| diri I | 1 orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2 badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| diri I | 1. orang seorang; empunya badan: Malang betul nasib ~ku ini, duit habis harta tak ada. 2. badan sendiri (bukan orang lain): membunuh ~; menyerah ~. memohon ~ meminta izin hendak keluar atau pulang. | Kamus Pelajar |
| congkak I | sombong, bongkak, pongah; ~-bongkak = ~-bongkah terlalu congkak, terlalu sombong; kerana ~ badan binasa prb a) kerana sombong, tidak mahu mengadu hal, badan sendiri mendapat celaka; b) kerana suka berjoli, diri sendiri jadi celaka; kecongkakan kesombongan, kebongkakan, kepongahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| diri I | 1. batang tubuh, orang seorang, empunya badan: apalah nasib ~ku ini merantau di tempat orang, pandai-pandai membawa ~; nama (peng)ganti ~ Id kata ganti (aku, engkau, dll); nama ~ nama khas (Ali, Busu, Perak, dll); 2. sendiri (bukan orang lain), badan sendiri: membunuh ~; menyerah ~; memohon ~ meminta izin hendak pulang atau beredar; 3. sl awak, kamu, engkau (semua): hai Dang Saji, Dang Merdu! Bermainlah ~ barang rupanya di hadapan Tun Tuah ini; kedirian ark peribadi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| swasta | dimiliki sendiri (bukan milik kerajaan atau pemerintah): badan ~ badan perniagaan dll yg dimiliki oleh seseorang atau oleh beberapa orang tertentu saja. menswastakan memindahkan hak milik sesuatu perkhidmatan (perusahaan dsb) kerajaan kpd pihak swasta; menjadikan sesuatu sbg swasta. penswastaan hal menswastakan sesuatu perkhidmatan (perusahaan dsb) kerajaan; hal menjadikan sesuatu sbg swasta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| awak | 1. badan, tubuh; ~ kapal a) badan kapal; b) anak buah kapal (perahu dll); ~ perahu anak buah perahu; 2. kata ganti diri kedua, engkau, kamu: apa kerja ~ sekarang?; ~ kalian kamu sekalian; 3. diri (sendiri); ~ sama ~ sesama sendiri, antara kita sendiri (tidak melibatkan orang luar); orang ~ Mn orang kita sendiri; perawakan bentuk tubuh, susuk badan, sikap badan: walaupun demikian baiknya ~ anak muda itu, tetapi hatinya tidak dapat menerimanya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| usaha | daya upaya (ikhtiar, kegiatan, per-buatan, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu: rajin dan ~ adalah tangga kejayaan; sebelum Marsden, belum ada ~-~ utk menerbitkan teks dr naskhah Melayu lama secara ilmiah; badan ~ badan yg melaksanakan sesuatu (usaha) utk memperoleh hasil; ~ bersama pekerjaan yg dilakukan bersama; ~ campuran usaha oleh beberapa pihak yg tergabung; ~ kerajinan tangan pekerjaan tangan (spt membuat tikar, mengukir, dll); ~ niaga usaha atau kegiatan perniagaan; ~ perladangan (perlombongan) pekerjaan perladangan (perlombongan); berusaha bekerja dgn giat utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan) sesuatu, berikhtiar, sedaya upaya (utk mencapai sesuatu), mengerjakan sesuatu usaha: mereka ~ dgn sungguh-sungguh utk mencapai matlamat mereka; kerajaan ~ utk menambah hasil pengeluaran getah; mengusahakan 1. melakukan (membuat) segala yg perlu (spt pekerjaan, kegiatan, ikhtiar, dll) utk mencapai (melaksanakan, menyempurnakan, dsb) sesuatu, mengerjakan sesuatu dgn sungguh-sungguh (supaya tercapai sesuatu), menyelenggarakan: dia sendiri ~ terbitnya sebuah edisi Sejarah Melayu atas perhitungan bahasa semata-mata; kemajuan dan kemakmuran di pulau itu mestilah diusahakan bersama oleh kedua-dua bangsa itu; 2. mencari jalan (daya usaha dll) utk menyampaikan maksud (memperoleh sesuatu dsb), mengikhtiarkan, mengupayakan: kita tidak lama lagi akan hidup spt orang baik-baik, aku sedang ~ wangnya; 3. = ~ dirinya bekerja (bergiat) dgn sungguh-sungguh (segenap tenaga), berusaha keras: dia terlalu sangat rajin ~ dirinya dlm pelajaran; 4. mengurus sesuatu (pertubuhan dll) supaya berjalan dgn baik, menyelenggarakan: jikalau perkara itu berkenaan dgn cukai maka Kementerian Kewanganlah yg akan ~nya; 5. menghasil-kan, membuat, mengarang (buku dll), menye-lenggarakan sehingga (selesai): terjemahan ini telah diusahakan oleh saya sendiri; perusahaan 1. pekerjaan (kegiatan dsb) secara besar-besaran utk membuat (meng-hasilkan, mengeluarkan) barang-barang, industri: ~ batik di Kelantan; ~ gula; 2. pekerjaan ber-niaga secara besar-besaran, pekerjaan yg dilaku-kan utk mencari keuntungan: oleh sebab kedai itu terlampau kecil, dia sekarang membuka ~ di gedung yg lebih besar; ~ berat perusahaan secara besar-besaran yg menghasilkan barang berat-berat spt bahan dasar utk perusahaan-perusahaan lain dll; ~ kecil perusahaan yg dikerjakan secara kecil-kecilan (tidak memerlukan modal atau alat kelengkapan yg banyak dsb); pengusahaan perihal mengusahakan, pengerja-an, penyelenggaraan: ~ tanah; pengusaha 1. orang yg mengusahakan se-suatu (perusahaan, kegiatan penghasilan, dsb): ~-~ barang-barang kecil akan dapat menjual barang-barang mereka dgn harga pasaran yg agak lumayan; 2. = pengurus (sekolah dll), pengelola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| ukur | 1. alat yg digunakan utk menyukat (utk mengetahui panjang, lebar, dsb sesuatu), sukat (dlm kata majmuk); ilmu ~ pengetahuan bkn sukat-menyukat tanah dll; pita ~ pita yg diguna-kan utk menyukat (utk mengetahui panjang, lebar, dsb sesuatu); 2. Mn layak, padan, patut; ~ alit sl aturan, tindakan; ~ jangka jangka waktu yg tertentu; ~ mata dgn telinga ki menurut apa yg didengar dan dilihat; ~ tanah menyukat tanah (utk menentukan atau menge-tahui panjangnya, luasnya, dsb); tukang ~ jalan ki orang yg kerjanya berjalan-jalan sahaja dgn tidak menentu; seukur 1. sama besarnya; 2. Mn secocok, sepadan; telah ~ a) sepadan dgn; b) sama dgn; c) sepatutnya, selayaknya; d) sefaham (dgn), seia sekata; ~ berbaur, bertopang bercerai prb jika sekata tentu bercampur (bersatu) dan jika berlainan pendapat (fikiran) tentu ber-cerai; mengukur 1. mencari luas (besar, lebar, dll) sesuatu dgn menggunakan alat-alat, me-nyukat: maka sebentar-sebentar diukurnya bayang-bayang itu; 2. ki menilai dgn mem-bandingkannya dgn yg lain, mencuba, menguji, memeriksa: dr jalan rayalah dapat dipandang gelagat lelaki dan dapat diukur perangai lelaki; mak tidak harus ~ segala-galanya drpd pandangan diri mak sahaja; ~ jalan ki berjalan mundar-mandir di jalan raya; ukur baju di badan sendiri prb tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dgn kebolehan kita; ukuran 1. alat yg digunakan utk mengukur (spt kayu skala, pita, dll); 2. satuan atau unit kiraan utk mengukur (menyukat), sukatan: berapa panjang jalan itu dlm ~ kilometer? 3. hasil drpd mengukur, perolehan drpd mengukur; 4. besarnya (panjangnya, lebar-nya, dll), saiz: kasut ~ besar; 5. ki sesuatu yg digunakan sbg bandingan (pegangan, nilaian, dll): sastera lama tidak boleh dan tidak dapat dinilai dgn ~-~ moden; pengukuran perihal (perbuatan, kerja, dsb) mengukur, penyukatan: ~ bagi agama-agama ini mestilah menggunakan kayu ukur yg sama; pengukur 1. orang yg kerjanya mengukur, juruukur, tukang sukat; 2. alat yg digunakan utk mengukur atau menyukat (spt kayu skala dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tubuh | 1. = ~ badan keseluruhan jasad manusia atau binatang yg kelihatan (terdiri drpd kepala, badan dan anggota): makanan yg banyak mengandungi zat perlu utk membina dan menjaga kesihatan ~; direbahkan ~nya; bekas ~ pakaian yg sudah dipakai; 2. badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota): peluru itu kena ~nya terus ke jantung; berpeluk (memeluk) ~; batang ~ a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); 3. = batang ~ diri (sendiri), peribadi; tuan ~ tuan sendiri (bukan wakil dll); 4. bahagian sesuatu yg terpenting, awak: ~ perahu; ~ kapal terbang; 5. ark = pertubuhan; 6. jisim, jasad benda; ~ halus roh, jiwa (lwn jasad); ~ kasar jasad; tolak tangan berayun kaki peluk ~ mengajar diri prb membuang kehidupan yg senang-lenang; setubuh 1. satu badan, sebadan; 2. ark se-cocok, sejodoh benar, seia sekata; 3. = persetubuhan seketiduran, jimak, sanggama; bersetubuh melakukan perhubungan jenis, berjimak, bersanggama, berseketiduran; menyetubuhi melakukan perhubungan jenis (hubungan seks) dgn, menjimak, meniduri; bertubuh bp berbadan sihat, gemuk, tambun: anak dia itu ~ benar; menubuhkan 1. mendirikan (persatuan dll), membentuk (jawatankuasa, badan, dll): beliau berazam hendak ~ sebuah Bank Rakyat pd tahun hadapan; 2. mewujudkan, mengadakan, menjelmakan, menyatukan (dgn): bagi keperluan mereka yg tidak mampu membeli buku saya mengesyorkan kerajaan ~ perpustakaan di kampung-kampung dan di pekan-pekan kecil; tertubuh sudah ditubuhkan (diwujudkan dll), terwujud, terbentuk: dgn ~nya Universiti Kebangsaan maka kesempatan utk mengecap pelajaran tinggi terbuka lebih luas kpd rakyat bumiputera; pertubuhan badan yg ditubuhkan utk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan: P~ Bangsa-Bangsa Bersatu badan antarabangsa yg bertujuan menegakkan keamanan dan keselamatan dunia; ~ bukan kerajaan badan atau pertubuhan sukarela yg bergiat dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsinya yg tertentu; ~ sukarela pertubuhan yg diwujudkan dgn kehendak atau kerelaan anggota-anggotanya utk berkhidmat kpd masyarakat (bukan kerana mata pencarian atau utk memperoleh keuntungan dsb); penubuhan perihal menubuhkan (syarikat, persatuan, dll): ~ syarikat ini memberi peluang kpd orang Melayu utk memiliki rumah sendiri melalui syarikat ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| swasta | dimiliki sendiri (bukan milik kerajaan atau pemerintah): badan ~ badan perniagaan dll yg dimiliki oleh seseorang atau oleh beberapa orang tertentu saja. | Kamus Pelajar |