| tenaga batin | a) keupayaan melakukan hubungan seks; b) kekuatan yg timbul drpd wujudnya daya jiwa atau semangat juang dlm diri seseorang, kekuatan batin: dgn ~ batin yg baru, mereka sanggup melepaskan diri dr tradisi yg nampaknya semakin kuat mengikat kaum penulis kita; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| batin I | 1. (dlm) hati, perasaan dlm hati: ia dukacita dlm ~nya; di peringkat itu, ~nya bercanggah lagi; 2. (bkn) jiwa: penyakit ~; 3. tersembunyi, ghaib, tidak kelihatan: pertalian ~;berbatin bercakap (membaca) dlm hati;membatinkan menyembunyikan, merahsiakan;kebatinan 1. perihal batin; 2. = ilmu ~ ilmu batin, tasawuf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lahir | 1 yg nampak di luar; yg nyata kelihatan; lw batin: Pd ~nya, ia baik hati tetapi batinnya siapa yg tahu. 2 keluar dr kandungan ibu: hari ~ hari ketika seseorang diperanakkan. 3 muncul; datang (ttg fahaman dsb); terbit (ttg majalah dsb): Apabila ~ agama Islam, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dlm masyarakat jahiliah. melahirkan 1 mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat dll): Ahmad pandai ~ perasaan dan pendapatnya dlm cerpen-cerpennya. 2 mengeluarkan anak dr kandungan; bersalin: Isterinya baru saja ~ anak lelaki. 3 mengadakan; mewujudkan: Muawiyah telah ~ corak baru dlm pentadbirannya. kelahiran perihal lahir atau dilahirkan: ~ putera itu diiringi oleh kejadian-kejadian yg ganjil. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| rasa | 1 apa-apa yg dialami oleh lidah atau kulit (ketika terkena sesuatu): ~ manis; ~ sakit. 2 sifat sesuatu benda yg menimbulkan rasa 1: Gula manis ~nya tetapi garam masin ~nya. 3 apa-apa yg dialami oleh hati atau batin ketika berlaku (melihat) sesuatu; keadaan hati atau batin terhadap sesuatu: ~ sedih; ~ pilu. 4 apa-apa yg difikirkan mengenai sesuatu; pendapat; fikiran: Pd ~ saya, itu tidak betul. rasanya, rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. berasa 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. merasa mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. merasa-rasa meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki utk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. merasai 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. merasakan 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. terasa dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. perasaan 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang yg hadir. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? perasa 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. serasa sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| rasa | 1 apa-apa yg dialami oleh lidah atau kulit (ketika terkena sesuatu): ~ manis; ~ sakit. 2 sifat sesuatu benda yg menimbulkan rasa 1: Gula manis ~nya tetapi garam masin ~nya. 3 Apa-apa yg dialami oleh hati atau batin ketika berlaku (melihat) sesuatu; keadaan hati atau batin terhadap sesuatu: ~sedih; ~ pilu. 4 apa-apa yg difikirkan mengenai sesuatu; pendapat; fikiran: Pd ~ saya itu tidak betul. rasanya, rasa-rasanya barangkali; agaknya: Kalau ~ dpt dikerjakan, kerjakanlah. ~ hari ini saya tidak dpt datang. ~ akan berhasil juga usaha kita ini. berasa 1 mempunyai atau beroleh rasa (terutama yg dialami oleh badan): Kedua-dua tangannya ~ lenguh. 2 ada rasanya (manis, masin dll). 3 mengalami rasa di dlm hati: ~ takut; ~ ngeri. merasa mengecap utk mengetahui rasa makanan atau minuman dgn lidah: Ibu hendak ~ kuih yg saya buat. merasa-rasa meraba-raba atau memegang-megang dsb utk mengetahui kasar halusnya (berat ringannya dsb): Halus atau kasarnya kain ini dpt dirasa-rasa sendiri dgn tangan. Rasa-rasalah dahulu dgn kaki untuk mengetahui dalam tidaknya sungai itu. merasai 1 mendapat atau mengalami (nikmat dll); menikmati: Selama ini ia tidak pernah ~ kesenangan hidup. 2 menderita atau menanggung (kesusahan dll): Mereka akan ~ balasan Tuhan kelak. merasakan 1 membiarkan merasa atau merasai; mengesankan: Ia berusaha hendak ~ pengaruhnya kpd anggota-anggota persatuan yg dipimpinnya. 2 memikirkan; menganggap: Ia masih dirasakan penting dlm persatuan kami. terasa dpt (sudah) dirasa atau dirasai: ~ benar sakitnya sekarang. Tekanan ekonomi ~ di mana-mana. perasaan 1 hal berasa atau merasai sesuatu: ~ ingin menjadi sasterawan terkenal meluap-luap di dadanya. 2 rasa atau keadaan batin ketika menghadapi sesuatu: Hatinya selalu didatangi ~ takut. 3 kesanggupan utk berasa: Sindiran orang itu menyinggung ~ beberapa orang di antara para hadirin. 4 pertimbangan hati ttg sesuatu; pendapat: Bagaimana ~ saudara ttg perkara ini? perasa 1 = alat ~ bahagian badan atau organ utk merasa. 2 mudah berasa atau mudah merasai; peka. serasa sama rasanya dgn; seakan-akan berasa: Minum air ~ duri. | Kamus Pelajar |
| lahir | 1. yg (kelihatan) di luar: kasih sayang yg ~; pd ~nya, ia sihat tetapi sebenarnya ia berpenyakit; ~ batin yg kelihatan dan yg tidak kelihatan, luar dalam, sepenuh hati; 2. berupa benda yg nyata, jasmani, maujud, keduniaan: perbezaan antara bentuk prosa dan puisi tidak terletak pd bentuk ~ sahaja, malahan pd batin; pengetahuan ~; 3. keluar dr kandungan (ibu dll), jadi, terbit: sejak dr ~nya lagi, dia bersifat begitu; hari ~ hari ketika seseorang itu diperanakkan; ~ mati (kanak-kanak yg) mati ketika lahir; di ~ serupa tidak, di batin menggunting angin prb orang yg menyembunyikan tabiat yg sebenarnya (tidak jujur); yg ~ menunjukkan yg batin prb drpd gerak-geri dan tingkah laku seseorang itu ketahuan isi hatinya; melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (perkataan, fikiran, dll), meluahkan: yg penting pd pengarang ialah ~ berbagai-bagai perasaan sehingga pembaca tertarik kpd tulisannya; marahnya sekadar dlm hatinya sahaja, tidak dilahirkan; 2. mengeluarkan anak (dr kandungan), beranak, bersalin: ia hendak pulang ke kampung utk ~ anaknya di sana; 3. mengadakan, mendatangkan, menghasilkan, menyebabkan, mewujudkan: berlainan edisi akan ~ berlainan jalan cerita; terlahir 1. keluar (dr), terkeluar: sesuatu yg tidak direlakannya ~ dr mulut ibunya; 2. lahir (anak); kelahiran 1. perihal keluar dr kandungan ibu, lahirnya (anak): pd saat ~ anak itu, Sharifah Aini menangis lagi; 2. (sesuatu) yg berkaitan dgn perihal lahir: hari ~; 3. perihal keluar (terbit dsb), terhasilnya: sejambak bunga haruslah dihadiahkan kpd usaha gigih penyusunnya dan sekali gus kpd Dewan Bahasa dan Pustaka kerana telah memungkinkan ~ antologi ini; dlm bulan April tahun ini, Jepun mengingati ~ Institusi Sekolah Pemerintahan dan Pengurusan Matsushita; pelahiran perihal atau perbuatan melahirkan: ~ golongan-golongan tertentu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| hati I | 1. organ dlm badan yg berwarna perang kemerah-merahan terletak di dlm perut di bahagian sebelah kanan (tugasnya mengeluarkan hempedu, mengawal kandungan gula dlm darah, menawarkan kesan keracunan nitrogen, menghasilkan urea, menyimpan glikogen): jantung, ~, limpa, dll mengandungi zat galian dan vitamin; ~ kambing; ~ lembu; 2. = jantung ~ jantung: tidak ada yg menarik perhatiannya selain drpd berita yg mendebarkan ~nya; 3. batin (tempat perasaan, pengertian, dll): rupanya sahaja cantik tetapi ~nya buruk; susah ~nya melihat tingkah laku anaknya; terbit dr ~ yg ikhlas; ~ muda rasa muda dlm hati; bercakap (membaca) dlm ~ bercakap (membaca) dgn tidak mengeluarkan suara (dlm batin sahaja); dlm ~ dlm batin, dlm jiwa; dr ~ ke ~ secara ikhlas (jujur); ikut(kan) ~ mati turut(kan) nafsu (perasaan) membawa kebinasaan; jatuh ~ jatuh cinta, berkenan; jauh ~ = kecil ~ = merajuk ~ merasa tersinggung; kata ~ kata yg terbit dlm batin; kecut ~ merasa takut (bimbang dll); lubuk ~ a) perasaan hati yg dalam, b) bawah sedar; makan ~ (berulam jantung) menderita kerana perbuatan orang lain yg menyakitkan hati; maksud ~ tujuan; melepaskan ~ menurutkan hawa nafsu; rasa ~ perasaan batin; terang ~ mudah mengerti; 4. bahagian tengah buah-buahan (pokok dll): ~ nanas; ~ kayu; ~ berdetus Mn menaruh syak curiga; ~ budi peribadi seseorang yg tergambar pd tingkah laku, pekerti atau pertuturannya dsb: mereka sudah dapat menyelami ~ budi masing-masing; ~ jantung a) jantung; b) kesayangan (kekasih); ~ kaudu hati yg jahat dan busuk dlm diri seseorang: tetapi, yg kujumpai hanya hati buta, ~ kaudu, hati iri, hati tamak, hati dengki, hati busuk dan hati sakit; ~ kecil perasaan dlm batin (maksud yg sebenarnya); ~ nurani a) hati yg telah mendapat petunjuk Tuhan; b) perasaan hati yg murni dan yg sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya); ~ pekat keras hati, tetap hati (fikiran dll); ~ sanubari perasaan batin; ~ tangan lekuk pd telapak tangan; ~ tawajuh hati yg dihadapkan semata-mata kpd Tuhan; ~ bagai baling-baling prb fikiran atau pendirian yg tidak tetap; ~ bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang, telinga bagai telinga rawah prb orang yg kurang perasaan malunya; ~ gajah sama dilapah, ~ kuman (tungau) sama dicecah prb beruntung banyak sama-sama mendapat banyak, beruntung sedikit sama-sama mendapat sedikit; ~ gatal mata digaruk prb perihal orang yg tidak dapat (berkuasa) melakukan sesuatu pekerjaan yg ia sangat-sangat berhajat hendak mengerjakannya; sehati seia sekata, sepakat: ia beroleh seorang isteri yg ~ dgn dia; berhati 1. mempunyai hati: beliau ~ keras dan berpendirian tegas; 2. = ~ berjantung = ~ kemanusiaan = ~ perut berperasaan yg halus, menaruh belas kasihan; ~ batu a) bersifat degil, mempunyai keazaman (cita-cita) yg kuat; b) tidak berperikemanusiaan; ~ berlian (emas) sangat baik hatinya; ~ bimbang berada dlm keadaan gelisah (resah dsb); ~ binatang bersifat bengis, tidak mempunyai pertimbangan, tidak berperikemanusiaan; ~ keras berpendirian teguh (mempunyai cita-cita yg kuat); ~ mutu putus asa (harap); ~ perut a) mempunyai perasaan (fikiran, kemahuan); b) bertimbang rasa; ~ pilu bersedih hati (hiba); ~ putih mempunyai niat yg tulus ikhlas (bersih dsb); ~ rendah mempunyai tabiat (budi pekerti) yg baik spt pemurah dll; ~ tungau penakut; ~ walang khuatir (walang hati); ~ waja keras hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| jiwa | 1. nyawa, roh (yg ada dlm tubuh manusia); berhutang ~ berhutang nyawa (kerana membunuh orang lain); melayang ~nya mati; membuang ~ membunuh diri; merentang ~ hampir akan mati; putus ~ mati; 2. batin (perasaan, fikiran, cita-cita, dll yg terkandung dlm hati manusia): buku itu mencerminkan ~ pengarangnya; ilmu ~ pengetahuan mengenai batin manusia, psikologi; penyakit ~ penyakit batin (gila dll); 3. benda atau orang yg memberi kegiatan serta semangat kpd sesuatu pertubuhan dll: dialah yg merupakan ~ pergerakan pemuda di kampung itu; 4. buah hati, kekasih: oh ~ku, hanya engkau seoranglah yg kucintai; 5. penjodoh bilangan dlm menghitung penduduk, orang: kampung ini mempunyai beberapa ratus ~ penduduk; cacah ~ = pencatatan ~ penghitungan jumlah penduduk, banci; 6. maksud yg sebenarnya, maksud yg tersirat: segala tindakan yg diambil haruslah sesuai dgn ~ perjanjian persahabatan yg telah ditandatangani itu; ~ bergantung di hujung rambut prb dlm keadaan yg sangat berbahaya; bertukar ~ dgn semangat prb sedang berkasih-kasihan; sejiwa keadaan hubungan yg sangat bulat dan sepakat: sehati ~; berjiwa 1. mempunyai jiwa, bernyawa, hidup: dijumpainya di tepi sungai tubuh yg tidak ~; 2. bersemangat: banyak pegawai yg masih ~ penjajah; bahasa kebangsaan sbg alat utk membina kesatuan nasional serta mewujudkan warganegara ~ Malaysia; ~ besar a) mempunyai sifat tidak mahu dikuasai (dipengaruhi dll) orang; b) mempunyai cita-cita yg mulia dgn tidak segan memberi pengorbanan; ~ kecil lwn berjiwa besar; ~ rakyat bersemangat kuat utk menolong rakyat; menjiwai memberi jiwa (semangat, hidup) kpd: semangat dan perjuangannya telah ~ seluruh pergerakan itu; kejiwaan kerohanian, kebatinan: ini agak pelik kalau ditilik dr sudut ~ orang Melayu; sebenarnya gejala-gejala buruk daripadanya adalah besar sekali baik dr segi kejasmanian mahupun dr segi ~; kesejiwaan perihal atau keadaan sejiwa: percampuran dan ~ kata-kata; penjiwaan perihal menjiwai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| lahir | 1 yg nampak di luar; yg nyata kelihatan; lw batin: Pd ~nya, ia baik hati tetapi batinnya siapa yg tahu. | Kamus Pelajar |
| lahir | 1. yg nampak di luar; yg nyata kelihatan; lw batin: Pd ~nya, ia baik hati tetapi batinnya siapa yg tahu. 2. keluar dr kandungan ibu: hari ~ hari ketika seseorang diperanakkan. 3. muncul; datang (ttg fahaman dsb); terbit (ttg majalah dsb):Apabila ~ agama Islam, berbagai-bagai perubahan telah berlaku dlm masyarakat jahiliah. melahirkan 1. mengeluarkan perasaan (fikiran, pendapat dll):Ahmad pandai ~ perasaan dan pendapatnya dlm cerpen-cerpennya. 2. mengeluarkan anak dr kandungan; bersalin:Isterinya baru saja ~ anak lelaki. 3. mengadakan; mewujudkan:Muawiyah telah ~ corak baru dlm pentadbirannya. kelahiran perihal lahir atau dilahirkan:~ putera itu diiringi oleh kejadian-kejadian yg ganjil. lahiriah pd lahirnya; tampaknya. | Kamus Pelajar |