Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
utama (adjektif)
1. Bersinonim dengan penting sekali: terpenting, kanan, mustahak, amat perlu,

2. Bersinonim dengan yang paling baik: amat baik, terbaik,

Kata Terbitan : mengutamakan, terutama, keutamaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
torso(Bio) bahagian utama tubuh manusia, tidak termasuk kaki, lengan, dan kepala.Kamus Dewan Edisi Keempat
sentrum/séntrum/ ist bahagian utama tulang belakang vertebrat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengunjurmenonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama; menganjur: Dr tepi, kelihatan binaan tambahan itu ~ dr rumah induk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
subbahagianbahagian kecil drpd sesuatu bahagian utama (induk) yg telah dibahagikan.Kamus Dewan Edisi Keempat
unjur II; mengunjur menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama; menganjur: Dr tepi, kelihatan binaan tambahan itu ~ dr rumah induk. mengunjurkan 1 mem­buat ramalan atau agakan ttg keadaan, keputusan, hasil dll yg akan datang berdasarkan fakta atau data yg sedia ada: Mereka ~ keuntungan sebanyak RM2/- juta bagi tahun depan. 2 melukis garis dsb yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan. unjuran 1 anggaran atau jangkaan ttg sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dsb) pd masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat ~ keuntungan yg lebih berbanding dgn ke­untungan pd tahun lalu. 2 lakaran bentuk sesuatu objek dll spt yg dpt dilihat dr arah tertentu. 3 sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengunjur1. duduk (berbaring) dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; 2. menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur: binaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~; dilihat dr arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yg ~ dr bumbung;Kamus Dewan Edisi Keempat
superstruktur1. struktur atau binaan yg dibina di atas bahagian utama sesuatu ba­ngunan; 2. (Layar) bahagian atas geladak utama kapal.Kamus Dewan Edisi Keempat
peningkat(ascender)Bahagian garis rupa huruf yang terunjur setingkat di atas bahagian utama huruf kecil, seperti huruf h, b, dan d.Kamus Komputer
unjur; mengunjur 1. duduk (berbaring) dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; 2. menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur: binaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~; dilihat dr arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yg ~ dr bumbung; mengunjurkan 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; terunjur terhulur kaki (sewaktu duduk), terlunjur kaki: duduk dgn kaki ~; unjuran 1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, bahagian tempat kaki meng-unjur (pd petiduran), tumpuan kaki: anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~ yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg sama panjang di kedua-dua hujung rumah; pengunjuran 1. perihal mengeluarkan atau memancarkan gambar dsb pd sesuatu per-mukaan: projektor menayangkan imej ke skrin secara ~; 2. peramalan (ramalan) tentang sesuatu perkembangan atau kemungkinan berdasarkan maklumat atau kajian tertentu: pengurusan terutamanya melibatkan peran-cangan, menetapkan objektif, membuat ramalan dan ~, menganalisis masalah, dan membuat keputusan; ® lunjur.Kamus Dewan Edisi Keempat
badan1 semua bahagian tubuh manusia atau binatang yg dpt dilihat: ~ orang itu besar serta gempal. 2 bahagian tubuh manusia atau binatang, tidak termasuk kepala, kaki ataupun tangan: ~nya lebih panjang drpd kakinya. 3 yg empunya tubuh; diri sendiri. 4 bahagian utama drpd sesuatu: ~ kereta; ~ kapal terbang. 5 sekumpulan orang yg bertanggungjawab melaksanakan sesuatu. ~ berkanun jabatan kerajaan yg dibentuk mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri. ~ kehakiman jabatan kerajaan yg bertanggungjawab dlm menentukan dan menangani masalah undang-undang. ~ kerajaan mana-mana jabatan kerajaan yg menjalankan kegiatan kerajaan sehari-hari. berbadan mempunyai badan. ~ dua hamil; mengandung. perbadanan jabatan kerajaan yg ditubuhkan mengikut akta tertentu dan mempunyai kuasa tersendiri; badan berkanun.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678

Kembali ke atas