| makan arwah | kenduri arwah (utk memperingati orang yg telah mati); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkenduri arwah | mengadakan kenduri arwah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyedar | = ~ arwah Mn kenduri mengingati arwah, kenduri pd bulan Syaaban; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berkenduri | mengadakan kenduri: kerabat Ramlah boleh jadi ~ di rumah mereka; ~ arwah mengadakan kenduri arwah; ~-kendara mengadakan berbagai-bagai jenis kenduri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| arwah | 1 roh atau jiwa orang yg telah meninggal. 2 Allahyarham; almarhum: ~ ayahnya telah berpesan supaya dia menyekolahkan adiknya hingga ke peringkat universiti. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| arwah | Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg digunakan apabila menyebut seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~ ayah-nya; ~ Pak Mat; mengarwahkan membaca doa (mengadakan kenduri) utk memperingati seseorang yg telah meninggal dunia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| arwah | 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal. 2. Allah yarham; almarhum: ~ ayahnya telah berpesan supaya dia menyekolahkan adiknya hingga ke peringkat universiti. | Kamus Pelajar |
| sedekah arwah | kenduri utk memperingati arwah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| menyedar arwah | Mn kenduri mengingati arwah, kenduri pd bulan Syaaban; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| kepala arwah | hidangan istimewa (utama) dlm kenduri arwah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |