| menggiring | 1 menghalakan (menghalau dll) binatang ke sesuatu tempat: ~ lembu ke kandang. 2 membawa penjahat, orang salah dll ke sesuatu tempat: Mata-mata gelap telah ~ pemuda itu ke Balai Polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| giring I | ; menggiring 1 menghalakan (menghalau dll) binatang ke sesuatu tempat: ~ lembu ke kandang. 2 membawa penjahat, orang salah dll ke sesuatu tempat: Mata-mata gelap telah ~ pemuda itu ke Balai Polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| giring I | ; menggiring 1. menghalakan (menghalau dll) binatang ke sesuatu tempat: ~ lembu ke kandang. 2. membawa penjahat, orang salah dll ke sesuatu tempat: Mata-mata gelap telah ~ pemuda itu ke Balai Polis. | Kamus Pelajar |
| naga I | 1. sl makhluk rekaan berupa spt buaya atau ular tetapi bersayap dan berkuku cekam, boleh menghembuskan api dr mulutnya; 2. Jw ular besar penunggu mata angin; ~ antaboga a) sj binatang laut yg besar; b) ikan paus; ~ balun naga yg tinggal di gunung-gunung (dan membunuh mangsa dgn ekornya); ~ berapi naga yg menyemburkan api; ~ bura naga yg menyemburkan bisa; ~ gentala naga yg menyedut mangsanya (tidak dapat bergerak-gerak); ~ hari naga penunggu mata angin yg tiap-tiap hari berpindah; ~ jadi-jadian orang atau hantu yg menjelma menjadi naga; ~ seknik lukisan naga yg diberi berkepak (pd kain batik); ~ tahun naga penunggu mata angin yg berpindah tiap-tiap tahun; ~ umban sj naga besar yg diam di laut; naga-naga 1. naga tiruan (spt yg diperbuat drpd kertas dll); 2. ukiran kepala naga (biasanya dipasang di haluan perahu); 3. tempat yg tinggi (di balai penghadapan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sumbang I | 1. tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan, dll), melanggar adat, tidak sopan: dia telah melakukan sesuatu yg ~ pd mata dan pengertian masyarakat kampung; kalau kita tidak suka lagi mematuhi adat ini tidakkah kita dipandang ~ oleh orang ramai?; anak ~ anak luar nikah, anak haram; 2. salah atau silap (sesuatu perbuatan dll), keliru; langkah ~ tersilap langkahnya (dlm silat); tegak ~ terkeliru tegaknya (dlm silat); 3. tidak sedap didengar atau dilihat (bunyi-bunyian, perbuatan, kelakuan, dll), tidak seimbang atau tidak setara, janggal, palsu, sember; suara ~ a) suara yg tidak sedap didengar, sember; b) ki percakapan bermusuh-musuhan; ~ balai melintang berzina dgn orang yg tidak boleh dikahwini (pd agama atau adat); ~ kadim bermukah dgn keluarga yg rapat; ~ kelakuannya buruk lagi keji kelakuannya; ~ langkah a) = langkah ~ tersilap langkah (dlm silat); b) tersalah perbuatan atau gerak-geri, tidak senonoh (perbuatan); ~ mahram perlakuan zina yg berlaku antara dua orang anggota terdekat dlm sesebuah keluarga, mis antara abang dgn adik perempuan atau ayah dgn anak perempuannya; ~ melangsi lebih tinggi drpd yg seharusnya (nada suara); ~ pati sl bermukah dgn saudara sendiri; ~ salah melakukan zina; menyumbangkan; ~ langkah a) sengaja membuat langkah sumbang dlm silat (utk mengumpan lawan); b) melakukan sesuatu yg bertentangan dgn adat, melanggar adat; menyumbang-nyumbangkan memburuk-burukkan atau menghina-hinakan orang (dgn menuduhnya melakukan perbuatan sumbang): orang lain sudah biasa ~ Hanafi dgn nona pos itu; kesumbangan perihal sumbang (bkn perbuatan dll), keadaan dsb sumbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bersaing | 1. = bersaing-saing berjalan (ber-gerak, dll) beriring-iring, berjalan dgn arah yg sama: kedua-duanya pergi berdiri ~ di hadapan sebuah cermin besar; 2. turut serta (dlm pe-kerjaan dll), bersama-sama: berhentilah se-bentar, aku hendak ~ berjalan; 3. berdam-pingan: segeralah ia berangkat ke balai peng-hadapan, setelah tiba naik duduk bersaing-saing dgn baginda; 4. sejajar, selari: tiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| besar | 1. tidak kecil (ukurannya): bangunan parlimen ~ dan tinggi; kereta ~; bertubuh ~; 2. penting, berpengaruh, berkuasa (berjawatan dsb) tertinggi: di depan sekali tempat orang-orang ~; guru ~ guru yg tertinggi (ketua guru di sesebuah sekolah); kerani ~ kerani yg tertinggi (ketua kerani); markas ~ markas tertinggi; 3. dewasa: anak-anaknya sudah ~; 4. ukuran lebarnya, panjangnya, tingginya, luasnya, dll): ~ badannya dua kali badan saya; 5. banyak: projek ini menelan belanja yg ~; bergaji ~; 6. kuat serta luas kawasan pemerintahan atau jajahannya dan dihormati oleh negeri-negeri lain: raja yg ~ lagi adil; 7. mempunyai kegiatan perniagaan yg meluas dan hasil pengeluarannya tinggi (bkn syarikat, perusahaan, dsb): sebuah syarikat yg ~ di Malaysia; perusahaan yg ~; 8. menelan belanja yg banyak dan ramai bilangan jemputannya (bkn kenduri, majlis, sambutan, dsb): kenduri ~; 9. amat penting (bkn hajat, niat, tugas): mereka datang membawa hajat yg ~; 10. sukar diatasi: masalah ~ yg memeningkan kepala; ~ akal sl banyak akal, pandai; ~ cakap banyak berbicara, sombong, angkuh; ~ empat di balai keempat-empat pembesar di Perak dan Minangkabau; ~ hati a) bangga, gembira; b) bongkak, sombong; ~ kepala a) keras kepala, bengal; b) bongkak, sombong; ~ mulut banyak cakap, sombong; ~ panjang dewasa; ~ perut a) gelojoh, pelahap; b) hamil; ~ kayu ~ bahannya = ~ periuk ~ keraknya prb banyak penghasilan banyak pula belanjanya; ~ pasak drpd tiang prb lebih besar belanja drpd pendapatan; besar-besaran = secara ~ 1. dgn cara (upacara dsb) yg besar (bkn sambutan, majlis perkahwinan, dsb): perkahwinan diraja itu disambut secara ~; 2. dlm bilangan yg banyak: kemasukan orang asing secara ~; menternak ayam secara ~; 3. banyak dan luas pasarannya: berniaga secara ~; 4. meluas dan bersungguh-sungguh (bkn kempen, gerakan, dsb): kempen antidenggi dijalankan secara ~; berbesar; ~ hati berasa besar hati, berasa bangga (gembira); berbesar-besar menjadi-jadi, makin bertambah; berbesaran, berbesar-besaran secara besar-besaran; membesar 1. nampak besar: tiba-tiba saya terhenti, di dlm gelap itu suatu lembaga ~ di depan saya; 2. menjadi besar: tiap-tiap sel itu mengalami semua proses hidup spt makan, bernafas, dan ~; 3. berlagak spt orang besar, meyombong, bongkak; membesarkan 1. menjadikan besar, menyebabkan menjadi besar: lubang ini dapat dibesarkan dan dikecilkan; 2. memelihara (mengasuh) hingga menjadi besar (anak dll): ayahku dibesarkan di Melaka; 3. menganggap tinggi (penting dll); 4. meluaskan: ~ tanah jajahan; ~ jurang perbezaan antara miskin dan kaya; 5. menambah bilangan ahli (anggota dlm sesuatu pertubuhan, badan, pasukan, dsb): ~ pasukan tentera; 6. memandang tinggi (mulia) terhadap seseorang, memuliakan: ~ Nabi Muhammad SAW; ~ api menambah besar nyala api; ~ diri bercakap membangga-banggakan diri, meninggi diri; ~ hati menggalakkan hati, menggembirakan hati, membanggakan; ~ lampu menambah besar nyala lampu; ~ mata membelalakkan mata, membuka mata besar-besar; ~ modal menambah modal; ~ semangat memberanikan; membesar-besarkan menambah atau melebih-lebihkan sesuatu (spt kejayaan, kesusahan, cerita, dsb) drpd keadaan yg sebenarnya: ia ~ kekayaannya; ~ kesalahan orang; ~ perkara yg kecil;memperbesar menjadikan lebih besar, membesarkan lagi: rumah itu sudah besar, janganlah diperbesar lagi; terbesar 1. yg sangat (amat) besar, yg besar sekali; 2. tanpa disedari atau tidak sengaja dibuat lebih besar drpd yg dikehendaki atau yg sepatutnya: dia memotong baju itu ~ sedikit;kebesaran 1. perihal (sifat dll) besar, kemuliaan, kehormatan: surat itu dijemput Raja Pasai dgn sempurna ~ dan sempurna kemuliaan; pakaian ~ pakaian yg dipakai ketika istiadat besar-besar; payung ~ payung istiadat raja-raja; 2. Jk terlalu besar;pembesaran 1. perbuatan membesarkan (sesuatu): ~ tempat letak kereta; 2. perbuatan membesarkan (bilangan): ~ pasukan Bulan Sabit Merah; 3. perihal (proses) menjadi besar, proses membesar: ~ bahagian akar pokok; pembesar 1. orang yg berpangkat tinggi: baginda bertitah di hadapan ~ dan rakyat sekalian; 2. Id ketua daerah (pejabat dll); 3. alat utk membesarkan sesuatu; ~ suara alat penguat suara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| mandi I | 1. = bermandi mencuci (membasuh) tubuh dgn air: badan engkau kotor, pergilah ~ dahulu; 2. berenang-renang di laut utk bersuka-suka: banyak orang yg pergi ke Port Dickson utk ~ di laut; pakaian ~ baju atau seluar utk berenang; 3. ki dipenuhi (peluh dll), mempunyai melimpah-limpah (wang dll): badannya ~ peluh; baginda sentiasa ~ air mata; orang kampung pd masa itu ~ wang; ~ air perantan Sr sj upacara mandi beradat dlm istiadat perkahwinan; ~ angin a) sentiasa kena angin; b) menyembur dgn kuasa angin (air, cat, dll); ~ bakal (gubah, kubat) membasuh mayat yg baru sahaja meninggal; ~ balai mandi utk menghalau hantu; ~ basuh lantai upacara mandi 40 hari selepas bersalin; ~ bunga mandi dgn air yg dicampurkan dgn pelbagai jenis bunga dan dijampi, yg dipercayai dapat mengubati sesuatu penyakit atau dapat menolong anak dara yg sudah lanjut usia mendapat jodohnya; ~ bunting (wiladah) upacara mandi sewaktu hamil tujuh bulan; ~ damai = ~ suatu mempelai upacara mandi utk keduadua pengantin sesudah selesai nikah dan berdamai-damai; ~ darah a) berlumuran darah; b) pertumpahan darah (sewaktu berlaku perkelahian dll); ~ embun membiarkan diri kena embun; ~ haid mandi sesudah datang bulan (perempuan); ~ junub (janabat, hadas luas) mandi utk bersuci diri (selepas bersetubuh, haid, nifas dsb); ~ kerbau ki mandi dgn tidak membersihkan badan; ~ lenggang perut upacara mandi semasa hamil tujuh bulan, melenggang perut; ~ lulur rawatan tradisional utk membersihkan badan dan menghaluskan kulit dgn melumurkan lulur pd badan; ~-manda bermacam-macam cara (upacara) mandi; ~ mayat membasuh mayat dgn air; ~ nifas mandi selepas berhenti nifas; ~ ombak basah kena ombak; ~ pelimau sj upacara mandi utk kedua-dua pengantin sesudah bersanding; ~ peluh basah dgn peluh; ~ safar upacara mandi utk menolak bala (pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar tetapi sudah tidak diamalkan lagi kerana amalan ini bertentangan dgn hukum Islam); ~ sampat Pr, Ph upacara mandi utk kedua-dua mempelai pd hari ketiga sesudah nikah; ~ sudah membasuh mayat kali yg terakhir (ketika hendak dikafan); ~ tian upacara mandi sesudah hamil tujuh bulan; ~ wajib mandi utk bersuci drpd hadas besar; ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm kebuk atau bilik yg dipenuhi wap utk menyegarkan badan dsb; bagai ~ dlm cupak prb sesuatu (pertolongan dll) yg tidak mencukupi; alang-alang (mati-mati) ~ biar basah prb kalau membuat sesuatu biarlah sampai selesai, jangan berhenti separuh jalan; bermandikan penuh dgn; ~ cahaya penuh dgn cahaya (terang-benderang); ~ wang mempunyai wang yg banyak; memandikan 1. membersihkan tubuh sese-orang (sesuatu) dgn air, memberi mandi: Aminah sedang sibuk ~ anak-anaknya; 2. mencuci (mayat) dgn air: jika hamba mati, tuan ham-balah ~ hamba; 3. mencelupkan (menyelamkan sesuatu ke dlm barang cair); 4. ki banyak mendapat (menerima) sesuatu, mencurahkan (dlm erti ki): anak-anak ini mahu dimandikan dgn kasih sayang ibunya; di-mandikan dgn air segeluk prb diberi pertolongan (puji-pujian) yg tidak bererti; mempermandikan 1. sl memandikan (dgn); 2. Id menyiram dgn air suci (sewaktu memeluk agama Kristian), membaptiskan; permandian 1. tempat mandi; 2. Id upacara mempermandikan, pembaptisan; pemandi orang yg memandikan: yg makruh-nya, menyentuh tubuh badan si mati (mayat) oleh orang yg bukan ~nya kerana badan si mati itu adalah aurat kpd orang yg hidup. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| saing I | 1. kawan, sahabat, teman: Wahilah ~ baik saya; 2. bersama-sama (berjalan, ber-gerak, dll): angkat gelung yg ~ dgn gelung yg ditinggalkan dahulu; bersaing 1. = bersaing-saing berjalan (ber-gerak, dll) beriring-iring, berjalan dgn arah yg sama: kedua-duanya pergi berdiri ~ di hadapan sebuah cermin besar; 2. turut serta (dlm pe-kerjaan dll), bersama-sama: berhentilah se-bentar, aku hendak ~ berjalan; 3. berdam-pingan: segeralah ia berangkat ke balai peng-hadapan, setelah tiba naik duduk bersaing-saing dgn baginda; 4. sejajar, selari: tiap-tiap mata jahitan ~ serong tidak bertentangan; bersaingan bersamaan, bergandingan, ber-iringan: perindustrian dan pembangunan kampung hendaklah berjalan ~; menyaingi 1. mengiringi, menemani: kami sampai di lorong lain, ramai orang yg ~ kami; 2. mengikuti, menyertai: perubahan drpd pepejal kpd cecair dan gas disaingi oleh kesan-kesan haba yg penting. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cincin I | 1. sj perhiasan jari spt gelang yg biasanya dibuat drpd logam yg berharga (berpermata atau tidak); 2. benda berlingkar yg rupanya spt gelang kecil; ~ belah rotan cincin tidak berpermata yg bulat di luar dan datar di dalamnya; ~ berapi cincin yg permata besarnya diapit oleh dua permata kecil; ~ bindu cincin yg dibentuk di atas bindu; ~ bunga nyiur cincin yg berupa simpai; ~ cap cincin yg memakai cap (utk mengecap); ~ garam sebuku cincin satu permata; ~ ikat balai cincin yg memakai satu permata segi empat bujur; ~ kahwin cincin yg diberikan oleh suami kpd isteri pd hari perkahwinan; ~ kerajaan cincin diraja; ~ ketering cincin yg boleh dikeluarkan permatanya; ~ limas(an) cincin satu permata yg berbentuk piramid; ~ mata tiga cincin yg dihiasi tiga biji permata; ~ mohor cincin utk mengecap; ~ pelir itik = ~ pelitik = ~ pintal tiga cincin yg berbentuk rantai berlingkar; ~ pertunangan = ~ tanda cincin yg diberikan sbg tanda pertunangan; ~ tahui = ~ tanya cincin yg diberikan kpd ibu bapa gadis sewaktu hendak melamar; ~ tanam cincin yg tidak timbul permatanya; ~ tapak gajah cincin yg atasnya datar dan berbentuk segi lapan; ~ emas takkan tampan bermata kaca prb gadis yg elok dan hartawan takkan sejodoh dgn orang miskin dan hodoh; bagai si kudung mendapat ~ prb berasa terlalu gembira mendapat sesuatu yg tidak pernah diperoleh; spt ~ dgn permata prb sama padan, cocok benar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |