, memperhitungkan; ~ langkah a) mulai hen­dak berjalan (berlari, melompat, dll); b) mulai bertindak; ~ masa menggunakan (memer­lukan, memakan) masa; ~ menantu men­jadikan menantu; ~ muka berbuat sesuatu dgn maksud supaya dipuji; ~ nyawa menyebabkan mati, mematikan; ~ oper Id menerima drpd orang lain (utk dipakai, diberi, dll); ~ panjang a) menjadikan urusan panjang; b) memaafkan kesalahan-kesalahan; ~ peduli = ~ pusing mempedulikan, menghiraukan; ~ pekerja (kakitangan, pegawai) menerima atau men­dapatkan pekerja (kakitangan, pegawai) baru; ~ ringkas (simpan, singkat) meringkaskan, mengikhtisarkan; ~ semangat menarik se­mangat drpd badan orang (bkn bomoh dll); ~ sempena mengambil berkat (dr), di samping terdapatnya (berlakunya dsb) sesuatu yg baik; ~ senang menganggap senang (mudah) sahaja; ~ tahu mencari maklumat (khabar) ber­kenaan sesuatu, mengetahui; ~ tanah a) = ~ kota = ~ negeri merampas (tanah, kota, negeri); b) upacara dlm perayaan Hassan Husain; ~ teladan mencontohi, mengambil contoh; ~ tindakan mulai bertindak; ~ ujian a) menduduki sesuatu ujian (peperiksaan di sekolah, ujian memandu kereta, dll); b) Id memberi peperiksaan, memeriksa (guru dll); ~ untung memperoleh (mendapatkan) ke­untungan drpd sesuatu jualan; ~ upah mengerjakan (melakukan) sesuatu utk orang lain dgn atau utk mendapat upah; mengambilkan mengambil utk: ia ~ anak-nya buah-buahan; ambilan yg diambil, sesuatu (hasil) yg diambil: temasya Safar ialah ~ drpd adat Hindu; salah ~ salah sangka; pengambilan 1. perbuatan (usaha, cara, dsb) mengambil, pemungutan, pengutipan: kita terpaksa menambah ~ orang-orang baru; 2. pendapat, pengetahuan; sepanjang ~ saya sepanjang pengetahuan saya; pengambil orang yg mengambil; ~ baha­gian orang yg mengambil bahagian, peserta.Kamus Dewan Edisi Keempat
rial1. = ~ batu sl sj mata wang: baginda bertitah menyuruh ambil tiga ~ batu di­berikan kpd tok mudim; 2. wang: maka oleh Bendahara apabila Tun Biajid bersalam, di­suruhnya ikut pd seorang hambanya iring jauh-jauh membawa ~; 3. ukuran berat yg besarnya tahil (kira-kira 20 gram): emas tiga ~; 4. Kl ringgit; 5. unit mata wang utama Iran dan Oman; bak kambing rega se~ prb perihal orang yg tidak senonoh kelakuannya (tidak tentu ke­dudukannya, bercakap ke sana sini dgn cakap yg tidak ada ertinya); jikalau tiada ~ di pinggang, saudara yg rapat menjadi reng­gang prb jikalau sudah miskin, orang pun tidak menyukai kita lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
ambil; mengambil 1 memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2 menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak: Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3 memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4 mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5 menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. ~ anak menerima dan membela anak orang sbg anak sendiri. ~ angin keluar bersiar-siar utk menyedut udara nyaman. ~ bahagian turut menyertai sesuatu perkara. ~ berat memberi perhatian dgn sunguh-sungguh; mempedulikan. ~ gambar membuat gambar dgn kamera. ~ hati memikat hati. ~ ingatan membuat sbg peringatan. ~ keputusan membuat keputusan. ~ kesempatan (peluang) menggunakan sesuatu kesempatan atau peluang. ~ langkah a. mula melangkah (berjalan). b. mula bertindak. ~ peperiksaan (ujian) menyertai sesuatu peperiksaan atau ujian. mengambilkan mengambil utk: Ia ~ anaknya makanan yg tersimpan di dlm almari itu. ambilan yg diambil. pengambilan perbuatan atau hal mengambil. pengambil orang atau pihak yg mengambil.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ambil;mengambil 1. memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya; memungut sesuatu yg ada di bawah: Ia membongkok lalu ~ buku yg di atas lantai itu. 2. menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak): Kalau aku tidak silap, adikmulah yg ~ topi kamu tadi. 3. memerlukan; memakan: Kerja itu akan ~ masa dua bulan. 4. mendapatkan sesuatu (spt sukatan, bacaan dll) dgn menyukat atau dgn mengukur: Ketika aku terlantar di rumah sakit dahulu, jururawat datang ~ suhu badanku dua kali sehari. 5. menerima orang utk bekerja dsb: Firma tsb akan ~ beberapa orang pekerja baru pd tahun hadapan. ~ anak menerima dan membela anak orang sbg anak sendiri. ~ angin keluar bersiar-siar utk menyedut udara nyaman. ~ bahagian turut menyertai sesuatu perkara. ~ berat memberi perhatian dgn sungguh-sungguh; mempedulikan. ~ gambar membuat gambar dgn kamera. ~ hati memikat hati. ~ ingatan membuat sbg peringatan. ~ keputusan membuat keputusan. ~ kesempatan (peluang) menggunakan sesuatu kesempatan atau peluang. ~ langkah a. mula melangkah (berjalan). b. mula bertindak. ~ peperiksaan (ujian) menyertai sesuatu peperiksaan atau ujian. mengambilkan mengambil utk: Ia ~ anaknya makanan yg tersimpan di dalam almari itu. pengambilan perbuatan atau hal mengambil.Kamus Pelajar
dingin1. tidak panas (hangat), sejuk: hari masih pagi, cuaca belum begitu terang dan hawa ~ sekali; 2. ki tidak meriah (sambutan keramaian dsb): sambutan perayaan Hari Kebangsaan pd tahun ini agak ~ jika di­bandingkan dgn tahun yg sudah-sudah; 3. ki tidak mengambil berat (bkn layanan), tidak mesra (bkn perhubungan dsb), sepi: sejak akhir-akhir ini, Jamaludin bersikap ~ ter­hadapnya; hubungan ~ hubungan (antara orang, negara, dll) yg tidak erat dan mesra; 4. ki basi (bkn berita, cerita, dsb), kasip; 5. menghilang (bkn kemarahan), reda; perang ~ perselisihan dgn tidak menggunakan ke­kerasan senjata; ~ hati tidak riang (berminat, bersemangat, dll); ~ kepala berfikiran tenang dan waras; ~-~ panas sekejap dingin sekejap panas; ~ tangan selalu berhasil membuat pekerjaan (spt bertanam, mengubat, dll); nasi tak ~ ping­gan tak retak prb perihal cermatnya me­lakukan sesuatu; mendingin 1. menjadi (terasa) dingin: apa­bila hari berlanjut malam, hawa turut pula ~; 2. Mn tidak berapa sihat, kurang sihat; tidak menghangat ~ prb tidak ambil peduli; mendingini 1. = mendinginkan men­jadi­kan dingin: terasa olehku air matanya ~ pipiku; 2. ark berubat (utk menyihatkan badan); mendinginkan 1. menjadikan (membuat supaya) dingin: klorin juga boleh menjadi cecair jika dipadatkan dan didinginkan; 2. ki menyejukkan, menenangkan (kemarahan, fikiran, dll): dia hendak ~ otak serta mem­perlihatkan dia orang yg terpandang dan terhormat; kedinginan 1. kesejukan, kena sejuk: dia meraba-raba mencari selimut utk me­lin­dungi diri drpd ~; 2. keadaan yg dingin: mereka menyalakan tungku pemanas bilik utk mengimbangi ~ yg bermaharajalela itu; pendinginan perihal atau perbuatan men­dinginkan; pendingin 1. alat (perkakas, bahan, dsb) utk mendinginkan: air batu kering sangat-sangat berguna sbg ~ kerana tidak me­ning­gal­kan cecair; ~ udara alat utk men­dingin­kan udara; lemari ~ Id peti ais (air batu); 2. ki lekas marah, pemarah: Mariam merasai seleranya telah berubah, perutnya kerap kali mulas, dia pemalas, ~ dan bangunnya ter­lambat dr biasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
salah I1. tidak benar, tidak betul: dia boleh membezakan antara yg ~ dan yg benar; jawab-an kamu ~; 2. tidak tepat (sasaran, maksud, dll), tidak kena: kakinya terkehel kerana ~ menendang bola; 3. tidak baik, tidak layak, tidak patut, cacat, cela: Kolonel Farquhar itu pergi ke Siak meminta tempat hendak membuat negeri di Tanjung Jati, akan tetapi ~nya di sana apabila musim utara terlalu amat besar ombaknya; ~ sedikit baginda tidak berputera sayang sedikit baginda tidak berputera; 4. perbuatan yg menyalahi hukum (aturan dll), perbuatan yg tidak patut (layak): itu ~nya sendiri; 5. = bersalah berbuat se-suatu yg menyalahi hukum (aturan dll), berbuat sesuatu yg tidak patut (tidak layak): lain yg ~, lain yg diseksa; dia didapati ~ kerana bersubahat dgn musuh-musuh negara; ~ adat tidak mengikut adat, melanggar adat; ~ agak = ~ duga = ~ kira = ~ sangka tidak betul telahannya; ~ ambil silap mengambil; ~ ambilan silap mengerti; ~ anggapan keliru; ~ angkuh Mn tidak patut pd pandangan orang; ~ asuhan tidak elok didikannya; ~ (sesat) air salah didikan (sukar utk diajar); ~ bantal berasa sakit pd tengkuk atau leher selepas bangun drpd tidur; ~ bawa tidak betul caranya mengamalkan sesuatu ajaran dsb; ~ bebal salah dan bebal, kesilapan dan kekeliruan kerana kebodohan; ~ benang Mn a) silap menenun sesuatu; b) sakit (badan); ~ besar kesilapan yg sangat besar; ~ cakap kesilapan ketika bercakap (menyebabkan orang lain sakit hati dll); ~ cerna sakit kerana tidak hadamnya makanan; ~ cetak kesilapan (yg dilakukan) pd waktu mencetak, ralat; ~ dengar tidak mendengar mesej, berita dsb dgn betul; ~ dorong terlanjur perbuatan; ~ duga silap menduga; ~ eja(an) silap mengeja; ~ faham tidak mengerti hal yg sebenarnya (silap mengerti); ~ gamak salah agak; ~ hati susah (sakit, men-dongkol, dll) hati; ~ jalan tersesat; ~ kain ter-selak kain (sehingga mendedahkan kemaluan atau pangkal paha); ~ kata tidak betul perkata-annya; ~ kena tidak kena pd tempatnya; ~ kira salah sangka, marah kerana salah mengerti; ~ laku kelakuan yg dianggap tidak bermoral atau tidak beretika: masalah ~ laku di kalangan pelajar yg merokok, menagih dadah, mencuri dan bergaduh; politik wang merupakan suatu kegiatan ~ yg serius yg boleh merosakkan perjuangan parti; ~ langkah a) silap melangkah; b) mendapat bencana dlm perjalanan kerana sial, sial; c) silap (tidak dgn sepatutnya) memulakan se-suatu; d) buruk perbuatan (maksud); ~ lihat = ~ mata = ~ pandang a) keliru pelihatan; b) melihat dgn maksud buruk; ~ mengerti salah tafsir; ~ mulut terlajak kata, terlepas cakap; ~ orang a) bukan orang yg dimaksudkan (kerana silap pandangan dll); b) bukan orang yg dapat dipermain-mainkan orang lain; ~ paduk tidak sepadan (pasangan suami isteri dll); ~ pakai silap memakai; ~ pandang menyangka orang yg dilihat sbg orang yg dikenali (sebenarnya tidak demikian); ~ periksa a) silap memeriksa; b) berbuat sesuatu yg tidak layak; ~ piantan bukan waktunya; ~ pilih tersilap memilih; ~ raba a) tersilap meraba; b) tuduhan (dakwaan) yg tidak tepat; ~ rasa a) perasaan yg tidak menyenangkan (buruk), berfirasat buruk; b) tidak senang hati; c) tidak tepat sangkaannya; ~ rupa (roman) Mn tidak layak pd pandangan orang; ~ sedikit a) berbeza sedikit; b) = ~nya sedikit sayang sedikit; ~ sangka tidak tepat sangkaannya, menyangka yg tidak benar; ~ semat salah faham; ~ sendi tergeliat, terseliuh; ~-silih bermacam-macam kesilapan; ~ tampa salah faham; ~ tanggap salah mengerti, salah memahami (sesuatu); ~ tangkap a) silap menangkap sesuatu atau seseorang; b) salah faham, salah mengerti; ~ tebak = ~ teka tidak benar telahan; ~ terima a) salah faham, salah mengerti; b) berasa marah kpd; ~ timbang a) silap menimbang; b) berat sebelah (men-jatuhkan hukuman dll); ~ tingkah tidak senonoh (tingkah laku), kurang sopan; ~ tubruk bp salah pegang; ~ urat terseliuh, tergeliat; ~ wisel Id, bp salah faham; ~ bunuh memberi balas, ~ cencang memberi pampas = ~ cencang memberi pampas, ~ bunuh membangun = ~ cotok berkudung paruh, ~ telan belah perut prb kesalahan mestilah dihukum menurut kadarnya (menurut adat yg telah ditetapkan); ~ makan memun-tahkan, ~ tarik mengembalikan, ~ langkah surut kembali prb kesilapan dlm sesuatu pekerjaan hendaklah dibaiki segera; jika ~ sebatang dicabut, ~ serumpun dibongkar, ~ separak dirambah prb hukuman haruslah dijatuhkan setimpal dgn kesalahan; berani kerana benar, takut kerana ~ prb bertindak kerana berada pd pihak yg benar; salah-salah 1. walaupun (sungguhpun, meskipun) salah: ~ dibebaskan juga; 2. jika tidak bernasib baik, jangan-jangan: ~ bersikap, takut akan tertuduh pula; bersalah 1. melakukan sesuatu yg salah (spt melanggar hukum dsb): jika aku yg ~, aku minta ampun; mereka menjatuhkan hukuman bunuh ke atas orang yg ~; 2. ada salahnya, mempunyai salah: sesiapa yg ~ lima, tidak akan lulus; bersalahan 1. berbeza drpd, berlainan: tempat itu sungguh baik, tiada ~ spt berita orang itu; 2. = bersalah-salahan ber­tentangan, tidak sesuai, tidak bersefahaman, berbantah: jangan kamu beri bercerai dan ~ ia dua bersaudara ini; menghukum sese-orang tanpa bukti yg nyata adalah ~ dgn hukum Allah; 3. Mn kurang sihat (badan); kebersalahan perihal (rasa, sikap dsb) ber-salah: kadang-kadang dlm penyaringan ini semacam terjadi ~; menyalah 1. menyimpang (halanya), menye-leweng; 2. tidak mengikut peraturan (undang-undang dll); 3. mengelak (tikaman dll), menangkis: Raja Ngah pun me­mejamkan matanya lalu menerkam, disalah oleh Bedurai; 4. Mn kurang sihat (badan); menyalahi 1. tidak mematuhi peraturan (undang-undang dsb), bersalahan dgn: adinda tiada mahu menyerangi tempat orang, ~ adat; unsur-unsur luar ini telah banyak ~ hukum morfologi; 2. tidak menyetujui, mem-bantah, menentang: Pateh itu orang besar, siapa dapat akan ~ katanya; 3. tidak mene-pati (janji dll); menyalahkan 1. menganggap salah: aku tidak mahu ~ sesiapa, baik pun engkau; 2. menangkis (tikaman, pukulan, dll), meng-elakkan: ia pun melompat ~ tikaman orang itu; 3. menyangkal (tuduhan dll), tidak mengakui; mempersalahkan menimpakan kesalahan kpd, menyatakan (seseorang dsb) bersalah: Kamallah yg harus dipersalahkan; tersalah 1. tidak sengaja membuat salah, tersilap: jikalau ada apa-apa yg ~ dan tersilap, saya pohonkan berbanyak maaf; menurutnya, penulis menggunakan kata-kata demikian kerana mereka ~ tafsir erti penggunaan bahasa dlm sastera; 2. tidak tepat; 3. tertuduh (melakukan kesalahan dll), disalahkan; ketersalahan perihal (atau keadaan) ter-salah: ~ ini akan membunuh seluruh generasi akan datang; kesalahan 1. perihal salah (perbuatan salah, kesilapan): lebih baik saudara mengaku sahaja ~ yg telah dilakukan itu; 2. di­persalahkan, dianggap salah, mendapat salah; pesalah orang yg didapati bersalah (kerana melanggar hukum dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas