| pemahaman bahasa tabii(natural language understanding) | 1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memahami bahasa tabii manusia dan dengan demikian membolehkan komputer berkomunikasi dengan manusia dalam bahasa tabii. 2. Proses memahami kandungan dan bentuk bahasa tabii amnusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLU. | Kamus Komputer |
| pemprosesan bahasa tabii(natural language processing) | 1. Subbidang penyelidikan kecerdasan buatan yang berkaitan dengan masalah membentuk perisian komputer yang dapat memproses bahasa tabii manusia. 2. Tindakan memproses bahasa tabii manusia dengan menggunakan komputer. Singkatan NLP. | Kamus Komputer |
| bahasa tabii | bahasa yg digunakan oleh manusia dlm keadaan semula jadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| orator | Peranti output komputer yang mempertuturkan output dalam bahasa tabii. | Kamus Komputer |
| NLU | Singkatan bagi natural language understanding. Lihat pemahaman bahasa tabii. | Kamus Komputer |
| ketaksaan(ambiguity) | 1. Kekeliruan dalam penentuan makna perkataan dalam sistem pemprosesan bahasa tabii. 2. Ketaktentuan dalam pemprosesan kerana terdapat lebih daripada satu tafsiran bagi data input. | Kamus Komputer |
| bahasa manusia(human language) | Lihat bahasa tabii. | Kamus Komputer |
| atur cara kamus(dictionary program) | Perisian yang bertanggungjawab mengelola kamus perkataan yang digunakan dalam perisian seperti penyemak ejaan, pemproses kata, penterjemah, dan antara muka bahasa tabii. | Kamus Komputer |
| tatabahasa(grammar) | 1. Hukum yang menyatakan bagaimana unsur dalam bahasa rekaan atau bahasa tabii perlu digabungkan untuk menjadi ayat yang bermakna. 2. Aturan yang menerangkan bagaimana pelbagai unsur dalam bahasa pengaturcaraan harus digunakan untuk membuat atur cara. | Kamus Komputer |
| bahasa pertanyaan(query language) | Bahasa komputer aras tinggi yang membolehkan pengguna membuat pertanyaan kepada sistem dalam bahasa tabii atau bahasa mudah tanpa mengetahui kod perintah atau kata kunci. | Kamus Komputer |