| bangun II | 1. bentuk, tokoh: ~ badannya sesuai dgn suaranya yg besar itu; 2. = bangun-bangun rupa, perawakan, sikap: ~nya baik; 3. susunan, susuk (sesuatu benda dll): mempelajari ~ permukaan bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bangun-bangun | rupa, perawakan, sikap: ~nya baik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| papah I | ; berpapah (berjalan atau bangun dgn) berpegang atau berpaut pd bahu orang dll: dia ~ bangun; memapah membantu orang bangun (berjalan) dgn memegang (menopang) tangannya: Sulong Muda ~ kekasihnya bangun; abang dan aku berjanji utk ~nya malam itu ke madrasah; papahan perihal memapah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memapah | membantu orang bangun (berjalan) dgn memegang (menopang) tangannya: Sulong Muda ~ kekasihnya bangun; abang dan aku berjanji utk ~nya malam itu ke madrasah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| tangis I | mencucurkan air mata dgn sedu-sedan utk melahirkan perasaan sedih (pilu dll): ~nya timbul dgn tiba-tiba; bertangisan, bertangis-tangisan saling melahirkan perasaan sedih (pilu dll) dgn mengeluarkan air mata dan sedu-sedan: mereka dapat mengenali satu sama lain dan bertangis-tangisanlah sebab sukacitanya; menangis melahirkan perasaan duka dll dgn mencucurkan air mata dan sedu-sedan dll: ia masih gementar ketakutan dan ~ sedan-sedan; ~ daun bangun-bangun hendak sama dgn hilir air prb perbuatan yg sia-sia hendak menyamai orang lain yg lebih daripadanya; dipujuk ia ~ ditendang ia tertawa prb orang yg baru bekerja dgn baik dan sempurna sesudah ia dimarahi; menangisi 1. menangis pd, menangis akan: apakah Halimah sudah tertidur atau masih ~ adiknya; 2. ki menyesali, bersedih hati kerana: ~ kehormatannya yg telah hilang; menangiskan 1. menangis kerana (tentang), menyayangkan, menyesalkan: janganlah tuanku, kiranya, tersangat ~ orang yg pergi ke hutan; 2. menyebabkan menangis, sengaja menangis: apa ditangiskan budak-budak itu? mempertangis menjadikan menangis (dgn memukul dll): sayang akan anak dipertangis, sayang akan bini ditinggalkan; tangisan apa yg ditangisi (diingini dll), tangis: dia tidur kini walaupun berapa kuat ~ isterinya; penangis (orang yg) mudah atau suka menangis: ~ benar budak itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bangun I | 1. bangkit (drpd duduk, tidur, dll): sekali jatuh, sekali ia ~; jatuh ~ ki kegagalan dan kejayaan seseorang (sesebuah negeri dsb); 2. jaga (drpd tidur), bangkit: pagi-pagi aku ~; 3. jaga (tidak tidur): ketika awak pulang saya masih ~; 4. siuman (drpd pengsan): setelah pengsan, ia tidak ~ lagi; 5. sedar, insaf (akan kedudukannya): pd masa ini, bangsa Afrika sudah mulai ~; 6. bangkit, muai (adunan): tepung ini tidak mahu ~; 7. menjadi cair (minyak yg beku): panaskan minyak ini supaya ~;membangun 1. bangun berdiri, bangkit, naik (awan dll): pelangi ~; 2. berkembang dan meningkat maju: negara-negara yg sedang ~;membanguni 1. sl bangun drpd tidur utk melakukan sesuatu tindakan; 2. Jk membangunkan (dr tidur);membangunkan 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari;terbangun terjaga drpd tidur dgn tiba-tiba (kerana terkejut, bising, dll): dia ~ apabila mendengar orang mengetuk-ngetuk pintu rumahnya;bangunan sesuatu yg dibangunkan (spt gedung, rumah, kedai, dll): ~ lama;kebangunan kebangkitan, keinsafan, kesedaran: ~ Tanah Melayu menghasilkan kemerdekaan;pembangunan 1. perihal membangun, proses membangun (mencapai kemajuan, perkembangan, perkembangan, dsb); 2. usaha atau kegiatan membangunkan (memajukan dan mengembangkan): ~ luar bandar; ~ sistem;pembangun orang yg membangunkan, pembina. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| membangunkan | 1. menyuruh seseorang yg sedang tidur supaya bangun, membangkitkan, menggerakkan, mengejutkan: setiap hari ibunya ~nya pd pukul enam pagi; 2. menyebabkan seseorang yg sedang tidur terjaga (kerana bising, diganggu, dsb), membangkitkan, mengejutkan: dentuman yg kuat itu ~nya drpd tidur; 3. membina, mendirikan, membuat: bendahara bermesyuarat hendak ~ kapal akan kenaikan raja; bandar itu dibangunkan di atas kawasan yg mengandungi bijih; mengutip derma utk ~ madrasah; 4. membuat supaya membangun (maju dan berkembang), membina, memajukan: ~ negara; ~ bangsa;5. membuat supaya wujud (timbul, datang) sesuatu perasaan: ~ minat; ~ hasrat utk berdikari; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bangun II | 1 bentuk atau potongan sesuatu (spt bulat, bujur): Meja makan yg itu bundar ~nya. 2 rupa paras; susuk tubuh: ~ tubuhnya tegap sasa. 3 kaedah atau cara susunan sesuatu; struktur: ~ muka bumi. membangun 1 bangkit; naik (ttg awan dsb): mega ~. 2 berkembang dan bertambah maju: negara-negara ~. membangunkan 1 membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2 mengusahakan supaya maju: ~ negara ialah tugas setiap rakyat. bangunan sesuatu (spt rumah) yg dibangunkan atau didirikan: Taj Mahal ialah ~ yg tercantik di dunia. pembangunan perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tegak | 1 bangkit atau bangun dr tempat duduk dsb; berdiri: Dia pun ~ dr kerusinya. 2 lurus ke atas (bkn sikap badan, tiang dll): Dia berdiri ~. tegak-tegak (berdiri dll) lurus-lurus: Mereka disuruh berdiri ~. menegak menjadi tegak (lurus ke atas): Anak pokok yg baru akan tumbuh ~ dr mata tunas. menegakkan 1 meletakkan supaya berdiri tegak (bkn tiang dsb); mendirikan: ~ tiang. 2 mendirikan (rumah, persatuan dsb); membangunkan; menubuhkan. 3 menyebabkan atau menjadikan tegak: Cerita yg seram itu ~ bulu roma. 4 mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh: Mereka berjuang utk ~ keadilan. ketegakan keadaan tegak. penegakan perbuatan, hal dsb menegak atau menegakkan. penegak sesuatu yg menegakkan atau yg mendirikan; sokong. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bangun II | 1. bentuk atau potongan sesuatu (spt bulat, bujur dsb): Meja makan yg itu bundar ~nya. 2. rupa paras; susuk tubuh: ~ tubuhnya tegap sasa. 3. kaedah atau cara susunan sesuatu; struktur: ~ muka bumi. membangun 1. bangkit; naik (ttg awan dsb): mega ~. 2. berkembang dan bertambah maju: negara-negara ~. membangunkan 1. membina atau membentuk sesuatu supaya tegak berdiri; mendirikan: ~ rumah. 2. mengusahakan supaya maju:~ negara adalah tugas setiap rakyat. bangunan sesuatu (spt rumah dsb) yg dibangunkan atau didirikan: Taj Mahal ialah ~ yg tercantik di dunia. pembangunan perbuatan, cara dsb membangunkan sesuatu: ~ luar bandar; ~ masjid itu telah memakan masa dua tahun. | Kamus Pelajar |