| bayangan | 1 bayang; bayang-bayang. 2 sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| bayangan | 1. bayang-bayang; 2. tanda-tanda tentang sesuatu (mis kejadian yg akan berlaku, tindakan atau keputusan yg akan diambil, dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bayangan | 1. bayang; bayang-bayang. 2. sesuatu atau apa-apa yg dibayangkan. | Kamus Pelajar |
| persepsi | /persépsi/ gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (ttg sesuatu); pandangan; tanggapan: Kita perlu mempertimbangkan ~ masyarakat terhadap isu tsb. mempersepsi membuat gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran ttg sesuatu: Objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kabinet bayangan | kabinet yg dibentuk oleh pihak pembangkang dlm persediaannya utk mengambil alih kekuasaan jika menang dlm pilihan raya umum. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| momokan | bayangan perasaan yg menghantui atau menakutkan: mungkin imaginasi anda sendiri akan menimbulkan pelbagai masalah, halangan, dan ~ tentang diri anda. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| zillullah | Ar bayangan Allah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| refleksi | (réfléksi) bayangan, gambaran (dlm cermin, fikiran, dll): inilah ~ mutlak drpd keperibadian Indonesia; puisi boleh menimbulkan sesuatu reaksi tertentu sbg ~ drpd kehidupan masyarakat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| cerminan | gambaran, bayangan: ketiga-tiga watak ini memang dimaksudkan sbg ~ setengah-setengah manusia; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| gambar senter | gambar bayangan di atas layar (spt wayang) tetapi tidak bergerak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |