| berfikiran | mempunyai fikiran; berakal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berfikiran | mempunyai fikiran (akal dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berfikiran | mempunyai fikiran; berakal. | Kamus Pelajar |
| inventif | (invéntif) berupaya (cenderung, suka dsb) mereka cipta sesuatu (benda dsb) yg baru, berdaya cipta: sememangnya dia seorang ibu yg ideal serta berfikiran kreatif dan ~; kurikulum itu, antara lain, bertujuan utk melahirkan generasi muda yg berfikiran kreatif, inovatif dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| parokial | berfikiran sempit: masyarakat mereka dikatakan bersifat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sporting | bp berfikiran terbuka dan memenuhi kehendak seseorang: ayahku memang rasional dan ~ orangnya; sikap ~ ibu bapa terhadap anak-anak adalah keterlaluan sehingga pelibatan mereka dgn dadah tidak dipedulikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dingin kepala | berfikiran tenang dan waras; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| pendek akal (fikiran) | tidak luas fikirannya; tidak berfikiran panjang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| kaum kolot | orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| penghambat | sesuatu yg menghambat; penghalang; penyekat: Golongan yg berfikiran kolot merupakan ~ kemajuan kampung itu. | Kamus Pelajar |