| kaji | 1 pelajaran ttg agama. 2 cabang ilmu pengetahuan. ~ bintang ilmu ttg hal angkasa (keadaan atau pergerakan bintang, planet dsb); ilmu falak. ~ bumi ilmu ttg sejarah bumi (susunannya, pembentukannya dll) sebagaimana yg dpt dilihat pd kerak bumi, batu-batan dll. ~ cuaca ilmu ttg pergerakan dan perubahan udara terutama utk meramalkan cuaca. ~ daya a. ilmu ttg pergerakan dan tindakan daya pd benda-benda. b. ilmu ttg jentera: ~ daya kuasa ilmu ttg jentera (mesin) yg mengeluarkan daya sawat. ~ haiwan ilmu ttg binatang atau haiwan dan kehidupannya. ~ hayat ilmu ttg hidup-hidupan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan). ~ kuman ilmu ttg kuman dan hubungannya dgn perubatan, industri dan pertanian. ~ penyakit ilmu ttg jenis, akibat dan sebab berlakunya penyakit. ~ purba kajian ttg benda atau tinggalan purba, terutamanya dr zaman prasejarah. ~ teknik ilmu ttg pengetahuan industri; teknologi. mengaji 1 membaca Quran: Budak itu sudah khatam ~. 2 belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. mengkaji menyelidik dan memeriksa sesuatu dgn teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. mengajikan membaca Quran utk orang yg telah mati. terkaji dpt diselidik atau disiasat. kajian hasil drpd mengkaji sesuatu. ~ kes kajian ttg sesuatu isu, institusi, orang dsb berdasarkan data atau maklumat terperinci yg dikumpulkan dlm masa tertentu. pengajian 1 perbuatan atau hal mengaji. 2 cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. ~ jarak jauh sistem pembelajaran secara sambilan yg ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi, yg menekankan pembelajaran secara sendiri di samping penggunaan bahan bantuan pembelajaran spt pita rakaman, sesi tutorial dan sidang video. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. pengkajian perbuatan atau hal mengkaji; penyelidikan. pengkaji orang yg mengkaji: ~ bahasa. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kaji | 1. pelajaran ttg agama. 2. cabang ilmu pengetahuan. ~ bintang ilmu ttg hal angkasa (keadaan atau pergerakan bintang, planet dsb); ilmu falak. ~ bumi ilmu ttg sejarah bumi (susunannya, pembentukannya dll) sebagaimana yg dpt dilihat pd kerak bumi, batu-batan dll. ~ cuaca ilmu ttg pergerakan dan perubahan udara terutama utk meramalkan cuaca. ~ daya a. ilmu ttg pergerakan dan tindakan daya pd benda-benda. b. ilmu ttg jentera: ~ daya kuasa ilmu ttg jentera (mesin) yg mengeluarkan daya sawat. ~ haiwan ilmu ttg binatang atau haiwan dan kehidupannya. ~ hayat ilmu ttg hidup-hidupan (tumbuh-tumbuhan dan haiwan). ~ kuman ilmu ttg kuman dan hubungannya dgn perubatan, industri dan pertanian. ~ penyakit ilmu ttg jenis, akibat dan sebab berlakunya penyakit. ~ teknik ilmu ttg pengetahuan industri; teknologi. mengaji 1. membaca Quran:Budak itu sudah khatam ~. 2. belajar; menuntut ilmu: Anak saya ~ di sekolah kampung. mengkaji menyelidik dan memeriksa sesuatu dengan teliti; mempelajari: Ahli kaji bintang ~ hal angkasa, bintang, dan planet. mengajikan membaca Quran utk orang yg telah mati. terkaji dpt diselidik atau disiasat. kajian hasil drpd mengkaji sesuatu. pengajian 1. perbuatan atau hal mengaji. 2. cabang ilmu pengetahuan; pelajaran; pengetahuan: ~ ttg hal kuman disebut kaji kuman. pusat ~ tinggi universiti; institusi pengajian yg sama tarafnya dgn universiti. pengkajian perbuatan atau hal mengkaji; penyelidikan. pengkaji orang yg mengkaji: bahasa. | Kamus Pelajar |
| nasi I | 1. beras yg telah ditanak atau dikukus: telah lazim baginya setiap pagi memakan ~; mencari ~ mencari rezeki; 2. isi jerawat yg berwarna putih; ~ adap-adap = ~ adap-adapan = ~ damai nasi (biasanya nasi kunyit berserta lauknya) yg disajikan kpd pengantin ketika bersanding; ~ angkatan nasi utk menjamu orang besar-besar; ~ ayam nasi yg dimasak dgn air rebusan ayam (biasanya berwarna kekuning-kuningan) yg dimakan bersama-sama dgn daging ayam, yg biasanya dihidangkan dgn kicap, sup dan sambal cili; ~ berdetus nasi setengah masak; ~ beriani nasi yg dimasak bersama-sama dgn daging atau ayam dan rempah; ~ besar nasi utk sesuatu upacara; ~ bungkus nasi yg dicampur dgn lauk-pauknya dan dijual dlm bungkus; ~ campur nasi yg lauknya dibubuh sekali dlm pinggan yg sama; ~ dagang nasi yg ditanak drpd beras lembut; ~ damai-damai a) nasi yg dimakan oleh pengantin laki-laki dan perempuan sbg tanda hidup mesra sesudah bersatu; b) nasi adap-adap; ~ datang = ~ lepat = ~ ketupat nasi yg dimasak dlm anyaman daun kelapa; ~ goreng nasi yg digoreng bersama perencahnya (spt udang, daging, sayur-sayuran, dsb); ~ hangit nasi yg hangit (kerana terlalu besar apinya); ~ himpit = ~ kapit nasi yg ditanak dgn air yg berlebihan dan kemudian dihimpit (dimakan dgn kuah sate dll); ~ kabuli nasi yg bercampur lauk-pauk dan rempah-rempah; ~ kerabu = ~ ulam nasi yg digaulkan dgn daun-daunan yg dihiris halus-halus; ~ kukus = ~ dandang nasi yg dikukus dlm dandang; ~ kunyit = ~ kuning pulut yg dikuningkan dgn kunyit; ~ lecek nasi yg dilecek-lecek (utk makanan bayi); ~ lemak nasi yg ditanak dgn santan; ~ lembik nasi yg ditanak dgn berlebihan airnya; ~ lengat = ~ tim Id nasi yg dikukus lembik; ~ mentah nasi yg tidak cukup masaknya; ~ minyak nasi yg dimasak dlm lemak atau minyak; ~ ramas Id nasi yg lengkap dgn lauk-pauknya; ~ ransum = ~ kawah nasi yg dimasak dlm kawah utk orang ramai; ~ rawan nasi yg bercampur dgn sayur dan lauk-pauknya; ~ sorok Kd nasi yg dimakan dahulu sebelum memakan nasi minyak (pd kenduri); ~ suap-suap nasi kunyit yg disuapkan oleh pengantin laki-laki kpd pengantin perempuan dan sebaliknya (ketika bersanding); ~ tambah a) nasi utk tambahan; b) ki tambahan kpd pendapatan yg tetap; ~ tangas = ~ kangkang nasi panas yg dikangkangi isteri diiringi dgn jampi serapah, dan diberi makan kpd suami dgn tujuan utk memperbodoh suami; ~ tomato nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihidangkan bersama-sama dgn ayam atau daging; ~ tumpang Kl nasi yg bercampur dgn lauk-pauknya dan dibungkus; ~ wajar nasi biasa sahaja (tidak dgn santan dll); ~ habis, budi bersama prb sahabat yg ketahuan buruk lakunya; ~ sama ditanak, kerak dimakan seorang prb perihal orang yg bersekutu tetapi keuntungan diambil seorang diri; ~ sudah menjadi bubur prb perbuatan yg sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi); ~ tak dingin pinggan tak retak prb orang yg cermat membuat pekerjaannya, walaupun banyak kerja tetapi jarang yg rosak; apa boleh buat, ~ sedap menjadi tawar prb seseorang itu apabila rosak hatinya akan berubahlah perangainya; biar ~ terbuang asal jangan periuk pecah prb biar anak mati asal ibunya selamat (ketika bersalin); buat ~ tambah prb penambah penghasilan yg telah ada; membuangkan ~nya yg tersaji di lutut prb seseorang yg meninggalkan kerja yg senang lalu mencari pekerjaan yg lebih susah; menantikan ~ (disajikan) di mulut prb perihal orang yg pemalas menantikan pemberian orang atau takdir Tuhan sahaja; bernasi ada (dimasak) nasi: hari ini tidak ~;~ di balik kerak prb belum habis semuanya tentang sesuatu perkara (masih ada lagi hal yg belum diperiksa); tidak ~ di balik kerak prb orang yg sombong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| batu | 1. bahan galian pepejal yg bukan logam (tidak terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dlm air); 2. sj permata (utk mata cincin dll); ~ kecubung sj permata yg berwarna ungu kebiru-biruan; 3. sj permata buatan (dipakai dlm jam dll): jam tangan 17 ~; 4. penjodoh bilangan bagi gigi: se~ gigi; 5. ukuran jarak: kampungku letaknya 10 ~ dr sini; 6. buah (dlm permainan catur): tidak dapat kami bermain catur lagi kerana beberapa ~ hilang; 7. Id bateri (lampu picit): lampu picit tiga ~; 8. ki keras: berhati ~; ~ air = ~ kali = ~ sungai batu yg terdapat di sungai-sungai; ~ ajuk batu (timah dll) pd tali kail utk pemberat; ~ alas tempat tiang rumah berdiri; ~ ali(-ali) anak ali-ali; ~ ambar sj batu yg terdapat di pantai (dibuat paip dll); ~ amzil batu canai (asuhan); ~ anggur asaman yg diambil drpd buah-buahan; ~ anting batu (timah dll) pd tali utk pemberat; ~ api a) batu pencetus api (pd pantik api dll); b) ki penghasut; ~ apung batu yg ringan dan tidak tenggelam dlm air; ~ arang = ~ bara arang yg diambil dr dlm tanah; ~ asah(an) batu utk mengasah perkakas (pisau dll); ~ asas a) batu dasar tempat mendirikan sesuatu (rumah dll); b) ki dasar; ~ badar batu hablur utk mata cincin; ~ bata bata; ~-batan a) berbagai-bagai jenis batu; b) batu karang; ~ belanda permata buatan; ~ berani = ~ semberani besi atau bijih besi yg mempunyai tenaga utk menarik besi lain; ~ bersurat = ~ bertulis batu yg berpahat dgn huruf-huruf tulisan kuno; ~ besi sj batu yg keras, granit; ~ bintang a) sj batu yg berasal drpd bintang gugur; b) sj batu yg mengandungi hablur; ~ canai gerinda; ~ dacing = ~ timbang timah (besi dll) pd dacing utk menimbang berat barang; ~ dapur = ~ tungku batu tempat meletakkan periuk sewaktu memasak; ~ duga batu (timah dll) utk menduga dalamnya laut; ~ geliga batu yg terdapat dlm tubuh binatang (ular, landak, dll) yg mempunyai khasiat utk menawar bisa dll; ~ giling batu tempat menggiling rempah dll; ~ hampar batu yg lebar dan rata; ~ hempedu ketulan keras spt batu yg terbentuk di dlm pundi hempedu sehingga boleh menyebabkan rasa sakit; ~ hidup batu yg mempunyai kekuatan ghaib; ~ jemala = ~ kepala kepala; ~ johor hablur; ~ kail batu timah; ~ kapur batu yg mengandungi kapur; ~ karang karang laut; ~ kawi mangan; ~ kerikil = ~ kelikir batu kecil-kecil; ~ ketapakan = ~ tapakan a) batu tumpuan; b) ki dasar; ~ kisaran batu khas utk mengisar tepung, rempah, dll; ~ koral = ~ kolar Jk batu karang (laut); ~ kulansing batu besi; ~ lada kerikil yg halus; ~ ladung batu ajuk; ~ lengan otot pd pangkal lengan; ~ lod (Geo) bijih besi yg mempunyai kuasa magnet; ~ loncatan a) batu yg digunakan sbg landasan melompat; b) ki orang atau tempat yg dipergunakan utk mencapai sesuatu; ~ luru alat tempa yg berupa batu sungai atau granit licin, digunakan utk melicinkan (menggilapkan) permukaan tempaan; ~ marmar batu kapur berhablur yg boleh digilap dan digunakan utk binaan dan ukiran; ~ merah tanah liat (batu) yg merah; ~ meroyan sj penyakit perempuan yg baru melahirkan anak; ~ nautika unit ukuran jarak di laut yg bersamaan dgn 1852 m (6080 kaki); ~ nisan batu di atas atau di satu hujung kubur, biasanya ditulis nama dan maklumat si mati; ~ pasir batuan yg terbentuk drpd pasir yg mampat, biasanya digunakan sbg bahan binaan dsb; ~ pejal batu besi; ~ pelinggam sj marmar; ~ penghalang halangan; ~ pualam marmar; ~ sarawak sj galian (bijih) yg mengandungi belerang dan antimoni; ~ sempadan batu utk menandakan sempadan; ~ sendi a) batu alas; b) ki dasar, asas; ~ seremban batu yg digunakan dlm permainan seremban; ~ tanda a) batu yg menunjukkan jarak di antara satu tempat ke satu tempat yg lain; b) peristiwa penting dlm sejarah, kehidupan, dll: peristiwa itu menjadi ~ tanda bermulanya sejarah perkembangan bahasa dan sastera Melayu di tanah air kita; ~ tara batu sempadan; ~ timbul batu apung; ~ tolak bara sl batu pemberat yg digunakan sbg pengimbang dlm perahu: maka oleh Semerluki, diambilnya suatu ~ tolak bara, dicampakkannya di Selat Ungaran; ~ tulis a) Id papan batu; b) batu bertulis, batu bersurat; ~ ubin batu yg dipakai utk lantai rumah; ~ ujian a) batu tempat menguji emas; b) percubaan, cabaran; ~ bulat tak bersanding = ~ hitam tak bersanding prb orang yg kelihatan lemah lembut tingkah lakunya dsb, tetapi sebenarnya keras hatinya (tidak takut menghadapi sesuatu); ~ direbus masakan empuk prb orang yg bodoh itu bagaimanapun tidak mungkin diajar; ~ jatuh ke lubuk prb hilang lenyap; ~ kecil berguling naik, ~ besar berguling turun prb orang yg hina menjadi mulia kerana harta dan orang yg berasal menjadi hina kerana tidak berharta; ~ pelesing prb orang yg kecil tetapi berhati keras; ~ pun empuk, jangan hati manusia prb perkataan yg lemah lembut boleh menawan hati; ~ yg keras air pelekuknya, hati yg keras lidah pelembutnya prb orang yg keras hati itu hanya dapat dipujuk dgn kata yg lemah lembut; ~ yg selalu bergolek dlm sungai itu tiada dihinggapi lumut prb orang yg selalu menambah pengetahuannya tidak dapat ditipu orang, atau orang yg tidak tetap mata pencariannya tidak akan kaya; berbunyi ~, berbunyilah dia prb orang yg tidak dapat berkata-kata (menjawab) kerana kedapatan kesalahannya; lempar ~ sembunyi tangan prb melakukan sesuatu (kejahatan dll) tetapi kemudian berdiam diri seolah-olah tidak tahu-menahu; mencampakkan ~ keluar prb menolong orang lain tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri; muncung penuh air, perut berisi ~ prb tidak dapat mengatakan sesuatu (bkn kesalahan orang) kerana telah terhutang budi; patah ~ hatinya prb habis seluruh kemahuannya (minatnya) utk meneruskan pekerjaan dll; tiada terkajang ~ di pulau prb tidak terlayan kehendak semua orang;berbatu dilitupi atau mempunyai batu: kereta itu melalui jalan yg ~ kerikil;berbatu-batu banyak batu jaraknya: mereka terpaksa berjalan ~ sebelum sampai di bandar;membatu 1. menjadi keras (spt batu): tanah sudah mulai keras ~ kerana lama kemarau;2. berdiam diri, tidak mahu bercakap: mereka bersikap ~ dan membisu; 3. melontari dgn batu: kedai si Ah Kau dibatu orang pd malam hari;membatui membubuh batu (di jalan, kubur, dll);membatukan; ~ diri mendiamkan diri, tidak mahu bercakap, membatu; batuan (Geo) gumpalan atau ketulan bahan galian, spt arang batu, batu kapur, granit, dll yg membentuk sebahagian drpd kerak bumi; ~ enapan batuan yg terbentuk drpd pengumpulan enapan yg dibawa oleh air, udara, dll;perbatuan jarak dlm batu yg dilalui oleh kenderaan bermotor dlm sesuatu tempoh masa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| keras I | 1. kuat dan padu serta tidak mudah pecah (patah, bengkok, dll) atau berubah bentuknya, tidak lembut (empuk, lunak): hanya tulang-tulangnya yg ~ sahaja masih tinggal tidak hancur; keluli lebih ~ drpd besi; daging ini sangat ~; pakaian ~ pakaian berkanji dan berseterika; 2. dgn giat atau bersungguh-sungguh, dgn sepenuh tenaga atau usaha, dgn sungguh-sungguh hati (meminta, mendesak, dsb): beberapa orang yg cekap dan sanggup bekerja ~ diperlukan; mereka meminta ~ supaya ia sendiri datang; 3. dgn tidak berganjak atau berubah sikap, teguh, kukuh, kuat: berpegang ~ kpd faham dan kepercayaan kuno; kemahuan yg ~; 4. tidak dgn sikap bertolak ansur (bkn bantahan, tentangan, dsb), tegas: ibunya membantah ~ niatnya hendak mengahwini gadis itu; 5. tidak secara sembarangan atau mahu tidak mahu, rapi (pemeriksaan, kawalan, dll), ketat, sungguh-sungguh: terlalu ~ pemeriksaannya sehingga tiap-tiap helai kain dan baju dikira; tempat itu dikawal ~ oleh askar-askar yg bersenjata; 6. berat akibatnya, tidak berdasarkan belas kasihan (bkn tindakan dsb), tegas, tidak berkira-kira: tindakan ~ akan diambil terhadap pegawai dan kakitangan yg curang; 7. dgn sesungguhnya (tanpa sebarang kelonggaran, kekecualian, dsb): dilarang ~ masuk tanpa urusan rasmi; penonton-penonton dilarang ~ merokok; 8. membahayakan dan mungkin membawa maut (bkn penyakit), teruk, berat: terburu-buru ia balik ke kampungnya kerana bapanya sakit ~; 9. kuat (tidak lemah), tidak mudah ditewaskan (dikuasai dsb), hebat: inilah tanda patik membunuh perajurit yg terlalu ~ itu; diberinya oleh raja Siam ketumbukan yg ~; terlalulah banyak orang mati dan sakit kerana gajah itu sangat ~ jembalangnya; 10. kencang, deras (angin dll), sangat lebat (hujan): angin pun bertiup terlalu ~; gajah kenaikan dibawa oleh Laksamana dgn ~nya; hujan amat ~nya; 11. nyaring, kuat (suara, bunyi, dll): kedengaran suara ~ pegawai askar itu memberi perintah kpd orang-orangnya; sesetengahnya tidur berdengkur dgn ~; 12. tidak lemah lembut atau sopan santun (bkn kata-kata), (boleh) menyinggung perasaan: oleh kerana marahnya itu dikeluarkannya kata-kata yg ~; 13. dapat memabukkan (bkn minuman spt bir, wain, wiski, dsb), terasa kesan tembakaunya apabila dihisap (bkn rokok atau cerutu), berat, sangat kuat kesannya (bkn ubat), terasa benar sama ada wangi atau busuk dsb (bkn bau), rangsang (bkn bau): kesihatannya merosot kerana kerap meminum minuman ~; rokok ini agak ~ bagi orang yg belum biasa merokok; terlalu ~ bau gas ini; 14. ketat (sumbat botol dll), tidak mudah dilentur (bkn spring dsb), tegang; 15. tidak baik kerana (kononnya) ada penunggunya, berpuaka, atau berhantu: tempat ini ~ kerana ada puaka; ~ batang leher berpegang teguh pd pendirian atau pendapat sendiri (tidak mahu mengalah) tegar hati, mengotot; ~ genjur keras sekali (bkn sikap, tabiat); ~ hati a) tidak mahu menurut kata orang, (sangat) degil; b) tidak mudah berasa kecewa (terus berusaha bersungguh-sungguh); ~ hidung menurut sesuka hati (sangat sempit fikirannya); ~ kaku = ~ kematu = ~ membatu sangat keras (tidak lunak); ~ kejur tidak dapat dilentukkan (dilenturkan), kejang, kaku; ~ kekung (kelengkung) Kl, Tr sangat keras (spt batu); ~ keng Kl, Tr keras kepala; ~ kepala tidak mahu mengalah atau menurut, degil, tegar; ~-~kerak tidak teguh dan tidak dapat diubah dgn pujukan dsb (bkn kemahuan, ketabahan, dsb seseorang); ~ lidah tidak dapat melafazkan kata-kata asing dgn mudah, susah hendak menyebut sesuatu (tidak pandai berkata-kata); ~-makas = ~-mangkas terlalu keras (bkn buah-buahan dll); ~ mulut a) tidak mahu dan tidak mudah kalah dlm perdebatan (kuat bertengkar); b) tidak mudah dikendalikan (kuda dll); ~ bagai batu, tinggi bagai langit prb tidak mahu menurut perintah orang atasan; ~ ditakik, lunak disudu prb Mn hendaklah diberikan segala perintah dgn bijaksana (dgn lemah lembut kpd yg menurut dan dgn memaksa kpd yg melawan); lunak tak tersudu, ~ tak tertakik prb perkataan orang yg bijaksana baik dgn lemah lembut atau dgn kasar tidak dapat disangkal (dianjak-anjak) kebenarannya; berkeras 1. tidak berganjak drpd pendirian (kemahuan dsb), tidak mahu mengalah (bertolak ansur), mengotot: kalau ia ~ tidak mahu menjual tanahnya kita tidak boleh buat apa-apa; ia ~ tidak mahu mengikut suaminya berpindah; 2. bertindak (bersikap) keras: kalau awak hendak berkasar dan ~ kelak keselamatan awak akan binasa; ~ batang leher keras batang leher; ~ hati keras hati; ~ hidung keras hidung; ~ kepala keras kepala; berkeras-kerasan sama-sama enggan berlemah lembut atau bertolak ansur (dlm pertengkaran, perkelahian, dll); bersikeras berkeras, mengotot; mengeras 1. menjadi keras (tidak lembut, tidak lemah lembut, dsb): lama-kelamaan kalsium karbonat yg di lapisan luar ~ dan membentuk batu kapur; sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap melembut dan ~; 2. tidak mahu bertolak ansur, berkeras; mengerasi 1. memaksa, menggagahi: maka dikerasi oleh tuanku Dato’ Batin Alam suruh ia memukat juga; 2. bertindak (bersikap) keras kpd, memperlakukan dgn keras (dgn menggunakan paksaan): Esah cukup berjaga-jaga agar tidak pula tertipu ataupun dikerasi oleh anak muda itu; keras-~ berkeraskerasan; mengeraskan 1. menjadikan keras (tidak lembik): ~ tanah liat menjadi periuk belanga, batu bata, dll; 2. ki menguatkan, menyaringkan (suara), memperhebat (tindakan, sikap, dsb), menggiatkan (usaha), memperteguh (azam, cita-cita, dsb): Cikgu Hashim bertanya dgn suara yg agak dikeraskan; ~ hati menabahkan (memberanikan) hati; 3. memaksa: ia ~ budak itu tinggal bersamanya; memperkeras menjadikan bertambah keras (kuat, teguh, giat, hebat, dll): perasaan malu umumnya diperkeras oleh sesuatu pendidikan atau adat; terkeras terkuat (bkn suara, bunyi), terkasar (bkn tindakan, sikap, dll): suaranya sekali ini agak ~ sedikit; kekerasan perihal (sifat dsb) keras (dlm berbagai-bagai erti spt kekuatan, kekasaran, keazaman, kegiatan, dll), paksaan (dlm sesuatu tindakan): dgn ~ sukar dicapai penyelesaian; kumpulan jahat yg bertujuan hendak menumbangkan kerajaan dgn ~ telah dapat ditumpaskan; pengerasan perihal mengeraskan atau mengerasi (tindakan keras, pemaksaan, dll); pengeras 1. jampi utk memperkuat diri atau utk menakutkan (memaksa, menundukkan) orang; 2. bayaran kpd pawang kerana berubat atau menuntut ilmu daripadanya; 3. alat utk mengeraskan atau menguatkan (suara dll); 4. sesuatu (spt jarum, duit syiling, dll) yg diberikan kpd tukang urut atau bomoh selepas berurut atau berubat dengannya (sbg imbalan); berpengeraskan menggunakan sesuatu sbg pengeras: dgn hanya ~ duit tujuh sen dan sebatang jarum tembaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |