| berjaga-jaga | 1 berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2 tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berjaga-jaga | 1. tidak tidur semalam suntuk (kerana kenduri kahwin dll), merayakan (perkahwinan dll) beberapa hari berturut-turut: maka raja pun mulai ~ akan mengahwinkan anakanda baginda dgn tuan puteri itu; 2. berwaspada, berhati-hati, berawas-awas: mereka ~ apabila melalui titi yg sempit itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berjaga-jaga | 1. berhati-hati; berwaspada: Ia ~ kalau-kalau pencuri itu datang lagi ke rumahnya. 2. tidak tidur sepanjang malam; merayakan majlis perkahwinan dll siang malam terus-menerus: Maka baginda pun ~ empat puluh hari empat puluh malam utk mengahwinkan puterinya. | Kamus Pelajar |
| beringat | berjaga-jaga, berhati-hati, cermat: dia sangat ~ pd masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bercega | berjaga-jaga, berhati-hati; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bersiap-siap | berjaga-jaga utk menghadapi sesuatu, berwaspada: setelah kelihatan itu, maka masing-masing pun ~lah menghadapi perahu perompak itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| memalami | Mn berjaga-jaga kerana menunggu orang sakit dll; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| beringat-ingat | berjaga-jaga, berhati-hati, cermat: dia sangat ~ pd masa berucap itu agar jangan tersinggung sesiapa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| waskita | ark awas, berjaga-jaga, waspada. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bersambang | berjalan dan berjaga-jaga, me-ronda: Raja Pangan dan Raja Semang ~ berkeliling padang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |