Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.ga.ngan] | برڤݢڠن

Definisi : 1. saling berpegang: kami ~ melintas jalan itu; 2. berpegang pd, berpe­doman pd, menggunakan pegangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
pegang
Kata Terbitan : berpegang, berpegang pada, berpegangan, memegang, pegangan, pemegang,

Puisi
 

Tanam keranji di tengah halaman,
     Keranji manis rumah Pak Ali;
Sudah berjanji berpegangan tangan,
     Janji tidak berubah lagi.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
berpegangan1. saling berpegang: kami ~ melintas jalan itu; 2. berpegang pd, berpe­doman pd, menggunakan pegangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
ganding I; bergandingan, berganding 1. berdampingan, berdekatan (berpegangan tangan): Ismail ~ dgn Lamah berjalan lambat-lambat menuju ke kereta; 2. berangkaian, berhubungan, berpautan: gerabak-gerabak kereta api yg bergerak ~; 3. berkaitan, berhubungan, bersangkutan: hal-hal yg ~ dgn sesuatu perkara; 4. bekerjasama, tolong-menolong: masyarakat yg berbilang bangsa harus ~ utk mencapai kemakmuran; ~ tangan a) berpegangan tangan; b) bekerjasama, bahu-membahu; ~ tenaga menggunakan tenaga bersama utk melakukan sesuatu, berpadu tenaga, bekerjasama (dgn erat); mengganding 1. menarik sesuatu yg diikat di samping atau di belakang: sebuah kepala kereta api dapat ~ berpuluh-puluh gerabak; 2. memegang tangan, memimpin: orang buta itu diganding oleh seorang budak;menggandingkan, mempergandingkan 1. menghubungkan, memautkan, memper­talikan: kereta yg rosak itu digandingkan dgn sebuah lori; 2. menghubungkan, mengaitkan: kemiskinan rakyat umumnya dapat digandingkan dgn keadaan ekonomi negara; 3. membawa supaya berhampiran (berdampingan), mendekatkan: sampan itu digandingkan dgn motobot; gandingan benda yg digandingkan (di samping atau di belakang).Kamus Dewan Edisi Keempat
berkepitberpegangan tangan, bergandingan tangan, berpautan tangan: tidak lagi luar biasa sekarang bagi pemuda-pemudi Melayu berjalan ~ tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpimpin jariberpegangan tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpimpin tanganberpegangan tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berkepit tanganberpegangan tangan, bergandingan tangan, berpautan tangan: tidak lagi luar biasa sekarang bagi pemuda-pemudi Melayu berjalan ~ tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpimpin tangan (jari)berpegangan tangan (jari) antara dua orang yg berjalan bersama-sama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bergandingan1 saling berpegangan (tangan); berangkaian: Mereka berjalan ~ tangan. 2 ada hubungannya; ada pertaliannya: Hari ini kita akan membincangkan hal-hal yg ~ dgn penanaman teh di Malaysia. 3 berhubungan atau berkaitan antara satu dgn yg lain; berangkaian: Gerabak kereta api itu ~. 4 bekerja dll bersama-sama; saling membantu: Semua rakyat Malaysia perlu ~ utk menjaga keamanan negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bertaut tanganberjabat (berpegangan) tangan;Kamus Dewan Edisi Keempat
berpautansaling berpaut, berpegangan: Mike merapati Darwisah, dan tangan mereka ~; ~ dgn ada hubungannya dgn, berkaitan dgn, bersangkutan dgn, bertalian dgn;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas