| kokak | bp buruk, lama, tidak berguna (dipakai) lagi: basikal ~nya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sorongan | 1. dorongan, tolakan: di satu selekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikalnya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pemberian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sorong | 1. = sorongan gerakan (bergeser) ke hadapan; kotak ~ (sorong-sorong, sorongan) laci meja; 2. tolak (ke hadapan), dorong: maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; air ~ buih air pasang turun; angin ~ buritan angin yg bertiup dr belakang perahu; kereta ~ kereta yg beroda dan ditolak dr belakang; 3. rasuah, sogok; kena ~ menerima rasuah; tahan jerat ~ kepala prb hendak mencelakakan orang, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; menyorong, menyorongkan 1. menolak (menolakkan) ke hadapan, mendorong: terdengar kerusi disorong tarik; maka disuruh baginda ~, tiada tersorong; ~ dayung menolak air dgn dayung, melais; 2. memberikan, mengunjukkan, menghulurkan: Wan Derus mengajak gurunya duduk sambil ~ tepak sirih; ~ tangan menghulurkan; 3. memberi rasuah, menyogok: segala saudagar itu ~, ada yg seratus, ada yg dua ratus; 4. mengajak, mempelawa, menganjurkan: ~ damai; 5. memberikan dgn paksa, memaksa-maksakan, menyodorkan; 6. bk menyetubuhi; 7. mulai (pasang atau surut): air telah mulai ~ pasang; tersorong 1. dapat disorong, terdorong, tertolak: maka disuruh baginda sorong, empat lima puluh orang tiada ~; 2. Mn terlanjur atau terlepas (kata dll); bajak sudah ~ ke bencah prb sudah tidak dapat ditarik kembali; tersorong-sorong tersua-sua, terdorong-dorong, tersodor-sodor (diri dll); hidung tak mancung pipi ~ prb a) suka ikut campur dlm urusan orang lain; b) suka menonjol-nonjolkan diri; sorongan 1. dorongan, tolakan: di satu selekoh, ia terpaksa melambatkan ~ basikalnya; 2. yg disorong (disorongkan); 3. pemberian, hadiah: pengemis itu menyambut ~ itu dgn penuh syukur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dayung | 1 kayu yg berdaun di hujung batangnya utk menggerakkan perahu (sampan dll): pengayuh: Perahu ini tidak dpt digunakan kerana tidak ada ~nya. 2 sirip pd dada ikan. 3 pengayuh basikal. berdayung 1 berperahu dgn menggunakan dayung; berkayuh: Mereka ~ menyeberangi sungai yg dalam itu. 2 merengkuh dayung utk menggerakkan sampan dll; berkayuh: Sesiapa yg cepat ~, dialah yg sampai dahulu. 3 naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4 memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal. mendayung 1 menggerakkan perahu (sampan dll) dgn dayung; mengayuh: Pemuda itu ~ perahunya ke seberang. 2 menggerakkan basikal dgn memutarkan pengayuhnya; mengayuh. mendayungkan mendayung utk: Tolong dayungkan saya ke seberang. pendayung 1 orang yg berdayung atau mendayung; anak dayung. 2 alat utk mendayung; pengayuh; dayung. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| tunggang II | ; kuda ~ kuda kenderaan; menunggang, menunggangi 1. menaiki dan duduk mengangkang di atas sesuatu (basikal, kuda, dll), mengenderai: kemudian dia ~ basikal lima batu menurun bukit; berderet-deret unta ditunggangi oleh orang-orang yg memakai pakaian yg luar biasa; 2. ki mempergunakan sesuatu (orang dll) utk mencapai maksud sendiri: janganlah membiarkan diri kita ditunggangi oleh perasaan dendam-mendendam yg tidak berkeputusan; tunggangan sesuatu yg ditunggangi: kuda ~; penunggangan perihal atau perbuatan me-nunggang (motosikal, kuda, basikal dsb): motosikal empat lejang dgn tempat duduk-nya yg rendah memang sesuai utk ~ yg selesa dan stabil; penunggang orang yg menunggang atau menunggangi sesuatu: askar ~ gajah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dayung | 1. kayu yg berdaun di hujung batangnya utk menggerakkan perahu (sampan dll): pengayuh: Perahu ini tidak dpt digunakan kerana tidak ada ~nya. 2. sirip pd dada ikan. 3. pengayuh basikal. berdayung 1. berperahu dgn menggunakan dayung; berkayuh: Mereka ~ menyeberangi sungai yg dalam itu. 2. merengkuh dayung utk menggerakkan sampan dll; berkayuh: Sesiapa yg cepat ~, dialah yg sampai dahulu. 3. naik basikal dgn memutarkan pengayuhnya. 4. memutarkan pengayuh utk menggerakkan basikal. mendayung 1. menggerakkan perahu (sampan dll) dgn dayung; mengayuh: Pemuda itu ~ perahunya ke seberang. 2. menggerakkan basikal dgn memutarkan pengayuhnya; mengayuh. mendayungkan mendayung utk: Tolong dayungkan saya ke seberang. pendayung 1. orang yg berdayung atau mendayung; anak dayung. 2. alat utk mendayung; pengayuh; dayung. | Kamus Pelajar |
| dayung | 1. sj alat yg berdaun pd hujung batangnya utk menggerakkan perahu (sampan dsb), pengayuh; anak ~ orang yg mengayuh (perahu); batang ~ tangkai dayung (bahagian dayung selain daunnya); daun ~ bahagian (papan) yg pipih pd hujung dayung; 2. ridip pd dada ikan; 3. Id pengayuh pd basikal (utk menggerakkannya); ~ batang dayung yg panjang batangnya; ~ burit dayung di bahagian belakang (perahu, sampan, dsb); ~ gebeng dayung yg daunnya sudah dipakukan pd hujung batangnya; ~ haluan dayung di bahagian hadapan (perahu, sampan, dsb); ~ kebas (kibas) dayung yg panjang dan lebar daunnya; ~-mayung berbagai-bagai jenis dayung; ~ merpati sekawan dayung yg daunnya berwarna putih; ~ peminggang dayung yg di bahagian pertengahan perahu (sampan dsb); ~ tudung belanga dayung yg bulat daunnya; sekali merengkuh ~, dua tiga pulau terlampau prb sekali membuat pekerjaan dua tiga maksud tercapai; berdayung 1. berperahu (berkapal, bersampan, dll) dgn menggunakan dayung, menggerakkan perahu dsb dgn menggunakan dayung, berkayuh: sesudah beberapa lama mati angin, kapal layar itu tidak bergerak dr tempatnya, sehingga anak buahnya terpaksa ~; 2. Id berkayuh basikal; mendayung 1. menggerakkan (perahu dsb) dgn menggunakan dayung, mengayuh (dgn dayung): sukan-sukan yg diadakan ialah lumba lari, ~ sampan, menembak, berenang, dll; 2. Id mengayuh basikal; mendayungkan 1. menggerakkan (perahu, sampan, dll) dgn dayung, mengayuhkan; 2. Id mengayuhkan basikal; pendayung 1. orang yg mendayung, anak dayung; 2. alat utk mendayung, pengayuh, dayung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pancit II | menjadi kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, pecah dsb (bkn tayar kereta, basikal dsb), bocor: tayar kiri keretanya ~; dia lewat sampai ke pejabat kerana tayar motosikalnya ~; memancitkan menyebabkan tayar, belon dsb kempis kerana keluar anginnya akibat tertusuk benda tajam, dibuka injapnya dsb, membocorkan: dia sudah berani ~ tayar kereta gurunya; pemancitan perbuatan memancitkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| telapakan | 1. tapak kaki, tapak tangan: dia meletakkan wang itu ke ~ tangannya; 2. Id lapisan yg tebal pd tayar basikal (kereta dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pengayuh | 1. = kayuh alat utk mengayuh (perahu dsb) yg berdaun satu, dayung; 2. = kayuh alat utk menggerakkan basikal atau beca, rakap, pedal, injak-injak; 3. orang yg mengayuh: dr jauh datang sebuah beca dgn ~nya yg lesu; apa digaduhkan, ~ sama di tangan, perahu sama di air prb a) jika kedua-dua sama hajatnya, haruslah diperjuangkan terus supaya tentu siapa yg mendapat; b) janganlah gentar melawan orang yg setara dgn kita kerana nasib kita di tangan Allah; engkau belum mencapai ~, aku telah sampai ke seberang prb orang yg bijaksana dapat segera mengetahui maksudnya atau dalam dangkal pengetahuannya drpd cakap atau gerak-geri seseorang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |