| berpeluk tubuh | a. berdakap (bersilang) tangan di dada. b. ki tidak mahu berusaha; malas bekerja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
| berdakap tangan | a) berpeluk tubuh; b) tidak bekerja, tidak membuat apa-apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| sengkelang II | bersilang (kaki atau tangan spt waktu berpeluk tubuh dll); menyengkelangkan menyilangkan (kaki, tangan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berdakap tubuh | = ~ tangan a) berpeluk tubuh; b) tidak bekerja, tidak membuat apa-apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| takdir I | = ~ Allah = takdirullah sesuatu yg ditentukan oleh Allah terlebih dahulu, penentuan drpd Allah, qadak: suratan ~ di tangan Tuhan; 2. ki untung nasib: jangan berpeluk tubuh sahaja menyerahkan diri kpd ~; 3. = ~nya jikalaulah, seandainya, sekiranya: ~nya terjadi apa-apa kpd diri abang, kpd siapa kami akan bergantung; 4. kalau... pun, meski... pun: ~ pun kita tidak membelinya, orang lain akan membelinya; mentakdirkan menentukan lebih dahulu (oleh Allah), memutuskan lebih dahulu: dia telah ditakdirkan mati dgn cara yg dahsyat;ketakdiran perihal ditakdirkan (ditentukan), ketentuan (nasib dll): sesuatu ~ tiada datang dgn tiba-tiba, tetapi ada garis yg dilaluinya; yg ada sekarang ini, menurut fikiranku ialah buatan orang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| dakap | ; ~ diri ki orang yg malas bekerja; berdakap berpeluk (utk melepaskan rindu dendam dsb); ~ tubuh = ~ tangan a) berpeluk tubuh; b) tidak bekerja, tidak membuat apa-apa; berdakap-dakapan saling berdakap, berpeluk-pelukan: dua orang kekasih yg ~ di tempat sunyi; mendakap memeluk; dakapan pelukan;sependakap sepemeluk: pohon itu ~ besarnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| berpeluk (memeluk) tubuh | a) = tubuh badan keseluruhan jasad; b) badan sahaja (tidak termasuk kepala dan anggota); c) diri (sendiri); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| peluk; berpeluk | berdakap. ~ tubuh a. berdakap (bersilang) tangan di dada. b. ki tidak mahu berusaha; malas bekerja. berpeluk-pelukan saling mendakap; berdakap-dakapan: Mereka ~ kerana terlalu gembira bertemu kembali setelah beberapa tahun berpisah. memeluk 1 memegang sesuatu rapat-rapat ke dada sendiri dgn kedua-dua belah tangan; mendakap; merangkul: Baginda pun ~ dan mencium anakanda baginda serta dgn tangisnya. 2 masuk atau menganut sesuatu agama: ~ agama Islam. pelukan hal memeluk; dakapan. pemeluk 1 sebesar lingkungan tangan ketika memeluk. 2 orang yg menganut sesuatu agama: ~ agama Islam. | Kamus Pelajar |
| berpeluk tangan (tubuh) | a) berdakap (bersilang) tangan di dada; b) ki malas berusaha (bekerja); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
| bertekuk tangan | a) berpeluk tangan (tubuh), berdekap; b) ki tidak berbuat apa-apa; | Kamus Dewan Edisi Keempat |